CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lama Tak Ada Show, Usop Jual Baju Bundle Pula

6-10-2021 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4077| Komen: 11

Description: Selepas berjaya membuka sebuah restoran francais terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Ogos lalu, penyanyi Usop kini menjual pakaian terpakai atau bundle secara online di Instagram.
Selepas berjaya membuka sebuah restoran francais terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Ogos lalu, penyanyi Usop kini menjual pakaian terpakai atau bundle secara online di Instagram.


Meskipun bergelar seorang penyanyi terkenal, Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, berkata dia tidak malu melakukan pelbagai pekerjaan bagi menambah sumber pendapatan.


Foto: IG

"Selain menguruskan gerai nasi kandar milik keluarga dan restoran Ayam Gepuk, saya kini mencuba perniagaan baharu pula iaitu menjual baju bundle berjenama di Instagram sejak seminggu lalu, setiap malam saya buat live dan pembeli boleh buat bidaan dan pilih baju-baju yang mereka minat.

"Sejujurnya saya ni memang jenis tak reti duduk diam, apa-apa pekerjaan pun saya sanggup buat asalkan pendapatan halal... tak kisahlah orang nak kata pun.


"Saya tak malu mencari rezeki dalam pelbagai bidang, lagi pun tak salah ceburi bidang perniagaan bukannya saya merompak atau mencuri," katanya kepada mStar.



Berkongsi pengalamannya menjalankan perniagaan pakaian terpakai itu, Usop memberitahu dia pernah ditipu oleh pembeli yang menghilangkan diri selepas membuat bidaan.

Bagaimanapun dia menganggap apa yang berlaku itu merupakan ujian dan cabaran sebagai seorang peniaga.

"Alhamdulillah sambutan menggalakkan. Kita punya baju bundle memang berkualiti dan berjenama, jadi banyak pakaian rare yang susah nak dicari di mana-mana butik.

"Kalau ditipu pembeli tu biasalah. Ada la beberapa kali orang yang berjaya membida dan lock baju menghilang diri... mereka mahu main-main sahaja. Itulah salah satu cabarannya," ujarnya.



Selain mahu menambah pendapatan keluarga, penyanyi lagu Selamanya ini memberitahu salah satu sebab dia melakukan pelbagai pekerjaan adalah kerana mahu mengumpul duit kahwin.

"Sekarang ni show pun tak ada. Nak menyanyi pun tak boleh, jadi saya cuba la buat apa-apa kerja lain.

"Walau apa pun berlaku kita masih lagi perlu bekerja untuk kelangsungan hidup. Tak bolehlah berharap pada satu sumber pendapatan sahaja.

"Selain untuk menyenangkan keluarga, saya juga buat banyak kerja sebab nak menghalalkan hubungan dengan kekasih... perancangan nak kahwin tu dah ada jadi kena la mula menyimpan dari sekarang," ujarnya yang bakal memulakan penggambaran filem tidak lama lagi.



Pada November tahun lalu, Usop mendedahkan wajah kekasihnya kepada umum dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita berasal dari Pulau Pinang itu tidak lama lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unguaurora 6-10-2021 11:11 AM
Sesuai jual brg bundle
Quote slyfynx 6-10-2021 11:30 AM

Sedikit kejam di situ
Quote Kurex 6-10-2021 12:31 PM
Dah putus ke dgn pompuan tu
Quote tootii 6-10-2021 12:55 PM
selagi rezeki tu halal, balun je Ucop ..
nak cari duit kawen lagi  .. moga dimurahkan rezeki..
Quote makadek 6-10-2021 02:12 PM
Makwe lawa anak mami still there ke
Quote nakkomenjugak 6-10-2021 08:20 PM
Whoisyuhhhhhhh
Tapi awek mami heol memang lawa
Moga hanak2 menurun genetik mak nya
Quote nolya 6-10-2021 11:19 PM
Selagi ada kudrat, ada minat dn ada niat,  rebutlah peluang  asal tidak  menipu orang.  Pedulilah dgn cakap2 yg tidak bersahabat kerana bila kita susah mereka belum tentu sedia menolong.  Di zaman covid ni, pilot pun bole jadi  grab rider, so tak ape lah jadi bundle seller.  Semangat Usop.......
Quote nuhanis 6-10-2021 11:28 PM
Ramai jugak followers dia ye. 721k. Tak padan dengan dia. Tiberrr. Hahaha.
Quote putu 7-10-2021 06:39 PM
Kurex replied at 6-10-2021 12:31 PM
Dah putus ke dgn pompuan tu

Nak tau jugak. Hihi
Quote Mizlyn 7-10-2021 09:06 PM
Rajin he niaga.  Semoga terus maju
Quote eely_shana 7-10-2021 10:46 PM
baguslah gigih berusaha cari duit. x merempan tak tentu hala

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048770 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top