CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Campur Darah Manusia Dengan Urin, Peluh, Air Mata Buat Konkrit Lebih Kuat

15-9-2021 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4450| Komen: 30

Description: Protein dihasilkan dari darah manusia dan dicampur dengan urin, peluh dan air mata mampu menghasilkan pelekat untuk membentuk konkrit di bulan dan planet Marikh.
Protein dihasilkan dari darah manusia dan dicampur dengan urin, peluh dan air mata mampu menghasilkan pelekat untuk membentuk konkrit di bulan dan planet Marikh.

Dikenali sebagai AstroCrete, inovasi itu diilhamkan saintis dari University of Manchester yang mencipta pelekat berkenaan bagi mengatasi masalah dan kos menghantar peralatan bahan binaan ke angkasa lepas.


Gam itu mampu mencantumkan tanah di bulan atau Marikh yang menghasilkan bahan seperti konkrit.


Kredit foto: Sky News

Penyelidik mendapati bahan itu 300 peratus lebih kuat daripada konkrit biasa.

Saintis menjelaskan, lebih 498 kilogram (kg) AstroCrete dapat dihasilkan dalam misi penerokaan planet Marikh selama dua tahun oleh enam angkasawan.

Bagaimanapun, sebanyak 90kg konkrit diperlukan untuk membina hanya satu kaki persegi dari rumah setingkat.

Harganya mencecah AS$2 juta (RM8.3 juta) bagi sebiji batu bata untuk dibawa ke Marikh.


Pasukan penyelidik mencadangkan penggunaan protein biasa yang terdapat dalam plasma darah, dikenali sebagai albumin serum manusia yang akan bertindak sebagai pelekat debu kosmik.

Proses seterusnya menambahkan air kencing, peluh dan air mata mampu meningkatkan kekuatan binaan konkrit.

Dr Aled Roberts dari University of Manchester yang membangunkan projek itu menjelaskan, teknik baharu itu mempunyai kelebihan besar berbanding teknik pembinaan lain yang dicadangkan di Bulan dan Marikh.

“Saintis berusaha membangunkan teknologi bersesuaian bagi menghasilkan bahan seperti konkrit di permukaan Marikh, tetapi kita tidak pernah berhenti untuk berfikir bahawa jawapannya mungkin ada dalam diri kita selama ini,” jelasnya.

Tahun lalu, penyelidik dari Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura mencadangkan penggunaan zat yang terdapat pada sisik ikan dan kulat dikenali sebagai chitin untuk membina habitat di Marikh.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 15-9-2021 02:32 PM
Edited by KIM.K at 15-9-2021 04:04 PM

Dah lama diorg buat. Daging zuzuzu ada human meat
Quote trexxxxxi 15-9-2021 03:11 PM
Dah lama diamalkan di bangunan tinggi2 dan jembatan
Kohkohkoh
Quote ninjago 15-9-2021 03:21 PM
so betul la urban legend tu?
Quote edayildiz 15-9-2021 03:26 PM
so betul la dorg tanam kepala manusia kt tiang jambatn nak suruh jambatan tu gagah..
Quote AwanCikDania 15-9-2021 03:43 PM
Tak ingat siapa cakap. Tapi waktu kecik2 ada orang bagi tau. Jangan main jauh2. Jangan ikut van putih. Ada org culik budak. Nak tanam kat jambatan bagi kuat. Takut jugak lah. Jadi budak baik waktu kecik.
Quote KIM.K 15-9-2021 04:03 PM
arareez replied at 15-9-2021 03:47 PM
Human meat tu dapat dari mana? Homeless ke?

Ada cakap camtu. Tak pasti news report tu asli ke tak, pernah baca. Test tunjuk DNA nusio
Quote KIM.K 15-9-2021 04:05 PM
arareez replied at 15-9-2021 03:47 PM
Human meat tu dapat dari mana? Homeless ke?

hehe boleh tolong padam tak post chuol ni. Tatut.
ni pon konspirasi foreign country bukan sini.
Quote arareez 15-9-2021 04:12 PM
KIM.K replied at 15-9-2021 04:05 PM
hehe boleh tolong padam tak post chuol ni. Tatut.
ni pon konspirasi foreign country bukan sini.

Meolls dah delete
Quote sekngucing 15-9-2021 04:17 PM
Edited by sekngucing at 15-9-2021 05:09 PM

Jadi peluh dan darah warg indon yg buat bangunan di malaysia selama ni menguatkan bangunan tu?
Quote noor2 15-9-2021 04:31 PM
Gila........nanti ada la yg kena bunuh demi nk buat produk ni..
Quote edayildiz 15-9-2021 04:35 PM
KIM.K replied at 15-9-2021 04:03 PM
Ada cakap camtu. Tak pasti news report tu asli ke tak, pernah baca. Test tunjuk DNA nusio

uncle i ada cite psl ni
i bolayan jer masatu..betul ke?
Quote musangbodoh 15-9-2021 04:38 PM

weh aku x bc laei....
Quote arareez 15-9-2021 04:44 PM
musangbodoh replied at 15-9-2021 04:38 PM
weh aku x bc laei....

Post #7 yg kim.k quote tu masih boleh nampak..
Takde ape pun.. Soalan je
Quote musangbodoh 15-9-2021 04:44 PM
edayildiz replied at 15-9-2021 03:26 PM
so betul la dorg tanam kepala manusia kt tiang jambatn nak suruh jambatan tu gagah..

letak dlm piling
letak dulu kxxxxa dlm lubang pastu pile btg konkrik tu..

sbb kes nya btg pile tanam hari nie esok dh tumbang/ pile x kejap...selalu nk buat jembatan sy dgr2 lah akan buat camnie...shhhhhh
Quote edayildiz 15-9-2021 04:47 PM
musangbodoh replied at 15-9-2021 04:44 PM
letak dlm piling
letak dulu kxxxxa dlm lubang pastu pile btg konkrik tu..


terbayang jambatan pulau pinang
Quote musangbodoh 15-9-2021 04:50 PM
sekngucing replied at 15-9-2021 04:17 PM
Jadi peluh dan darah warg indon yg buta bangunan di malaysia selama ni menguatkan bangunan tu?

srry aku tergelak smpi keluaq ayaq mata...nk pahamkan ayat hg nie...

jgn mare
Quote KIM.K 15-9-2021 05:02 PM

macihh iols tefek tak pikio dulu
Quote sekngucing 15-9-2021 05:11 PM
musangbodoh replied at 15-9-2021 04:44 PM
letak dlm piling
letak dulu kxxxxa dlm lubang pastu pile btg konkrik tu..


Adiks.aya kerja construction

Bangla ramai dtg sini kosong..takde permit

Kdg2 mati kelamangan di tempat.kerja
Terus tanam di situ

Adik saya dtg esoknya tanya..mana abu sani(bangla)?
Tadaa boss..sudah tadaa..jawab kawan2 dia
Maksudnya..dah mati dan tanam.di situ juga
Quote sekngucing 15-9-2021 05:12 PM
edayildiz replied at 15-9-2021 04:47 PM
terbayang jambatan pulau pinang

Ini cerita masa aku kanak2..mak mak selalu suruh budak2 balik sebelum gelap

Nanti dtg org bawa guni dan sabit..nak tebas kepala kanak2 utk letak.di jambatan

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.055881 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top