CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bercerai Dan Hilang Kerja Lepas Diculik 'Alien'

15-9-2021 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2220| Komen: 6

Description: Seorang lelaki di Amerika Syarikat mendakwa diculik makhluk asing yang kemudiannya menanam cip mikro pada lengannya menyebabkan dia bercerai dan hilang pekerjaan, lapor Daily Star.
Seorang lelaki di Amerika Syarikat mendakwa diculik makhluk asing yang kemudiannya menanam cip mikro pada lengannya menyebabkan dia bercerai dan hilang pekerjaan, lapor Daily Star.

Mengimbau kembali penyiasatannya terhadap aktiviti makhluk asing, Steve Colbern mendakwa dia dibawa menaiki objek terbang tidak dikenali (UFO) ‘beratus-ratus kali’ oleh makhluk asing berwarna kelabu.



Gambar hiasan

Menurutnya, pertemuan itu menyebabkan dia menjadi obses untuk mengkaji makhluk asing sehingga menyebabkan rumah tangganya musnah.

Insiden itu, katanya berlaku ketika dia terserempak dengan sebuah UFO yang terbang di atas pohon avokado sebelum dia tiba-tiba ditarik masuk ke dalam kapal angkasa itu oleh satu cahaya hijau.

Dia kemudian dibawa ke sebuah stesen perubatan dan disuruh berbaring di atas sebuah meja.

“Makhluk asing itu menggunakan satu alat panjang menyerupai sebatang besi tahan karat yang memiliki serat optik di dalamnya dan memancarkan sinar ultraungu.


“Alat itu mengeluarkan implan dan memasukkannya ke dalam subjek,” katanya.

Selepas kejadian itu, Colbern berkata, dia mempunyai perspektif berbeza tentang kehidupan.

“Ia menjadikan saya sukar untuk bergaul di sini. Kadang-kadang, saya rasa apa yang manusia lakukan adalah tidak relevan,” kata Colbern.

Biarpun dia mendakwa isterinya mengalami situasi serupa, dia berkata penculikan itu telah menyebabkan mereka akhirnya bercerai.

“Isteri saya tidak sukakan perkara itu dan menyalahkan saya di atas apa yang berlaku,” katanya.

Keinginan mendalam untuk menyiasat perkara itu juga menyebabkan Colbern hilang pekerjaannya.

Dia dipecat selepas didapati menggunakan peralatan syarikat tempat dia bekerja untuk memeriksa  implan pada lengannya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 15-9-2021 05:09 PM
Kesan vaksin...
Quote sharlenetexas 15-9-2021 05:25 PM
Isap gam?
Quote felinecat 15-9-2021 05:32 PM
Berhalusinasi, salahkan alien pulak
Quote Adrif 15-9-2021 07:27 PM
ni kalau tak ketum, mesti gam
Quote edayildiz 15-9-2021 08:05 PM
, katanya berlaku ketika dia terserempak dengan sebuah UFO yang terbang di atas pohon avokado sebelum dia tiba-tiba ditarik masuk ke dalam kapal angkasa itu oleh satu cahaya hijau.

sedapnyer avocado toast with creamy soft scrambled egg
Quote nakkomenjugak 16-9-2021 01:28 AM
bath salts??
wuhh berkualiti sungguh dadih nya

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.101822 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top