CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Ellie Suriaty Terbawa-bawa Karakter, Tergigit Kuat Sangat Sampai Dapat Love Bite!

11-9-2021 02:50 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 19732| Komen: 107|Original author: Oleh: LilRose

Description: Dek terlalu menjiwai watak, Ellie Suriaty tidak sengaja menyebabkan leher seorang pelakon wanita dalam siri Malaysian Ghost Stories lebam menyerupai gigitan cinta.
Dek terlalu menjiwai watak, Ellie Suriaty tidak sengaja menyebabkan leher seorang pelakon wanita dalam siri Malaysian Ghost Stories lebam menyerupai gigitan cinta.



Kredit foto: Harian Metro/IG Malaysian Ghost Stories

Akuinya, dia tergigit leher aktres berkenaan ketika melakonkan watak Hantu Kum Kum.

Ellie berkata, dia bersimpati apabila melihat kesan gigitan itu pada leher pelakon berkenaan ketika kembali ke set penggambaran sehari selepas babak bersamanya.

"Saya puji produksi mencari watak mangsa kepada Kum Kum, sebab memang ambil pelakon remaja.


"Pengalaman saya, tergigit kuat sangat sampai dapat love bite! Saya terbawa-bawa dengan karakter. 

"Dari permainan watak, ada pemujaan dan sebagainya. Jadi saya ada apply teknikaliti dari seni persembahan teater dalam presentation watak itu, dimana dia muntahkan darah yang disedut secara terbalik.

"Memang menarik untuk penonton televisyen. Apapun, saya memang seronok melakonkan watak ini," katanya kepada Gempak.



Dalam pada itu, Ellie mengakui dia juga sebenarnya seorang penakut hingga perlu memastikan dirinya sentiasa bersama dengan kru produksi.

"Kadang-kadang kalau tulis skrip cerita hantu pun bila tengah malam dengar anjing menyalak, saya akan terus berhenti.

"Malah, ketika penggambaran telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong, saya pernah ditinggalkan bersendirian dengan pakaian pocong.


Kredit foto: MyInfotaip

"Kebetulan pula ketika itu kru kamera kehabisan bateri, lagilah pula saya sendirian dan tak boleh bergerak.

"Waktu tu dengar ada cik ponti sahut menyahut dan saya pula terikat dengan pakaian pocong tak boleh nak lari.

"Jadi, untuk watak Kum Kum ini, saya pastikan bersama dengan ramai orang," ujar isteri kepada aktor Azri Iskandar itu.



Tak sangka Ellie seorang penakut walaupun pernah mengarahkan cerita hantu.

Apapun, mesti pelakon itu kena bahan dengan kawan-kawan sebab dapat love bite daripada Ellie! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 11-9-2021 03:04 PM
biase buat love bite kat tok laki agaknye..
Quote SalenaGomez 11-9-2021 03:13 PM
Pelakon lelaki ke pempuan tu? Hikhikhik
Quote matbad 11-9-2021 03:15 PM
kelapaparut: biase buat love bite kat tok laki agaknye..

hahahaha menjiwai haha
Quote shernazz 11-9-2021 03:24 PM
Syiok ke ellie?
Hahahahhha
Quote exclusive_vvip 11-9-2021 03:25 PM
kesiannya kene gigit ES..kalu akak ratu tahan la jugak
Quote Kurex 11-9-2021 03:27 PM
Eeeeee habisla jadi muka persis ellie sebab kena dna dia
Quote midori_katana 11-9-2021 03:32 PM
teringat sorang forumer kata eli ni jenih terlebih menjiwai watak; pengarah suruh berdiri tepi tong sampah jer, tapi dia pasti masuk dalam tong sampah terus!
Quote MissyMolly 11-9-2021 03:36 PM
Aik bukan sedut ker? Gigit ea?
Quote imanjannah 11-9-2021 03:37 PM
yukssss
Quote ezacbee 11-9-2021 03:41 PM
Simpati pada pelakon tu
Mimpi ngeri ooo
Quote Luno 11-9-2021 03:47 PM
selekeh eh dia ni
Quote csham 11-9-2021 03:48 PM
Cite bodoh..x best langsung..dh le si Elly tu nampak serabai. Menyesal tertengok.
Quote trexxxxxi 11-9-2021 03:57 PM
Euwwwwwww
Quote Cece1234 11-9-2021 04:08 PM
Over la dia nih..
Quote awenda507 11-9-2021 04:10 PM
Klu x over bkn ellie la kann
Quote da_lynn 11-9-2021 04:19 PM
I tertengok dia jadi kumkum ni.
Rupanya kisah pasal perempuan tak cantik yg nak jadi cantik jumpa mak esah, so langgar pantang, muka terus jadi buruk. Nak elokkkan kena hisap darah 44 org anak dara.
Tapi i tengok masa dia jadi cantik sekejap tu sama je kepamnya masa dia jadi kumkum. So better lah jadi kumkum sampai bila2
Quote kiah_mai_pulak 11-9-2021 04:24 PM
eeeeee melekat lahh nikotin2 n tembakau dlm mulut eli tu kat sapa yg kena gigit. yekkkkkk. yg kena gigit tu x jijik ke bau mulut eli ni ???
Quote miracle_forever 11-9-2021 04:25 PM
siapa yg malang kena gigit tu??? aiyooooo nightmare
Quote drivethru 11-9-2021 04:29 PM
Busuk jer tgk dia. Aku rasa masa dia jadi crew mas, mmg x pernah wangi kot.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.070589 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top