CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Blogger Dah Minta Maaf, Sheila Rusly Nak Teruskan Saman Ke?

25-8-2021 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3942| Komen: 15

Description: Blogger Kaki Komen yang didakwa menulis dan menyebarkan artikel berbaur fitnah terhadap keluarga pelakon dan penerbit, Sheila Rusly membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram.
Blogger Kaki Komen yang didakwa menulis dan menyebarkan artikel berbaur fitnah terhadap keluarga pelakon dan penerbit, Sheila Rusly membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram.


Dalam hantaran itu, pihaknya memohon maaf secara terbuka atas penerangan (caption) artikel mereka yang didakwa berbaur fitnah terhadap keluarga Sheila Rusly dan menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha.

Foto: IG
"Kami selaku admin Kaki Komen ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan 'caption' mengenai Elisya Sandha dan Sheila Rusly.

"Dengan ini, kami ingin memohon maaf kepada keluarga Jinggo (suami Sheila), Sheila, keluarga Elisya Sandha dan mengakui kesilapan serta berjanji tidak akan mengulangi lagi.

"Saya mahu berkongsi kesedaran saya dengan rakan-rakan blogger yang lain supaya pastikan sumber itu benar sebelum membuat sesuatu hantaran kerana sesungguhnya, dosa, pahala, syurga dan neraka itu benar," tulisnya.



Terdahulu, blogger terbabit memuat naik kenyataan kononnya Sheila pernah 'mencadangkan' nama pelakon, Janna Nick sebagai calon isteri untuk anaknya, Uzair Haqimy tetapi ditolak Janna sebelum Uzair memilih Elisya.

Sehubungan itu, Sheila mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger terbabit yang didakwa menabur fitnah kepada keluarga, anak dan menantunya.

Sheila berkata, keputusan itu dibuat kerana fitnah itu membabitkan maruah banyak pihak. Dia juga mendakwa mereka menggembar-gemburkan seolah-olah menantunya iaitu Elisya Sandha adalah pilihan kedua.



Uzair dan Elisya melangsungkan pernikahan, Sabtu lalu.

Sementara itu, Sheila ketika dihubungi berkata, dia berharap insiden itu memberi kesedaran kepada mana-mana individu yang suka menyebarkan fitnah.

Ditanya sama ada dia akan meneruskan dengan tindakan undang-undang, Sheila berkata, dia masih lagi mempunyai sifat toleransi.

"Nanti saya akan maklumkan. Saya masih ada sifat tolak ansur lagi. Dalam keadaan kita yang serba kesempitan ini, tidak bermakna mereka boleh terus mengambil kesempatan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 25-8-2021 12:33 PM
"Nanti saya akan maklumkan. Saya masih ada sifat tolak ansur lagi. Dalam keadaan kita yang serba kesempitan ini, tidak bermakna mereka boleh terus mengambil kesempatan."
Quote laksmanabentan 25-8-2021 12:49 PM
pantang diciut sikit......
Quote missHaidiD 25-8-2021 12:51 PM
Dah repot ke balai. Masak la kaki komen. Aku sokong cyst ni saman. Kalau aku jd ES tntu aku sentap tiba org kata ko 2nd choice
Quote RatuDunia94 25-8-2021 01:06 PM
Dh tau page ramai followers main sembur je cakap.. nak membawang meh la kat cari ni..
Quote supermum 25-8-2021 01:35 PM
Tak payah saman, tapi letak under akta komunikasi ke apa tu macam EL boleh kan? Buat tajuk batu api. Mendapatlah
Quote nakkomenjugak 25-8-2021 02:03 PM
terpulang pada cyst yach
Quote lonely_surina 25-8-2021 02:47 PM
bertuah es mak mertua syg..
jaga laa hati cyst yea..
iolss rasa es akan sentiasa disygi cyst sekeluarga..
amik ati cyst, ikut je apa cyst suruh..
rasanya cyst neh spesis kalo syg tu, syg sungguh2..
kite nampak cyst cerewet serba tak kena, tp iolss rasa dia baik n penyayang..

moga dapat cucu perempuan pertama laa hendaknya..
mesti cyst paling excited, tah2 cucu pun bawa masuk tido sebilik..
rasa belah2 es pun happy tgk anak disayangi..
Quote YomiuriLandMae 25-8-2021 03:07 PM
tu la pakai main buran je kan dah mendapat..
Quote HoneyManjer 25-8-2021 03:26 PM
padan muker
Quote I.K.A888990 25-8-2021 04:19 PM
semoga berkekalan la depa ni
syg sgt depa kat menantu
Quote QueenCaramel 25-8-2021 04:21 PM
missHaidiD replied at 25-8-2021 12:51 PM
Dah repot ke balai. Masak la kaki komen. Aku sokong cyst ni saman. Kalau aku jd ES tntu aku sentap t ...

Yes agreed..kalo x berjodohan dgn JN pon biarlahh..sian plak kt ES..i ade soft spot sket kt ES sbb die mcm budak baik jee..xde kontrvasi bodo2 mcm JN..lol
Quote Fortiori02 25-8-2021 09:43 PM
Harap dpt diselesaikan cara baik since pihak kaki komen pun dah buat permohonan maaf scr terbuka.

Kaki komen pun satu, ckp main redah je, kan dah timbul isu.
Quote anony-mous 26-8-2021 12:55 AM
QueenCaramel replied at 25-8-2021 04:21 PM
Yes agreed..kalo x berjodohan dgn JN pon biarlahh..sian plak kt ES..i ade soft spot sket kt ES sbb ...

Lgpon dgn JN tu kan dah lama sgt. Tgk ank dia pon mmg syg ES , ES pon rapat dgn cyst. Klau mcm bamwemy tu nampak jugak la kena dgn tajuk tu. Tp x rasa ES pilihan kedua cuma she bukan org pertama. Tp tetap pilihan utama. Hah gitteeew
Quote nordin84 26-8-2021 01:15 AM
anony-mous replied at 26-8-2021 12:55 AM
Lgpon dgn JN tu kan dah lama sgt. Tgk ank dia pon mmg syg ES , ES pon rapat dgn cyst. Klau mcm bam ...

kannn.. anknye dgn es da lama even ms jn bertandang dkt rmh cyst pn anknye kapel dgn es tp ms tu dorg low profile lagi xdeclare.. pastu putus.. pastu smbg blk..pastu kawen.. ape kena mengena dgn jn..
Quote Burong_Hantuk 26-8-2021 11:09 AM
Bingit lol

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.365762 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top