CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Kepala Anak Lelaki Di Lantai, Cebisan Mayat Dalam Peti Sejuk Bekas Pemain Bola Sepak

25-8-2021 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3963| Komen: 19

Description: Seorang bekas pemain bola sepak Ghana ditahan susulan penemuan kepala remaja lelaki berusia 13 tahun di dalam peti sejuk di rumahnya.
Seorang bekas pemain bola sepak Ghana ditahan susulan penemuan kepala remaja lelaki berusia 13 tahun di dalam peti sejuk di rumahnya.

Bekas pemain itu, Richard Gyamfi, 28, ditahan setelah ayah remaja itu memecah masuk ke kediamannya sehingga membawa kepada penemuan itu di bilik yang terkunci.


Polis menemui anggota badan dan kepala dalam peti sejuk di rumah itu di Sunyani, Ghana, pada Ahad.

Memetik laporan Kanyi Daily, insiden menggambarkan itu terbongkar apabila bapa mangsa, Thomas Agyei mendakwa Richard mengajak anak lelakinya, Louis Agyemang Junior, ke rumah pemain itu.

Richard kemudian memberitahu Thomas bahawa dia tidak pernah melihat anaknya dan tidak mempunyai kaitan dengan kehilangannya.

Richard, Foto: Newsflash


Bagaimanapun, salah seorang rakan mangsa meyakinkan Thomas bahawa Richard dilihat membawa anaknya ke rumah.

Dia dan beberapa penduduk tempatan mengambil keputusan untuk memasuki rumah bekas pemain bola itu.

Pada mulanya, mereka itu tidak menemui apa-apa yang luar biasa sehingga terjumpa pintu terkunci di rumah tersebut.

Mereka meminta Richard membuka pintu bilik tersebut, namun dia memberikan alasan bahawa kunci tersebut hilang.

Mereka kemudian bertindak memecahkan pintu bilik berkenaan sehingga menemukan mayat Louis tanpa kepala, di lantai.

Polis segera dipanggil ke tempat kejadian, sehingga menemukan dua kepala lain tanpa badan dan banyak cebisan mayat disumbatkan dalam peti sejuk.

Suspek ditahan dan siasatan sedang dijalankan. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 25-8-2021 10:21 AM
memang fishy sangattttttt bagi alasan gitu
kesian apak nya
condolences
Quote sarah82 25-8-2021 10:26 AM
Utk pemujaan ka apa? Ilmu hitam kat Afrika boleh tahan juga permintaan nak korban manusia.
Quote hareeeesah 25-8-2021 10:30 AM
Macam mana la perasaan nampak badan anak takde kepala, lepas tu jumpa pulak kepala
Quote MissLana 25-8-2021 10:36 AM
iols ingatkan pedo tp pehal penggal kepala and ada mayat lain jugakkk. scaryyyy
Quote namr 25-8-2021 10:40 AM
Ntah2 kanibal
Quote fizamn 25-8-2021 11:28 AM
Cannibalism ke apa ni?
Quote Burong_Hantuk 25-8-2021 11:40 AM
Ya Allah...saiko nih mmg tahap mental teruk
Quote Guccibamboo 25-8-2021 11:44 AM
Dah tahun 2021 pun ade lg org mcmni.....semoga I x terjumpa org mcmni dlm kehidupan realiti
Quote matamata 25-8-2021 11:47 AM
Some part of Africa mmg masih ada amalan ni...cuma sorok2 la
Quote twins 25-8-2021 11:53 AM
physco  kot dia ni.... kalau tidak aper ke jadahnya bunuh simpan dalam peti ais...
takkan nak buat makanan pulak kot daging2 manusia tu.....
Quote CikYaYaYa 25-8-2021 01:53 PM
omg ngeri nyaa..
Quote Artemesiaa 25-8-2021 01:54 PM
Euwww mengerikan macam kes cannibalism je
Quote any42 25-8-2021 01:58 PM
seramnya tgk peti tu. mau pengsan klau tgk dpn2

pcubaan nk jd next jeffry dahmer ke
Quote shernazz 25-8-2021 02:00 PM
Gila lah.luluh hati bapaknya nampak.kepala anak wwoiii..
Quote edayildiz 25-8-2021 02:03 PM
kalau atuk albert fish tu dia mkn bdk2 kan..kalau dia ni mcm tak mkn..pemujaan gamaknya..scary..teringt yg potong kepala slh sorg family pastu bwk lari ngn muto..kt n9 ke mana..xleh byg sktnya..rasa ngilu pulak.
Quote spicygirl3 25-8-2021 05:57 PM
Ganas ganas orang ghana ye
Quote Fortiori02 25-8-2021 09:50 PM
Psycho mamat ni. Nrah brp ramai yg dia dah bunuh.
Quote fatinandreanna 27-8-2021 03:05 AM
sarah82 replied at 25-8-2021 10:26 AM
Utk pemujaan ka apa? Ilmu hitam kat Afrika boleh tahan juga permintaan nak korban manusia.

Most probably. Ada benda besar dia nk minta buat sacrifice ni.  Xrasa benda ni berlaku sbb psycho.
Quote sarah82 27-8-2021 07:00 AM
fatinandreanna replied at 27-8-2021 03:05 AM
Most probably. Ada benda besar dia nk minta buat sacrifice ni.  Xrasa benda ni berlaku sbb psycho. ...

Betul.. Mesti permintaan yg besar.. Jadi kena korban manusia.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.065482 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top