CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jamal Abdillah Bergaya Pandu BMW Tak Berbumbung, Baru Beli Ke?

25-8-2021 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8209| Komen: 44

Description: Tersebar beberapa keping foto dirinya segak memandu kereta mewah jenama BMW tanpa bumbung (convertible), Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah menafikan kenderaan tersebut miliknya.
Tersebar beberapa keping foto dirinya segak memandu kereta mewah jenama BMW tanpa bumbung (convertible), Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah menafikan kenderaan tersebut miliknya.


Sebaliknya, kata Jamal atau nama lengkapnya, Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, kenderaan mewah tersebut digunakannya atau dipandunya ketika menjalani penggambaran promosi sebuah projek resort tidak lama dahulu.


Foto: Kosmo

“Bukan saya punya! (tertawa). Kereta itu saya pandu ketika penggambaran promosi sebuah resort di Cameron Highlands, Pahang.

“Saya memang peminat kereta tapi bukan kereta convertible. Harga kereta yang jenis begitu bukan calang-calang. Tak mampu saya dibuatnya, lebih baik saya kumpul atau simpan duit beli apa yang lebih bermanfaat,” kata pelantun lagu Gadis Melayu itu ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.


Kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu, kereta mewah yang dipandunya itu adalah model BMW 6-Series Convertible. Dipuji kelihatan muda dalam gambar yang kian tular dalam Facebook itu, Jamal hanya tertawa.



“Alhamdulillah, kalau ada orang kata saya nampak muda (ketawa). Semua yang kita ada sekarang ini adalah milik Allah. Sama-samalah kita jaga anugerah yang Allah SWT pinjamkan buat sementara waktu,” ujarnya.

Ditanya apa tips dirinya kekal aktif dan awet muda pada usia 62 tahun, jawab Jamal: “Jaga berat badan dengan jaga pemakanan. Itu paling penting. Selain itu, dalam pada usia semakin meningkat, saya nak nasihatkan agar selalu bersenam walaupun pada waktu pandemik sekarang.

“Tak kisahlah berjogging atau berjalan laju, asalkan dapat keluar peluh. Nak pergi gimnasium pun masih tak dibenarkan beroperasi lagi sebab negara masih terikat dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya di rumah ada treadmill. Waktu pandemik kalau saya bosan tak boleh jogging di luar, saya berlari atas treadmill sahaja. Tapi sekarang dah boleh bersenam di luar tapi tolong patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.”



Baru-baru ini, Jamal berkongsi berita gembira apabila dia bakal menimang cahaya mata kelima awal tahun hadapan. Menurutnya, isteri iaitu Datin Zai Izzati kini sedang hamil 12 minggu dan dijangka akan bersalin pada awal Februari tahun hadapan.

“Insya-Allah, jika diizinkan, saya inginkan anak perempuan. Apa-apa pun saya serahkan lepada Allah SWT. Ini bermakna, bertambah lagi tanggungjawab saya untuk keluarga.



“Saya dan isteri bercadang untuk pilih tarikh 2 Februari 2022 untuk kelahiran anak kelima ini nanti,” katanya yang bakal muncul dengan satu lagi single baharu bersama Wany Hasrita tidak lama lagi.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-8-2021 12:58 PM
Heols masih mendadih ke? Tapi iols ada soft spot sebab heols humble dan bukan kaki mencapub. Buat hal sendiri. Suara masih sedap.

Quote RatuDunia94 25-8-2021 01:03 PM
Di usia 62 tahun heols masih kelihatan helok
Quote hannan_rayyan 25-8-2021 01:03 PM
comelnyaaa Azura Yamani, mata bolat! last tgk masa baby2 dulu now dah besar berupa
Quote Aaaaaookkk 25-8-2021 01:13 PM
Semoga perkahwinan heols kali ni berkekalan sehingga ke akhir hayat. Aaminn..
Comel anak2 dia.
Quote irsa 25-8-2021 01:21 PM
Utk usia heols, heols nmpk helok
Quote kakigojes 25-8-2021 01:28 PM
Wartawan suka letak lagu Gadis Melayu, maybe cause kurang patah perkataan.. pada I, Mawi yang popularkan lagu tu, cause lepas mawi nyanyi, terus meletop-letop and cause radio takde tape mawi, jadilah Datuk Jamal… haha I rasa la… Tapi kesimpulannya, banyak lagu Datuk yang hits
Quote LadyCarefree 25-8-2021 01:33 PM
Gambar baju kuning dgn baby tu sah2 nampak level atok.
Quote nakkomenjugak 25-8-2021 01:50 PM
kalau tok jamal baca ni
mak iol ngefans sangat dengan tokk
Quote JohnyEnglish 25-8-2021 01:57 PM
herlok bini beliyau
Quote Gianna111 25-8-2021 02:01 PM
parents bini he dulu tak menentang ke perkahwinan mereka dulu?
bini lawa muda...harap tok jamal telah berubah dan tak ambil barang terlarang lagi.
Quote salimrock 25-8-2021 02:18 PM
jgn la bg jamal beli la yg ada bumbung, terbang wig tu nanti
Quote belilies 25-8-2021 02:21 PM
Jamal ni maunya tiap tahun beranak menambah umat. Steady jamal!
Quote mamajawie 25-8-2021 03:16 PM
Hamboihh lasaknye baby boy atok ni smpai stokin tercabut sebelah..hehe

Btw aku geli plak tgok gmbar atok pluk mesra bini dia..like
Quote Mawar91 25-8-2021 04:17 PM
Meols tertarik ayat last tu.bakal muncul lagi baru dengan wany Hasrita .adekah ciptaan Hael & Ezra lagi?hope lebih better dari lagu belenggu rindu.
Quote sayawifenikmie 25-8-2021 05:11 PM
Edited by sayawifenikmie at 25-8-2021 05:12 PM

dah tak mendadih lagi kot ... tengok susuk badan dia sihat ... nampak kekar untuk umur 62 tahun ...  kaya dia ni rasanya .. sekali bukamulut jer berpuluh ribu rm masuk .. tapi musim2 cv19 ni tak tahu lah ..
Quote mawarkhayalan99 25-8-2021 05:12 PM
nakkomenjugak replied at 25-8-2021 01:50 PM
kalau tok jamal baca ni
mak iol ngefans sangat dengan tokk

sama dengan mak iols. ngefans hard katanyahhhhh
Quote Burong_Hantuk 25-8-2021 05:13 PM
Pokcik nih botokssss...
Quote rayray28 25-8-2021 06:02 PM
sayawifenikmie replied at 25-8-2021 05:11 PM
dah tak mendadih lagi kot ... tengok susuk badan dia sihat ... nampak kekar untuk umur 62 tahun ...  ...

itulaa rasa kaya and byk menyimpan ni..utk anak2 pn mesti ada portion2 harapnya laaa..anak yg dlm perut ni kalau girl dlm laa buat kwn2 dgn azura..br td tgkbdia nyanyi kt ppv mse bwk bini vaksin heheh
Quote Nenolen 25-8-2021 08:10 PM
kakigojes replied at 25-8-2021 01:28 PM
Wartawan suka letak lagu Gadis Melayu, maybe cause kurang patah perkataan.. pada I, Mawi yang popula ...

Gadis Melayu bukan ker lagu penyanyi Othman Hamzah...bukan Jamal...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.099395 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top