CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Remy Ishak Nak Rileks Dulu, Dua Tahun Tak Nak Anak

25-8-2021 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26573| Komen: 201

Description: Status sebagai suami orang tidak menghalang pelakon Remy Ishak untuk terus berkarya dalam bidang lakonan sekali gus menghiburkan para peminatnya.
Status sebagai suami orang tidak menghalang pelakon Remy Ishak untuk terus berkarya dalam bidang lakonan sekali gus menghiburkan para peminatnya.

Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, dia menyedari ramai dalam kalangan selebriti mengambil keputusan untuk bersara selepas berkahwin.

Bagaimanapun pelakon berusia 39 tahun itu tetap akan berada dalam dunia seni kerana ia merupakan minat yang sudah tertanam dalam dirinya.

Kredit foto: IG
"Saya ada terima banyak pertanyaan mengenai perkara itu (bersara). Saya tahu ada saja rakan selebriti yang ambil keputusan berhenti selepas berkahwin.

"Tapi kalau orang bertanya, saya akan jawab yang saya takkan berhenti daripada dunia lakonan sebab ia adalah minat saya... saya minat berkarya dalam movie.


"Itu saja waktu yang saya boleh lari daripada dunia nyata dan saya rasa enjoy. Jadi, saya akan terus berada dalam dunia seni dan berkarya," katanya kepada mStar.



Pelakon Pujaan Hati Kanda itu selamat bergelar suami kepada Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada 21 Ogos lalu.

Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung secara sederhana dan tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Dalam pada itu, pelakon drama Keluarga Baha Don ini memberitahu dia dan isterinya tidak mempunyai perancangan dalam soal zuriat.


Melihat perkembangan pandemik Covid-19 yang terus melanda dunia, Remy berasakan kini bukanlah waktu yang sesuai untuk dia mendapatkan cahaya mata.

"Dunia pun tak stabil lagi, begitu juga ekonomi dan situasi politik negara. Sepanjang tempoh dua tahun akan datang kita relaks dahulu.


"Tak perlu nak memikirkan soal anak-anak. Tapi kalau Allah kurniakan, Alhamdulillah... kami terima sahaja rezeki yang datang.

"Tapi untuk ada lebih daripada tiga orang anak dalam tempoh lima tahun, ia tak mungkin akan berlaku," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote udangku 25-8-2021 01:14 PM
Sukanyaaa tengok wife dia, matang and sweet je {:love
Quote LemonGourmand 25-8-2021 01:17 PM
nasib kau lah...
Quote AshkieLa 25-8-2021 01:29 PM
Edited by AshkieLa at 25-8-2021 01:32 PM

bini ko 40 oii kalau lagi 2 tahun...
tapi kalau bini tu ok je, so lantak ko lah... ahahaha
semoga lagi dua tahun ok je mengandung takde terbit komplikasi ape2...
Quote LadyCarefree 25-8-2021 01:35 PM
Kenapa jagong dan mrs jagong bg diorang hadiah? Hadiahnya apa?
Quote nakkomenjugak 25-8-2021 01:37 PM
lantakkkk lahh deme punya hal
sweet je tengok minik bamwemy
Quote midori_katana 25-8-2021 02:01 PM
tajuk tt hampir membuatkan meols memberi sepatah dua kata kepada bam remy. tetapi lepas membaca sampai habis berita tu ok, betul la apa bam remy kata tu...cuma kesian la juga sbb wifey pun akan masuk 40an lagi 2 tahun...didoakan dipermudahkan mendapat zuriat nanti..
Quote amyza82 25-8-2021 02:05 PM
Nasib ko la bini, 8 tahun tgu nk dikahwini.
Ni nk anak kena tgu lagi, umur dh meningkat
Serius bini dh nampak aging walau belum pernah kawin n beranak.
Quote lifeline 25-8-2021 02:07 PM
udangku replied at 25-8-2021 01:14 PM
Sukanyaaa tengok wife dia, matang and sweet je {:love

betulramai duk kecam ckp xlawa la apa la
bg aku secocok la dgn remy tu
matang je nmpak wife dia
remy pon bukannya muda lagi..sesuai sgt la dgn yg matang mcm ni

Quote salimrock 25-8-2021 02:16 PM
lg 2 tahun , silap2 dah orang lupakan bang remy
Quote adeqbun 25-8-2021 02:18 PM
nasib ko laaa ezzar
Quote AshkieLa 25-8-2021 02:18 PM
lifeline replied at 25-8-2021 02:07 PM
betulramai duk kecam ckp xlawa la apa la
bg aku secocok la dgn remy tu
matang je nmpak wife dia
...

yang kecam tu banyak berangan..
spesis suka baca novel melayu part2 atas katil hero heroin..
pastu fefeeling dia heroin.
tu yg jadi lagu tu...
Quote ninnamina 25-8-2021 02:23 PM
Wow Istana bagi hadiah apa tu eh
Quote Zirara99 25-8-2021 02:25 PM
Somewhat aku rasa dia mmg tk ready utk settle down. I mean, tgk la sebelum kahwin mcm mana. Dh kahwin, tahan2 isteri utk mengandung plk. Harap dh fikir masak2 dgn isteri. Kesian..
Quote Adeakukesah11 25-8-2021 02:31 PM
Ko ckp la cmni skali dia tknak bg terus haaa..
Quote maitang 25-8-2021 02:37 PM
kalau kucing, ni jenis alpha bam remy ni
Quote Reira77 25-8-2021 02:40 PM
Tak tahu kenapa forever rasa kesian kat Ezza tu. Moga awak tabah ye Ezza.
Quote ira_229 25-8-2021 02:44 PM
bodohnya kawin utk apa? bukan dia perempuan yg badan lari alignment bila dah beranak..
takut dia buat family planning terus tak dapat anak sampai bila2..nauzubillah..
kenapa aku nampak mereka mcm kurang mesra eh? tak mcm couple2 lain bila baru kawin..
Quote fealefea 25-8-2021 02:49 PM
mmg mencabar oi ada laki cam remy, selamanya hati die je nk kite jaga. tak pe la single lebih tenang. ingat tak risau ke umo da beranjak 40 tapi x ready2. kalau MF dulu laju je ko putus kan.
Quote pearl.silver 25-8-2021 02:55 PM
Tak sangka mcm ni gaya nya org takut komitmen bila terpaksa berkawen..

Lihat semua komen(201)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.053123 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top