CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peringatan Buat Semua, Buka Sektor Sebab Ekonomi Bukan Covid-19 Dah Pulih

20-8-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1816| Komen: 11

Description: Kebenaran untuk beberapa sektor dibuka bukan disebabkan keadaan sudah kembali selamat tetapi atas faktor ekonomi.
 Kebenaran untuk beberapa sektor dibuka bukan disebabkan keadaan sudah kembali selamat tetapi atas faktor ekonomi.

Menerusi ciapan di Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberi peringatan kepada orang ramai bahawa banyak tempat dibenarkan untuk dibuka adalah disebabkan faktor ekonomi bukan kerana faktor keselamatan.



Foto: Kosmo

“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka, dua lapis kalau boleh, jaga penjarakan fizikal dan sering mencuci tangan.

“Selain itu, elakkan berkumpul beramai-ramai, jaga diri dan segera dapatkan vaksinasi,” ciapnya di Twitter miliknya.

Sebelum itu, Noor Hisham menyatakan kes harian Covid-19 merekodkan angka tertinggi kes sebanyak 22,948 menjadikan jumlah kes positif berjumlah 1,489,460 kes dengan 178 kes kematian dilaporkan dan 35 daripadanya adalah Brought-In-Dead (BID).


Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan membenarkan individu yang lengkap menerima vaksin Covid-19 di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjalani aktiviti makan di restoran (dine-in) bermula esok.

Selain itu, beliau turut menyatakan kemudahan lain yang akan diberikan ialah aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) terpakai di dalam daerah sama sahaja. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote me12345 20-8-2021 09:23 AM
Belum sanggup dine in....
Quote glump 20-8-2021 09:27 AM
Baik lah bagi semua kedai2 dibuka dari dibenarkan dine in ..nie nak beli selipar pun payah
Quote Skuau 20-8-2021 09:29 AM
glump replied at 20-8-2021 09:27 AM
Baik lah bagi semua kedai2 dibuka dari dibenarkan dine in ..nie nak beli selipar pun payah

haha....igtkn aku sorang cari selipar....
Quote sarah82 20-8-2021 09:30 AM
glump replied at 20-8-2021 09:27 AM
Baik lah bagi semua kedai2 dibuka dari dibenarkan dine in ..nie nak beli selipar pun payah

Tak tempat ang.. Tapi kat alor setar.. Boleh order flipper via foodpanda..
Quote glump 20-8-2021 09:40 AM
Skuau replied at 20-8-2021 09:29 AM
haha....igtkn aku sorang cari selipar....

Kita jenis brisk walk pakai selipar jer.
Kalau hardware boleh bukak,kedai Kain ke kedai baju tak boleh walhal pi kedai dok tunjuk ,potong Kain. Sama gak ngn kedai alat sukan dsb
Quote orkid_amani 20-8-2021 10:39 AM
Dah terlambat kot..berapa ramai dah yg bankruptcy..DG tu dok diam2 la buat kerja dia. Jangan dok masuk campuq kerja org lain. Masa org suruh tutup kilang dia kat mana?
Quote stingerlympics 20-8-2021 10:42 AM
glump replied at 20-8-2021 09:40 AM
Kita jenis brisk walk pakai selipar jer.
Kalau hardware boleh bukak,kedai Kain ke kedai baju tak  ...

Covered slippers atau open end slippers?

Takut droplets of virus jatuh ke permukaan kaki kau kemudian kau lupa cuci setiba dirumah...can be quite scary tau
Quote mama_neko 20-8-2021 10:45 AM
kat market tempat aku, buh poster- mrket ni hotspot covid.. terus aku cuak.. segala ikan, sayuq semua aku order ja.. masak pun sampai habiskan segala stok bru aku start topup... punya la aku takut nak masuk tempat2 ni semua
Quote ElizabedahTan 20-8-2021 04:52 PM
Ya betol…
Quote salmon-suki 20-8-2021 06:22 PM
Maaf laa,bukak dine-in kt negeri2 P1 buat apa? Dah mcm lembu keluar kandang yee ai tgk..td ai balik kerja,lrt ramai giler ..n ada lembu2 y jenis tak patuh sop,suruh jarak2 tp bebal,sebok nak dekat..kita jarakkan diri tp lembu tu makin menyondol pulak...

Dgn lembu pati y pakai mask tak betul..ai plak rasa paranoid nak keluar g kerja..bos pun bebal jgk tak nak bg keje kt rumah..y ada transport sendiri pun bebal jgk sbb tak nak dtg ofis padahal dekat je dgn ofis..kalau kita kena covid gara2 dipaksa dtg ofis,kita boleh mtk pampasan tak ek?cuaca sejuk2 ni asma pun mcm dah nak start balik...benci ai!
Quote shida81 20-8-2021 07:06 PM
Iols nk barber bukak cepat.. Rambut jantan2 kat umah ak da Rupe boney m

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.050857 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top