CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syahmi Sazli Tak Suka Flex Hidup Mewah, Minta Influencer Dan Artis Lebih Peka

20-8-2021 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5997| Komen: 31

Description: Memang seronok jika dapat menayang kemewahan di media sosial lebih-lebih lagi apabila ada pula yang teruja dan memuja.
Memang seronok jika dapat menayang kemewahan di media sosial lebih-lebih lagi apabila ada pula yang teruja dan memuja.

Budaya itu bukanlah sesuatu baharu dalam kalangan mereka yang berduit terutama bagi kelompok selebriti dan influencer media sosial.


Namun bagi YouTuber popular Syahmi Sazli, 26, dia beranggapan amalan menayang kekayaan atau 'flex' hanya akan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut atau follower media sosial.


Foto: IG

"Bagi saya, kita sebagai manusia biasa mesti la ada rasa nak tunjuk kejayaan atas usaha selama ni.

"Saya rasa tak ada masalah pun kalau sesekali nak tunjuk, mungkin dua kali setahun ke.


"Tapi kalau setiap content tu nak tunjuk harta je, nak tunjuk kemewahan je... itu tak elok la," katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Syahmi yang terkenal dengan kandungan Drama Spontan di saluran YouTube, sama ada influencer atau selebriti mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dalam berkongsi foto atau video di platform masing-masing.

Ujarnya, jika tersilap langkah ia akan menggores hati para pengikut yang selama ini menyokong hasil usaha mereka.



"Kena ingat follower ni datang daripada pelbagai latar belakang, kalau yang memang berduit tu tak mengapa la.

"Namun ada yang teringin tapi tak mampu, jadi benda tu akan buat sesetengah daripada mereka rasa sedih. Dia nak macam tu juga tapi tak mampu, jadi mereka rasa sedih dan kecewa.

"Jadi kita tak nak la perasaan tu timbul dalam kalangan follower kita sebab yang bagi kemewahan dan harta tu mereka juga," katanya.

Selain itu Syahmi yang memiliki 2.65 juta pelanggan atau subscriber di YouTube dan 2.4 juta pengikut di Instagram mengakui kandungan berkaitan kemewahan lebih mudah untuk meraih perhatian pengguna media sosial.

Kata pengarah filem Mael Totey The Movie ini, situasi itu menjadikan golongan influencer lebih gian untuk mempamerkan kemewahan masing-masing.


"Kita tahu content tunjuk kemewahan dan harta ni boleh dapat views dan like yang tinggi.

"Tapi secara tak langsung ia akan membuatkan mereka rasa jauh dengan kita sebab asyik tunjuk harta.

"Bagi saya kalau kita nak follower yang berkualiti, kita kena satu level dengan mereka. Biar mereka rasa kita ni sama je... elak mereka rasa kecil hati," katanya lagi.

Ditanya sama ada dia pernah melalui fasa menayang kemewahan, Syahmi mengakui ia berlaku ketika awal kejayaannya sekitar tahun 2017.



"Dulu-dulu masa beli kereta pertama atas usaha saya sebagai content creator tu pernah la juga, tahun 2017.

"Tapi apabila fikir balik dan selepas tengok komen orang tulis... untung la Syahmi, saya dah lama mengidam... jadi benda tu buat kita rasa follower kita kecewa.

"Mungkin ada sesetengah influencer anggap tayang benda mewah ni sebagai inspirasi, tapi saya rasa tak inspirasi pun sebab orang lebih berkecil hati," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misuke 20-8-2021 10:39 AM
Suka depa ni.humble je...rumah tengah buat tu besar amatttt..rezeki d3pa..alhamdulillah
Quote auntyonion 20-8-2021 10:41 AM
Tak mampu buatlah cara tak mampu {:laugh onty tak mampu apa2 pn diam2 je {:cryrun
Quote cmf_premierleag 20-8-2021 10:42 AM
dik,akak bukannya apa ye..bukan nk face shaming ko
tp kalo rupa mcm tu, mmg elok la ko x yah flex. sbb x meyakinkan lgsg
tapi kan dik, kalo muka ko mcm zul ariffin ke, hisyam hamid ke, fezrul hot khan ke...kalo depa miskin tp nak flex rete,tu akak bleh terima ya
Quote Kurex 20-8-2021 10:56 AM
Nak gosipkan apa ni?
Quote nakkomenjugak 20-8-2021 11:00 AM
cmf_premierleag replied at 20-8-2021 10:42 AM
dik,akak bukannya apa ye..bukan nk face shaming ko
tp kalo rupa mcm tu, mmg elok la ko x yah flex.  ...

hahahahah kejam sungguh komen uol!
Quote cmf_premierleag 20-8-2021 11:11 AM
nakkomenjugak replied at 20-8-2021 11:00 AM
hahahahah kejam sungguh komen uol!

at least akak jujur ya
Quote Raline 20-8-2021 11:14 AM
CAKAP TAK SERUPA BIKIN.




braggingghumble????
Quote bukannasigoreng 20-8-2021 11:25 AM
cmf_premierleag replied at 20-8-2021 10:42 AM
dik,akak bukannya apa ye..bukan nk face shaming ko
tp kalo rupa mcm tu, mmg elok la ko x yah flex.  ...

"zul ariffin ke, hisyam hamid ke, fezrul hot khan ke"


nak contoh yang ada rupa sikit akak, ni tak cukup.
Quote mama_neko 20-8-2021 11:31 AM
cmf_premierleag replied at 20-8-2021 10:42 AM
dik,akak bukannya apa ye..bukan nk face shaming ko
tp kalo rupa mcm tu, mmg elok la ko x yah flex.  ...

jujur sungguh komen ini... kami bagi 5 bintang...    apa yang terbuku telah diluahkan.. ahahahahaha
Quote Thunderclouds 20-8-2021 11:32 AM
Humblebrag much?
Quote hanihan16 20-8-2021 01:24 PM
muka lembut je bininya
Quote cicicumel 20-8-2021 02:15 PM
Mmg kaya ke dia?
Quote husna_amal 20-8-2021 02:38 PM
Bukan ke biasa je dia flex kemewahan demi secebis konten.
Quote 7doors 20-8-2021 02:39 PM
Exclude me from calling them influwncer...they. are just opportunist seeker
Quote mamichik 20-8-2021 03:49 PM
Raline replied at 20-8-2021 11:14 AM
CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

mungkin sbb dia tak ada benda baru nak tunjuk? dulu bukan dia tayang ke kereta etc?
Quote bottombikini 20-8-2021 05:20 PM
apa yg best dgn dia ni
Quote tembamgirl09 20-8-2021 05:22 PM
dia ni nampak sempoi abis, tak sangka kaya kan
Quote Nenolen 20-8-2021 05:25 PM
Tak flex kemewahan but flex kebodohan...jgn terasa...ini statement general...
Quote Ciktiekus 20-8-2021 06:30 PM
Ye ke x flex

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.103466 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top