CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lama Sangat Tak Buka Sekolah, Penuh Tikus Dan Najis

20-8-2021 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2184| Komen: 11

Description: Sebuah sekolah di selatan California, Amerika Syarikat telah menangguhkan hari pertama pembukaannya baru-baru ini setelah para guru melaporkan masalah tikus besar bersaiz gergasi di institusi pendidik ...
Sebuah sekolah di selatan California, Amerika Syarikat telah menangguhkan hari pertama pembukaannya baru-baru ini setelah para guru melaporkan masalah tikus besar bersaiz gergasi di institusi pendidikan berkenaan.


Bukan saja tikus, malah guru yang berkhidmat di sekolah itu turut menemui najis dan kerosakan teruk di kelas-kelas di Schurr High School dekat Montebello.

Sekurang-kurangnya seekor tikus besar dilihat terjatuh di kelas menerusi sebuah video yang dirakam di sekolah itu, menurut laporan People.


Foto: Agensi
"Ini benar-benar tidak selamat dan menggugat kesihatan murid dan tenaga pengajar.

"Beberapa bilik darjah kini telah didiami oleh tikus," kata seorang guru, Al Cuevas.


Katanya, beberapa orang rakannya juga cuba mengawal kekacauan yang dicetuskan oleh tikus-tikus berkenaan, namun tidak dapat berbuat demikian.

Dalam pada itu, jurucakap pihak berkuasa kesihatan sementara, Dr. Mark Skvarna berkata, beliau menjangkakan bahawa sekolah itu hanya akan dibuka semula dalam tempoh 15 hari lagi.

Para pelajar, katanya, sepatutnya kembali ke sesi pembelajaran di kelas masing-masing pada Isnin lalu sejak wabak Covid-19 melanda pada Mac 2020.

Tegasnya, pihak berkuasa di daerah itu sepatutnya melakukan lebih banyak usaha dalam mengenal pasti masalah tikus menjelang sesi persekolahan 2021-22.

Namun, media melaporkan sekolah itu mempunyai risiko tinggi untuk muflis menurut laporan kewangan.

Presiden Guru Montebello, David Navar berkata, kehadiran tikus telah menjadi isu berterusan di sekolah tersebut.

"Ini adalah sebuah tragedi dan malapetaka bagi pelajar kami yang kehilangan hari belajar yang sangat berharga," katanya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 20-8-2021 09:16 AM
sekolah tak operasi tak kan cleaner pon stop operation gmm no wonder la berkulat tahi..
Quote chandrahusin 20-8-2021 09:29 AM
sekolah blkg rumah aku
ada penampakkan biawak
kat koridor tingkat 2
2 3 hari jgk aku nmpak biawak tu
berlegar2 mencari jalan keluar kot
Quote AnnaSendin 20-8-2021 09:54 AM
Pekerja pembersihan mana? Takkan negara maju tak mampu nak upah kot?
Quote nakkomenjugak 20-8-2021 11:10 AM
gemok2 tikus nyaaaa
temasya betul kalau letak kucing situ
tom and jerry la jadiknya
Quote Nana_Man 20-8-2021 02:01 PM
nakkomenjugak replied at 20-8-2021 11:10 AM
gemok2 tikus nyaaaa
temasya betul kalau letak kucing situ
tom and jerry la jadiknya

Kucing pun takot tgk tikus besar2. Hehe
Quote nakkomenjugak 20-8-2021 02:03 PM
Nana_Man replied at 20-8-2021 02:01 PM
Kucing pun takot tgk tikus besar2. Hehe

fitammmm kucing
lohhhh saiz haku haaa tikus nyaaa
hahahah
Quote Nana_Man 20-8-2021 02:06 PM
nakkomenjugak replied at 20-8-2021 02:03 PM
fitammmm kucing
lohhhh saiz haku haaa tikus nyaaa
hahahah

Tapi betul tau. Dulu ada kt tis tmpt ni. Govt dah kosongkn estet tu pasal ada redevelopment. Jd org pun dah tak lalu kt situ. Tikus2 memang jadi raja. Kucing2 pun naik seram. Manusia pun lagi lah takot. Haha
Quote Artemesiaa 20-8-2021 03:11 PM
Buat sekolah lain eloklah buat kerja pembersihan dulu sebelum bermulanya sesi persekolahan semula.  Bahaya banyak tikus ni bimbang kena penyakit kencing tikus pulak nanti.
Quote reddots 20-8-2021 04:14 PM
AnnaSendin replied at 20-8-2021 09:54 AM
Pekerja pembersihan mana? Takkan negara maju tak mampu nak upah kot?

Mungkin dah jadi mangsa covid.
Quote imanjannah 20-8-2021 04:18 PM
mcm tikus di ladang kelapa sawit pulak, tikus sebesar kucing
Quote spicygirl3 21-8-2021 05:01 PM
Seriously??!!!! Dah jadi satu kerja nak cuci bersih all the schools

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049756 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top