CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Samantha Ramsdell Dinobat Wanita Mulut Paling Besar Di Dunia

20-8-2021 08:00 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3480| Komen: 20

Description: New York: Seorang wanita berusia 31 tahun, Samantha Ramsdell yang popular di TikTok berikutan bukaan mulut yang sangat luas, kini secara rasminya dinobat wanita mulut paling besar di dunia oleh Guinn ...



New York: Seorang wanita berusia 31 tahun,  Samantha Ramsdell yang popular di TikTok berikutan bukaan mulut yang sangat luas, kini secara rasminya dinobat wanita mulut paling besar di dunia oleh Guinness World Records.

Menerusi beberapa perkongsian video di aplikasi TikTok yang memaparkan dia sedang memuatkan sejumlah besar makanan ke dalam mulut, termasuk keseluruhan kentang goreng McDonald's telah membuatkan 1.7 juta pengikutnya merasa sangat kagum.


Samatha yang berasal dari Connecticut menerima pengiktirafan berkenaan pada 28 Julai lalu selepas ujian ukuran yang dibuat di sebuah klinik di South Norwalk, Connecticut mengesahkan bukaan mulutnya seluas 6.52 sentimeter.

"Berusia 31 tahun dan memperoleh rekod ini untuk sesuatu yang selama ini buat saya rasa tidak yakin dan pernah mahu menjadikan ia kecil, adalah sangat hebat.

"Ia kini menjadi satu daripada perkara terbaik mengenai saya," katanya yang bekerja sebagai wakil jualan peralatan perubatan.

Samantha turut menyokong mereka yang mempunyai anggota badan unik untuk mencatat rekod dalam Guinness World Records.


"Lakukan dengan penuh dan jadikan ia aset paling besar anda. Ia adalah kuasa anda, yang menjadikan anda istimewa dan berbeza daripada orang lain di sekeliling," katanya seperti dilapor Mirror.

Menurut wanita itu, dia membuka akaun media sosialnya untuk berkongsi kebolehan nyanyiannya tanpa sedar bahawa bentuk mukanya yang lebih menarik perhatian orang ramai.

Sebelum ini katanya, dia mula mengumpul keyakinan sejak dua tahun lalu apabila mengambil kelas nyanyian serta berkongsi mengenainya di Instagram.

Kredit foto : guinnessworldrecords.com
Kredit foto : guinnessworldrecords.com


"Kemudian saya jatuh cinta dengan komedi dan parodi serta mula banyak berkongsi mengenai itu sebelum membuka akaun TikTok pada 2019 tetapi tidak begitu aktif sehingga tempoh pandemik pada April 2020.

"Sejak itu saya berkongsi banyak video kelakar dan parodi tetapi setiap kali berkongsi sesuatu yang menunjukkan mulut saya, ia menjadi sangat tular," katanya.

Besar betul mulut dia, agak-agaknya siapa pula memegang rekod mulut paling kecil di dunia? - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Blackrose87 20-8-2021 08:23 AM
Edited by Blackrose87 at 20-8-2021 08:51 AM

Hurmmm...  Lipstick cepat habis la gini..
Quote kakikuDibibirmu 20-8-2021 08:27 AM
Mulut besar atas bawah

[youtube]Pj4tzjmKGGo[/youtube]
Quote mclaren 20-8-2021 08:38 AM
Teringat filem zaman dulu yang usahasama dengan Indon kot yang ada watak (hantu ke?) makan aborted baby ke apa macam tu.

Bayi besar macam bari lahir tu bulat2 masuk mulut he he
Quote jejai 20-8-2021 08:38 AM
kakikuDibibirmu: Mulut besar atas bawah Pj4tzjmKGGo

My mind is traveling {:smile
Quote DayangKirana 20-8-2021 09:14 AM
pelahap nye lah sumbat rupe gitu...huduh kelaku.
Quote Simunggu 20-8-2021 09:15 AM
wah boleh berlakon filem biru ni..
Quote Orix 20-8-2021 09:17 AM
Jaclyn victor xnak celen ke
Quote naina 20-8-2021 09:18 AM
Alaa orang buat mukbang tu mulut luas2 belaka. Heran aku suap banyak besor2. Lagi2 mukbang India. Makan nasi senganggam dia kaut masuk mulut. Makan mee sesenduk besar saiznya dia suap. Nak.termuntah aku
Quote jiwarasa 20-8-2021 10:25 AM
Simunggu: wah boleh berlakon filem biru ni..

Macam ular sawa dah mulut dia...seram memikiorkannya
Quote azwanaliori 20-8-2021 10:28 AM
Annoying mcm gampang makcik ni content dia pasal dia menganga luas2 je jijik la bodo
Quote nakkomenjugak 20-8-2021 11:21 AM
berapa sosej boleh masuk?
Quote husna_amal 20-8-2021 02:40 PM
Geli pulak tengok epal sebiji dalam mulut tu.
Quote Olumis 20-8-2021 04:24 PM
Gigi dia cantik dan bersih. So tak geli tengok
Quote Artemesiaa 20-8-2021 04:35 PM
Benar luas betul mulutnya tu
Quote sikatkutu 21-8-2021 02:45 AM

dia buat pembedahan rahang ke?
macam geli je tengok dok makan penuh mulut macam tu
Quote watatakut 21-8-2021 02:52 AM
Orix replied at 20-8-2021 09:17 AM
Jaclyn victor xnak celen ke


ning lagi besar rasanya


Quote watatakut 21-8-2021 02:52 AM


10 batang muat tu..

Quote PEPPERMAN 21-8-2021 01:11 PM
ini kah jelmaan kucing nganga tu?
Quote RatuDunia94 21-8-2021 01:31 PM
Belum lg tengok mulut jaclyn victor & ning baizura..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.061947 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top