CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ngeri Tengok Muka- Suntik Bibir, Hidung Yang Mereput

20-8-2021 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3076| Komen: 17

Description: Seorang lelaki mendakwa sebahagian daripada hidungnya 'jatuh' akibat kegagalan dalam rawatan suntikan bibir.
Seorang lelaki mendakwa sebahagian daripada hidungnya 'jatuh' akibat kegagalan dalam rawatan suntikan bibir.

Thiago Delgado, 35, berjumpa doktor gigi di Angra dos Reis, Costa Verde do Rio di Brazil, tetapi mendakwa pengamal perubatan itu kelihatan gemuruh sebelum menyuntik bibirnya.


Menurut Thiago, doktor itu menggunakan asid hyaluronik untuk disuntik pada bahagian bibir atasnya.


Foto: Mirror

Dia berasa sakit ketika disuntik, namun kesakitan bertambah teruk apabila doktor tersebut mengurut bibirnya.

Setelah pulang dengan ubat-ubatan, Thiago memberitahu dia mengalami kesakitan yang tidak tertahan dan memanggil doktor gigi keesokan hari.


Dia mendakwa doktor tersebut memberitahu bahawa terdapat komplikasi semasa rawatan dilakukan.

Setelah beberapa hari, Thiago menyedari hidungnya kelihatan aneh dan berjumpa doktor kulit untuk pemeriksaan.

Lelaki berusia 35 tahun itu terkejut apabila diberitahu bahagian hidungnya mereput kerana kekurangan bekalan darah.

Pasukan perubatan dapat memulihkan sebahagian bibir Thiago menerusi rawatan, tetapi masih berasa sakit.

"Wajahku tidak akan kembali seperti dulu," katanya

Thiago terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk melakukan pembedahan agar wajahnya kembali seperti sediakala. -CARI

Sumber: Mirror/ mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori_katana 20-8-2021 09:34 AM
ngerinya!! bersyukurlah seadanya...
Quote AnnaSendin 20-8-2021 09:51 AM
Kejadian asal dah herloks uols. Motip uols suntik bibir atas ittuew?
Quote noor2 20-8-2021 10:00 AM
Knp jumpa doktor gigi?....
Quote Levespa 20-8-2021 10:15 AM
Nape gi kat dentist adoi..  filler ni jangan main2..Kalau silap injek, filler tu boleh block artery memang gini la jadinya.. Kalau kena mcm ni kat retinal artery habeh la buta la.. Pro medical aesthetician pun ada je buat silap walaupun rare ni kan pulak dentist.. Dah la nebes
Quote borrow 20-8-2021 10:24 AM
Nak tebalkan bibir , hidung mereput. huhu. kkdg tgk siri botched tu. Mcm2 kisah horror plastik surgery. Jenuh jumpa doc utk repair balik. Ada mcm ketagih , doc tamo bedah sbb bahaya pun , deyols tetap nak buat jugak.
Quote nakkomenjugak 20-8-2021 11:08 AM
haiyoooo nak bibir tebal sucking ****
kan dah satu hallll nak kena bedah balikkk
haihh
Quote TeropongThaico 20-8-2021 11:16 AM
Takde penyakit cari penyakit bro. Yg gi ke doktor gigi at the first place tu apsal? Mcm confius plak nak buat  yg mana sebenarnya? Gigi ke  bibior atau idung.
Quote najib888 20-8-2021 12:14 PM
noor2 replied at 20-8-2021 10:00 AM
Knp jumpa doktor gigi?....

mungkin doktor tu ada belajar pasal maxillofacial & plastic surgey..
Quote whadda 20-8-2021 02:16 PM
Cari pasal jumpa dentist
Quote Artemesiaa 20-8-2021 02:18 PM
Usaha yang sia2
Quote Aikiko 20-8-2021 05:10 PM
Helok kejadianmu
Tapi sayang.....
Quote sambaldurian 21-8-2021 11:54 AM
ala bibir nipis je pun, boleh tutup gigi tu ha. tp ye kdg2 standard kecantikan org minat beza2. ada org suka tgk bibir nipis, ada org suka bibir tebal. ko nk bibir tebal sexy, mkn la tomyam pedas bnyk2. rs kebas muncung merah je bibir kejap.
Quote fefeeling 21-8-2021 12:36 PM
Dulu zaman skolah ada kawan2 rekemen pakai sabun betik pejadah entah warna oren pakai basuh muka untuk putihkan kulit. Apa punya ingredients habis mengelupas kulit muka beramai2 pegi sekolah. Memang la nampak cerah tapi kulit terkeluar2 perit wey. Pastu aku tobat xpakai dah benda2 putihkan kulit ni merapu aih..
Quote shernazz 21-8-2021 01:09 PM
fefeeling replied at 21-8-2021 12:36 PM
Dulu zaman skolah ada kawan2 rekemen pakai sabun betik pejadah entah warna oren pakai basuh muka unt ...

Haah
Skola iols punh
Depa panggil sabun papaya
Choi lah memasing show off muka putih pastu kena kawad tengah panas habis muka nipis kulitnya..
Pastu pakai colgate kat bibir ..jadi merah
Hahahaha
Quote fefeeling 21-8-2021 01:21 PM
shernazz replied at 21-8-2021 01:09 PM
Haah
Skola iols punh
Depa panggil sabun papaya

Yeszaa papaya soap! Siap share beli pastu potong bahagi 2-3 dgn membe2 kelas hahahah! Perit mengenangkan kulit tu rupanya menipis bila kita duk tonyoh sabun tu haiyoo
Quote shernazz 21-8-2021 01:26 PM
fefeeling replied at 21-8-2021 01:21 PM
Yeszaa papaya soap! Siap share beli pastu potong bahagi 2-3 dgn membe2 kelas hahahah! Perit mengen ...

Haah
Nak putih sangat khen..
Iols gelak je depa2 neh
Gigih btol padahal mmg bahaya kan..
Quote angelofish 21-8-2021 01:28 PM
bukan selalu enjit bawah kulit.mungkin doktor tu enjit sampai ke daging tu sampai reput

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.965128 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top