CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Bekalan Daging Sepanjang Tahun Kalau Dapatkan Vaksin

19-8-2021 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1278| Komen: 6

Description: Sebuah syarikat pembekal makanan di negeri Utah, JBS Foods menawarkan 2.2 kilogram daging lembu percuma bersama peluang memenangi bekalan daging sepanjang tahun kepada orang ramai yang hadir untuk div ...
Sebuah syarikat pembekal makanan di negeri Utah, JBS Foods menawarkan 2.2 kilogram daging lembu percuma bersama peluang memenangi bekalan daging sepanjang tahun kepada orang ramai yang hadir untuk divaksin di salah satu daripada dua pusat vaksinasi Covid-19 di bandar Hyrum, demikian menurut saluran berita  KUTV kelmarin.


Kerajaan negeri Utah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Sungai Bear dan kilang memproses daging lembu di Hyrum untuk melancarkan kempen tersebut yang bermaksud ‘Peluang Mendapatkan Bekalan Daging Percuma Selama Setahun.’


JBS Foods menawarkan 2.2 kilogram daging lembu percuma bersama peluang memenangi bekalan daging sepanjang tahun buat mereka yang hadir untuk divaksin. - Getty Images

Selain inisiatif daging lembu percuma, seorang pemenang daripada setiap pusat vaksinasi tersebut akan menerima daging lembu, daging babi dan unggas percuma selama setahun untuk kapasiti empat sekeluarga.


“Setiap vaksin Covid-19 yang diterima akan membantu menjaga keselamatan anggota pasukan dan komuniti kita.

“Cabutan bertuah ini adalah insentif besar untuk mendorong semua orang untuk keluar dan melakukan tanggungjawab mereka untuk membantu menghentikan wabak Covid-19,” kata pengurus kilang JBS Hyrum, Darren Olsen dalam satu kenyataan.

Inisiatif tersebut susulan idea dan usaha JBS untuk melihat 70 peratus kakitangannya di  Utah mendapat pelalian Covid-19 iaitu setara dengan tenaga kerja JBS Hyrum di 83 kilang lain miliknya di Amerika Syarikat. Syarikat itu memiliki 66,000 pekerja.

Daripada syarikat swasta hinggalah kepada agensi kerajaan dan universiti, ramai pemimpin tempatan menggunakan pelbagai insentif untuk menggalakkan orang ramai yang masih keberatan untuk tampil mendapatkan pelalian Covid-19.

Sebelum ini, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio menawarkan wang tunai AS$100 (RM424) kepada warga kota yang hadir untuk mendapatkan pelalian di beberapa pusat vaksinasi di New York. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 19-8-2021 05:41 PM
Satu urusniaga yang menarik. Barter daging lombu dengan you punya daging.
Quote sharlenetexas 19-8-2021 05:42 PM
Macam2 jenis umpan.

Quote manzilla 19-8-2021 05:45 PM
sharlenetexas replied at 19-8-2021 05:42 PM
Macam2 jenis umpan.

Tidak pernah dalam sejarah manusia diumpan dengan sedahsyat ini supaya menerima satu produk farmaseutikal separuh masak.
Quote Itzy 19-8-2021 05:55 PM
Manusia makin modern makin belajar tinggi makin bodoh. Nak suruh ambik vaksin pun macam nak suruh lembu makan rumput. Lembu punya manusia antivaksin! chitpodah!
Quote Ayda89 19-8-2021 06:31 PM
Wow…duit la, daging la
Quote Belibis 19-8-2021 07:25 PM
Metafora dajjal .

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.047980 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top