CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perkhidmatan Wad Hospital Bersalin Nscmh Digantung !

25-11-2013 04:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12274| Komen: 41


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya perkhidmatan pesakit di dalam wad Hospital Bersalin dan Pusat Perubatan Cina N.S. (NSCMH) digantung, berkuat kuasa serta merta.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana hospital itu didapati melakukan 10 pelanggaran Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan peraturannya.


"Pelanggaran ini meliputi perkara melibatkan perkhidmatan bagi pesakit di dalam wad dan pesakit luar. Satu daripada contohnya adalah NSCMH kekurangan doktor residen sepenuh masa dalam bidang teras tertentu dalam lesennya, dengan itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit,” katanya dalam kenyataan di sini.


Kenyataan itu yang bertarikh 21 November dihantar kepada Bernama di sini hari ini.


Katanya, hospital itu tidak dibenarkan menerima pesakit baharu dan pesakit sedia ada di dalam wad akan dipindahkan ke hospital-hospital lain kerana kementerian mengutamakan keselamatan pesakit dan penjagaan kesihatan berkualiti.


Noor Hisham berkata, langkah penggantungan itu diambil susulan siasatan terperinci terhadap aduan diterima kementerian pada Ogos dan dibuktikan menerusi penemuan diperoleh semasa lawatan pengesaham dilakukan di premis hospital itu pada 4 September.


"Kementerian telah dua kali mengeluarkan surat tunjuk sebab iaitu pada 18 September dan 21 Oktober meminta hospital itu memberikan butiran terperinci berhubung langkah penambahbaikan yang telah diambil dan langkah yang dirancang untuk mengatasi 10 pelanggaran itu,” katanya.


Beliau berkata, satu mesyuarat khas telah diadakan pada 17 Oktober untuk bertemu wakil hospital itu dan ahli seumur hidup NSCMH, bertujuan memberikan penjelasan terperinci berhubung 10 pelanggaran itu yang dikesan semasa lawatan pengesahan  dan juga membincangkan penyelesaian sesuai terhadap masalah dihadapi hospital itu.


"Pengurusan hospital diberi masa 14 hari bekerja untuk menjawab surat tunjuk sebab kedua bertarikh 21 Oktober dan tempoh itu tamat pada 8 November.


"Berikutan kegagalan pihak pengurusan hospital mengatasi dan menangani dengan sewajarnya 10 pelanggaran itu, kementerian tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan notis penggantungan perkhidmatan pesakit di dalam wad di hospital itu bagi memastikan amalan perubatan selamat dan melindungi kepentingan pesakit,” katanya. - Bernama

3

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MelahJanda 22-11-2013 05:12 PM
hospital ni kat mana
ni ke hosp yg digunakan utk shooting filem songlap?
Quote sharlenetexas 22-11-2013 05:17 PM
Normah Specialist kat Seremban ke?
Quote clarizsa 22-11-2013 05:21 PM
owh ada ye hospital perubatan cina.. 1st time dgr
Quote bonggo 22-11-2013 05:23 PM
ini hospital chinese maternity dekat seremban... ramai yg suka pergi hospital ni sebab caj dia murah. dalam caj tu jugak diorang kenakan caj untuk donation...
Quote FanTasyCreaTioN 22-11-2013 05:26 PM
bonggo posted on 22-11-2013 05:23 PM
ini hospital chinese maternity dekat seremban... ramai yg suka pergi hospital ni sebab caj dia murah ...

oo baru tau ..
feed back dari yang pernah dapat perkhidmatan kat ctu? ok ka?




Quote Acong 22-11-2013 06:18 PM
hospital nie berhantu tak?
Quote tongkatwaran75 22-11-2013 08:21 PM








lebih byk gambar dihttp://nscmh.blogspot.com/

Last edited by tongkatwaran75 on 22-11-2013 08:23 PM

Quote stars83 22-11-2013 08:29 PM
nampak cantik dan tenang jah hspital neh..
Quote gugurla 23-11-2013 01:28 AM
Korang kalau nak bersalin,better carik privert hspital yg btol2 ad sistem,maksdnye kalau baby perlukan inkubator,ad icu yg nak handle,ad pakar kanak2,ad bekaln darah cukup..xfikir bersalin simple,kalau xde complication xpe,kalau ad complication tu yg baby jd cacatt,mak brain death sbb kurang bekalan darah..better bersalin kat gov hosptl dr bersalin kat privert yg cikai..yg staff pon xtau nak buat ap kalau ad complication
Quote tongkatwaran75 23-11-2013 01:52 AM
gugurla posted on 23-11-2013 01:28 AM
Korang kalau nak bersalin,better carik privert hspital yg btol2 ad sistem,maksdnye kalau baby perluk ...


cuba ko klik kat link yg aku bagi seblm nie...
baru ko dpt gmbrn sbnr ttg hospital tu...

Quote yellowfin 23-11-2013 02:24 AM
gugurla posted on 23-11-2013 01:28 AM
Korang kalau nak bersalin,better carik privert hspital yg btol2 ad sistem,maksdnye kalau baby perluk ...

nasib tak hospital pervert...hehe... peace no war...
Quote tongkatwaran75 23-11-2013 03:04 AM

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar kecil) berkata, ini kerana hospital itu didapati melakukan 10 pelanggaran Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan peraturannya.

Beliau berkata, pelanggaran ini meliputi perkara melibatkan perkhidmatan bagi pesakit di dalam wad dan pesakit luar.

"Satu daripada contohnya adalah NSCMH kekurangan doktor residen sepenuh masa dalam bidang teras tertentu dalam lesennya, dengan itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini semalam.

p/s ahaks...gmbr kecil la sgt...
Quote Al-Patih 23-11-2013 05:50 AM
"Pelanggaran ini meliputi perkara melibatkan perkhidmatan bagi pesakit di dalam wad dan pesakit luar. Satu daripada contohnya adalah NSCMH kekurangan doktor residen sepenuh masa dalam bidang teras tertentu dalam lesennya, dengan itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit,” katanya dalam kenyataan di sini.

@marine_admiral   
Nurul Izzah: Klinik 1Malaysia taraf dunia ketiga
SHAH ALAM - Klinik 1Malaysia didakwa bertaraf dunia ketiga ekoran tiada pegawai perubatan bertauliah.
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=758861

yang ni tak nak tutup ...





Quote noraidil_06 23-11-2013 06:36 AM
Al-Patih posted on 23-11-2013 05:50 AM
@marine_admiral   
Nurul Izzah: Klinik 1Malaysia taraf dunia ketiga
SHAH ALAM - Klinik 1Malaysi ...

Ni hosp ke dol?
Quote claxicaa 23-11-2013 07:12 AM
ni hospital yg bagi ubat expired kat patient ke?
yg kuar kat berita last few months tu
Quote sapp73 23-11-2013 07:45 AM
Alang alang gi private, carilh hospital yang reputasi bagus. Setakat caj murah tapi perkhidmatn hampeh macam tak berbaloi aje
Quote dilaOHdila 23-11-2013 07:56 AM
Yang Pamous TUNG SHIN Hospital kat Jalan Pudu tu
OO NS pun ada gak spital cina rupanya erk
Quote Muntz 23-11-2013 08:04 AM
Hospital private nie, sedangkan alat2 perubatan pun diorg steril pakai cuci jah. Elok lagi hospital gomen, semua benda yg perlu disteril, ada mesin khas utk cuci.
Quote rdzaccess 23-11-2013 08:10 AM
Ramai yang suka beranak kat situ ... jadi doktor pun kuranglah .
.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.110036 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top