CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Order Tapi Makanan Sampai Depan Rumah-Coki Bengang Terpaksa Bayar Banyak!

19-8-2021 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5998| Komen: 25

Description: Pelik bercampur marah, itulah perasaan personaliti media sosial Coki apabila beberapa kali menerima penghantaran makanan daripada pesanan palsu yang dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab.
Pelik bercampur marah, itulah perasaan personaliti media sosial Coki apabila beberapa kali menerima penghantaran makanan daripada pesanan palsu yang dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab.


Menurut Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 16, individu itu membuat pesanan palsu menerusi aplikasi penghantaran makanan ke rumah di Kedah dengan terma yang memerlukan bayaran selepas penghantaran atau cash on delivery (COD).

Meskipun bengang dengan perkara itu, Coki berkata dia tetap membayar kos makanan tersebut kerana enggan menyusahkan penghantar makanan dan pemilik restoran.


Kredit foto: IG

"Sejak Isnin lalu saya menerima tempahan makanan menggunakan nama dan alamat saya... hari itu sahaja tiga kali rider hantar makanan di rumah! Padahal saya tak order pun tapi terpaksa bayar tempahan yang banyak itu.


"Saya bukan mempersoalkan mengenai bayaran makanan yang dihantar tetapi bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan kerana ia boleh menyusahkan banyak pihak.

"Kalau sekali tak apa, ini berkali-kali dia buat pesanan palsu! Saya pun hairan macam mana mereka boleh tahu alamat lengkap rumah saya di kampung, siap nombor telefon dan sebagainya," katanya kepada mStar.



Berang dengan tindakan individu berkenaan, Coki berkata bapanya, Shamsaini Ezil sudah membuat laporan di sebuah balai polis di Changlun, Kedah.

Coki yang berada di kampung halaman sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mei lalu memberitahu laporan itu bertujuan untuk keselamatan diri dan keluarga.



"Ayah saya buat laporan polis kerana bimbang keselamatan dan sebagai tindakan susulan jika kejadian ini masih berulang... sebabnya semakin kami diam benda ni makin menjadi-jadi.

"Kita dah semak nombor telefon yang digunakan semasa mendaftar di aplikasi berkenaan dan aduan juga sudah dibuat.




"Kalau nak bergurau sekalipun ada batasnya... janganlah sampai aniaya orang lain. Ia bukan sahaja menyusahkan saya, malah penghantar makanan dan pemilik kedai makan.

"Apa-apa pun saya memohon maaf jika ada salah silap dengan mana-mana pihak atau individu... tapi tolonglah jangan ulangi lagi benda macam ni," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 19-8-2021 09:40 AM
Gosip ke ni..ntah sape2 je bdk choki choki ni pon.
Quote kucingitam 19-8-2021 10:07 AM
sapa pulak coki ni...
Quote nanasno 19-8-2021 10:08 AM
sape pulak coki coki ni. tak penah kenal.
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 10:12 AM
nugu????
haa sape leak details ko dek
Quote mawar_mustika 19-8-2021 10:15 AM
bbnu je yg kenal coki2 ni...acik2 forum sah2 le xkenal
i kenal pun sbb ade adik2 bbnu yg pernah crita psl coki2 ni...mula2 igt coklat coki2 tu
Quote Ciktiekus 19-8-2021 11:06 AM
Coki2 mn plak ni..coki2 xkenal la dik..tora2 kenal la..
Quote SedihPedih 19-8-2021 11:15 AM
coki2 ada kt rumah i, x gerak2 since last raya..yg beli kt rumah tu nk buat pameran..

kisah ni ingatkan i nk humban coki2 tu balik karang
Quote Belibis 19-8-2021 11:44 AM
Ingatkan wan kamarudin ntv7 ..'apa kejadah ini semua'...
Quote cikpuanviolet 19-8-2021 11:48 AM
Aku kenal coki coki cokelat stick je
Quote MFR_IN 19-8-2021 11:50 AM
Bdk baru tumbuh bulu ke ni? Siapa coki2 ni? Cokelat ke.l?
Quote opie5662 19-8-2021 12:05 PM
Sbb tu la comp2 delivery makanan ni takyah buat cash on delivery... Byk menyusahkan dr menyenangkan... Lantak la sape takde online banking tu, takyah la order... Sapa nk order, bayar siap2....
Quote chinta89 19-8-2021 12:41 PM
x baik aniaya orang wehhhh
coki.png

alahai nama mcm mknan budak2
Quote ainashiqa 19-8-2021 01:54 PM
Hahaha! Siapa la dia ni? Ada juga org nak pedajal dia
Quote heythere123 19-8-2021 02:08 PM
Belibis: Ingatkan wan kamarudin ntv7 ..'apa kejadah ini semua'...

haah la, muka macam ada iras dah
Quote None68 19-8-2021 02:11 PM
Kena tukar mode of payment, CBD.
Quote bottombikini 19-8-2021 04:25 PM
sape pulakkkk ni
Quote NekNgah 20-8-2021 09:02 AM
Bukan main ramai followers dia, 1.3mil tapi sumpah NekNgah tak kenal.
Quote shernazz 20-8-2021 09:25 AM
Iols.teringat.zaman.skola.dolu
Ada satu cite ni..watak dia nama ashikin..ala2 tomboy gitu
Panggil chiko.
Pastu ramai la.nama.ashikin dalam.skola tu tukar nama pa ggilan.chiko
Jikbit sangat
Iols panggil je.nama.shikin
Dulikkkk
Quote belilies 20-8-2021 12:15 PM
Dari ternganga lepas tengok benicio del toro boleh tutup kedap udara iols tengok muka budak ni

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.067736 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top