CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panjat Pokok, Ketuk Pintu - Kampung Hongchan Ditutup Kerana Diganggu Peminat

13-8-2021 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2712| Komen: 14

Description: Kampung pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari China, Quan Hongchan dilaporkan terpaksa ditutup kepada orang luar susulan terdapat ramai pihak menyerbu kampung tersebut sehingga melanggar ...
Kampung pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari China, Quan Hongchan dilaporkan terpaksa ditutup kepada orang luar susulan terdapat ramai pihak menyerbu kampung tersebut sehingga melanggar peraturan sekatan Covid-19, lapor Badan Penyiaran British (BBC) baru-baru ini.


Menurut laporan media tempatan, kampung atlet berusia 14 tahun yang terletak di wilayah Guangdong itu diserbu orang ramai yang ingin merakam gambar demi untuk mendapatkan bilangan ‘likes’ yang banyak bagi kandungan media sosial mereka.

Mereka turut berkumpul di situ sehingga selepas waktu tengah malam untuk membuat penstriman secara live serta merakam video.


Kredit foto: People

Malahan ada antara pengunjung yang bertindak memanjat pokok untuk mendapatkan sudut pemandangan yang lebih jelas serta mengambil buah nangka sebagai cenderahati.

Selain itu, ada juga yang berani mengetuk pintu rumah Hongchan untuk bergambar bersama ahli keluarganya.


“Jika orang ramai pergi ke rumahnya semata-mata untuk mendapatkan pengikut media sosial, itu amat teruk.

“Ibu Hongchan sedang sakit. Dia tidak seharusnya diganggu,” kata seorang pengguna Weibo.

Hongchan mula menjadi sensasi internet selepas cerita mengenainya yang ingin memenangi pingat emas di Olimpik kerana mahu membantu keluarga serta mengumpul wang bagi merawat ibunya yang sakit menjadi liputan media secara meluas sehingga menyentuh hati ramai pihak.

Selepas kemenangannya dalam acara 10 meter platform individu wanita, banyak pihak di China tampil menawarkan pelbagai bantuan serta hadiah termasuk wang tunai, makanan ringan, mesin permainan, perkhidmatan perubatan serta tawaran tiket kemasukan ke zoo dan taman hiburan percuma seumur hidup.

Bapanya bagaimanapun dilaporkan menolak hadiah-hadiah wang tunai dan berterima kasih kepada sikap bermurah hati para penderma.


Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 13-8-2021 06:34 PM
prc prc huhu
Quote dua_chzy 13-8-2021 06:36 PM
Bapanya bagaimanapun dilaporkan menolak hadiah-hadiah wang tunai dan berterima kasih kepada sikap bermurah hati para penderma.


Bijak! Nothing is free.

Btw muka si Hong Chan ni very der Borneo hutan ala2 stoden lelaki menengah rendah aiol.
Quote Firenzza 13-8-2021 10:01 PM
Klau la hongcham ni bkn lahir kt ngra kominis dh brp juta dia dpt agaknya? Prnh terbaca kisah lin dan klau dia mng main badminton duit hadiah tu terpaksa bagi 2 kt prc
Quote kechikchomel 13-8-2021 10:04 PM
dua_chzy replied at 13-8-2021 06:36 PM
Bijak! Nothing is free.

Btw muka si Hong Chan ni very der Borneo hutan ala2 stoden lelaki men ...

Memula tgk muka dia pun iolss igt dia jantan. Skali tgk acara pompuan
Quote TOPwind 13-8-2021 10:14 PM
LEPAS NI mSIA KENA HANTAK BUDAK2 BUAT TERJUN - BUDAK2 NI BADAN KECIK SO AIR TXK PERCIK BESAR

JIKA HANTAR BADAK MEMANGLAH PERCIKAN AIR TU BESAR.

OLYMPIC PUN SATU HAL- BUDAK2 LAWAN BUDAK2LAH.
Quote batu kikir 13-8-2021 10:24 PM
Ambil atlit naturalisasi...... yg ada potensi emas.  Bolih la Malaysia dapat emas di Olimpik.  Sukan bolasepak banyak pemain naturalisasi......tetapi hampir semua kelaut.  Peringkat Asiapun tak lepas.  Menghabiskan boreh yo.
Quote TOPwind 13-8-2021 10:58 PM
kechikchomel replied at 13-8-2021 10:04 PM
Memula tgk muka dia pun iolss igt dia jantan. Skali tgk acara pompuan

ohhh pompuan rupanya lagilah percikan kurang sbb tiada ekor
Quote dua_chzy 13-8-2021 11:30 PM
TOPwind replied at 13-8-2021 10:14 PM
LEPAS NI mSIA KENA HANTAK BUDAK2 BUAT TERJUN - BUDAK2 NI BADAN KECIK SO AIR TXK PERCIK BESAR

JIKA ...

Badak ko kata. Ya ampun mbah!
Quote taikor 13-8-2021 11:42 PM
Adik sinchan?
Quote sabundettol 13-8-2021 11:46 PM
Sabarlah dik orang famous mcm tu lah
Quote I.K.A888990 14-8-2021 01:33 AM
netizen pn
kesian la kat mak dia tu org tgh sakit kau sibuk la nk menempel kat umah tu
Quote cheezel 14-8-2021 07:33 AM
Sakainya china
Quote kakikuDibibirmu 15-8-2021 04:46 PM
Adik Shin Chan namanya Himawari
Quote shop_girl 25-8-2021 10:47 AM
Siap amik buah nangka

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052618 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top