CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mula-mula Dia Kacau Sikit-sikit" - Zahiril Dikacau Hantu Ketika Penggambaran

13-8-2021 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4576| Komen: 25

Description: Zahiril Adzim berkongsi detik cemas berdepan pengalaman seram ketika menjalani penggambaran filem Ada Hantu di sebuah banglo terbiar pada Disember tahun lalu.
Zahiril Adzim berkongsi detik cemas berdepan pengalaman seram ketika menjalani penggambaran filem Ada Hantu di sebuah banglo terbiar pada Disember tahun lalu.

Menceritakan kejadian seram itu, Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 37, berkata, dia menerima gangguan yang agak teruk pada hari terakhir penggambaran.



Kredit foto: mStar

“Masa hari terakhir penggambaran, saya kena kacau secara maksimum... benda tu muncul depan mata saya!

“Mula-mula dia kacau sikit-sikit, kacau kamera sampai rosak, cermin kereta pecah dan semakin lama makin teruk sehingga dia munculkan diri.

“Saya nampak entiti itu muncul di belakang kru,” katanya kepada mStar.


Kredit foto: IG Zahiril


Menurut Zahiril, bukan dia sahaja mengalami kejadian misteri itu, malah beberapa kru terlibat juga menerima gangguan yang sama.

“Selepas itu saya nampak entiti itu dekat tangga dan secara spontan saya mengucapkan Allahuakbar.

“Kemudian bila saya keluar balik, ada seorang kru tegur dan bertanya tentang itu. Dia juga memberitahu melalui perkara sama sepanjang penggambaran” ujarnya.

Bercerita lanjut tentang pengalaman seram itu, Zahiril berkata, kakinya terseliuh selepas menjayakan babak menendang pintu.



Ceritanya, dia seolah-olah merasakan terdapat sesuatu benda besar yang tiba-tiba menolak pintu itu dengan kuat sehingga tendangannya tersasar.

“Ada satu scene ni saya dikehendaki melakonkan satu babak menendang pintu dan melompat. Namun, ketika saya buat babak itu, saya rasa seperti ada satu benda besar yang tiba-tiba menolak pintu dengan kuat.

"Saya ingatkan mungkin beberapa pekerja produksi yang menolak pintu itu, tapi tak ada siapa buat pun dan disebabkan fokus sudah terganggu saya tersasar apabila mendarat selepas melompat. Kaki saya terasa sakit seperti terseliuh.

“Saya rahsiakan perkara ini sehingga kami sampai di hostel,” ujarnya,

Zaharil berkata, dia hanya berfikiran positif kerana ketika itu masih bekerja dan bersyukur dapat menyelesaikan penggambaran itu pada masa yang dijadualkan.


Kredit foto: mstar

Selain Zahiril, filem arahan pertama pelakon Hairul Azreen ini juga dibintangi oleh Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi dan Elvina Chua.

Ada Hantu akan ditayangkan di platform Disney+ Hotstar bermula Jumaat.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 13-8-2021 03:51 PM
Dah mmg tempat dia.. Lepas tu drama pun kisah dia.. Mmg la makhluk hanat tak guna tu suka
Quote trexxxxxi 13-8-2021 03:54 PM
Saja entiti ittew nak tunjuk keberadaannya
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 04:06 PM
hantuu mana hantuu
ada hantuuu
mana manaaa
Quote tripleid 13-8-2021 04:11 PM
haukknyaa design poster
Quote kivio 13-8-2021 07:30 PM
Nak marketing free je. Xde mende pun.
Quote Ayda89 13-8-2021 07:45 PM
Dia sentap la tu chuols tak ajak dia join belakon sama haahah
Quote slyfynx 13-8-2021 07:52 PM
Sorry la.
Tgk nama filem, poster
'pengarah'
Aku main x berminat nk tau, even kisah 'hantu' ni pun
Quote holothurian 13-8-2021 07:56 PM
hauknya poster, masing2 posing muka terperanjat terkejut fake.. hahahahaha... dengan pengarah senduuu~
Quote Kurex 13-8-2021 08:25 PM
Buruk poster
Quote adeqbun 13-8-2021 09:44 PM
FAKE NYE MUKE TRKEJUT
Quote inspektoremos21 13-8-2021 10:14 PM
Poster mcm zaman2 vcd blok 404 apoo.. oh lupa. Poster ni hairul jugak kan yg design. Patut la sebegitu rupa poster nya anyways, kepam nya skrg kau bob.. dulu wangi je
Quote oggy 13-8-2021 10:15 PM
Aku baru lepas layan cerita ni.. tak sangka best jugak.. kelakar weiii.. plot twist dia.. tapi itu aku lah, sebab aku tak letak harapan tinggi sangat masa tgk cerita ni kihkihkih.. ok lah layan santai2..
Quote epal21 13-8-2021 10:29 PM
Tengah ceeita pasal hantu tiba2 ada gambar eife dia bertelekung hitam pulak. Terkejut iols  
Quote okonkwo 13-8-2021 10:51 PM
tektik basi nak bgtau pilem sendu ditayangkan.
Quote Reira77 13-8-2021 11:03 PM
Mcm tak worth the effort je terseliuh kaki, kena kacau bagai tapi movie mcm hurmmmm
Quote soulmatte 13-8-2021 11:10 PM
okonkwo replied at 13-8-2021 10:51 PM
tektik basi nak bgtau pilem sendu ditayangkan.

Kan.. Marketing jer ni
Quote Annaquinn009 13-8-2021 11:19 PM
baru je layan muvi ni ptg td...nak layan santai2 muvi ni boleh la..x heavy pun plot + agak cliche..x tau kenapa aku rasa lakonan zahiril dlm muvi ni mcm over, nk buat lawak tp mcm tak jadi...tp aku berdekah time hantu cina tu
Quote salmon-suki 13-8-2021 11:28 PM
Alaaa..kekrul ke y bt cite ni?ai terasa xnak tgk haa..dia pn ada jgk..
Quote RatuDunia94 13-8-2021 11:32 PM
Klise lah.. so 2000an punya style marketing kena ganggu hantu kat set.. hantu pun xde masa lah nk kacau korang

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.109182 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top