CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putera Arab Benarkan Anak Ludah Muka Pembantu Rumah

10-7-2021 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21873| Komen: 143

Description: Seorang kerabat diraja Arab Saudi didakwa membenarkan anaknya 'meludah ke muka pembantu rumah' selepas satu pendedahan menunjukkan berlaku perhambaan moden di kediamannya di sini.
Seorang kerabat diraja Arab Saudi didakwa membenarkan anaknya 'meludah ke muka pembantu rumah' selepas satu pendedahan menunjukkan berlaku perhambaan moden di kediamannya di sini.

Siasatan di bawah dakwaan pemerdagangan manusia itu dibuat selepas tujuh pembantu warga Filipina memfailkan aduan terhadap Putera Faisal bin Turki bin Abdullah al-Saud, 44, pada Oktober 2019.


Pengerusi SOS Esclaves iaitu persatuan anti perhambaan Perancis, Anick Fougerox mendedahkan, Faisal memberi 'kebenaran' kepada anaknya meludah ke muka pembantu rumah dan menghukum mereka sekiranya kanak-kanak itu menangis.


Kediaman mewah Putera Faisal Bin Turki Bin Abdullah al-Saud di Neuilly-sur-Seine di Paris, Perancis. FOTO Agensi

Selain itu, kesemua pembantu rumah berkenaan juga mendakwa mereka perlu melayani setiap kehendak kanak-kanak berkenaan walaupun untuk perkara yang tidak masuk akal.


"Pembantu rumah Faisal pernah membeli sebanyak tujuh jenis ais krim untuk diberikan kepada anaknya, namun bimbang jika kanak-kanak itu mengalami sakit perut.

"Mereka juga dipaksa untuk berjaga sehingga Faisal dan isterinya masuk tidur, kadang-kadang lewat sehingga 3 pagi dan perlu bangun seawal 7 pagi untuk memulakan tugas," katanya.

Fougerox juga memberitahu, kesemua pembantu rumah itu pernah dipaksa tidur atas lantai dalam bilik kelamin Faisal bagi memastikan anak mereka yang ketika itu masih kecil tidak bangun menangis dan mengejutkan isterinya.

Katanya, insiden paling teruk apabila pembantu rumah terpaksa makan lebihan makanan Faisal dan isterinya, selain sering kelaparan pada waktu malam kerana perlu 'bekerja' tanpa makan.

Dalam pada itu, kedutaan Arab Saudi di Paris tidak memberi sebarang reaksi berhubung perkara berkenaan.

Kesemua pembantu rumah itu berusia 38 hingga 51 tahun dan sudah berkhidmat untuk Faisal selama beberapa tahun.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 10-7-2021 05:25 PM
Jika benar semoga Allah melaknati keluarga putera tersebut.
Quote Cik_jantung 10-7-2021 05:27 PM
Aku tak tekejut dgn perangai arab nih... Moga dapat balasan setimpal.. bia maruah dorang plak diludah2...
Quote Tinot7 10-7-2021 05:28 PM
Eeww busuknya pangai
Quote ellejo 10-7-2021 05:30 PM
anak orang arab hatta marhaen pun hansuang sis.
laki aku duduk sana sensorang kejenye baca ayat kursi dengan 3 kul nak halau setan dalam badan anak org arab supaya keluar


menyetan sungguh bebudak tu katanya.


Quote tripleid 10-7-2021 05:42 PM
Ni lah bangsa pdg pasir kebanggaan ummah ..
Quote dua_chzy 10-7-2021 05:45 PM
ellejo: anak orang arab hatta marhaen pun hansuang sis. laki aku duduk sana sensorang kejenye baca ayat kursi dengan 3 kul nak halau setan dalam badan anak or ...


Ya Tuhan. Semoga semuanya dipermudahkan.
Quote salmon-suki 10-7-2021 05:48 PM
Perangai jahiliyah tetap dibawa smpai skrg..
Quote allshares 10-7-2021 05:50 PM
Perangai erebs khens. Mmg gitu la.

Dulu ade maid kakak iols cerita, makciknya keje Arab sana lah. Ereb mmg suka bagi maid mkn lebihan deorg. Lagi dia nampak maid tu tunggu nk mkn, lagi dia pelahap selagi boleh, kalau boleh tinggalkan tulang je utk maid mkn. Patut gundu2 mcm jin seko2 bila msk 30s
Quote Skuau 10-7-2021 05:58 PM
dh camtu...balik kampung jer la...cam mekdi California tu buat....serentak pekerja benti...akhirnya tutup kedai.Tamat.
Quote Manjahati 10-7-2021 06:08 PM
Buruknya perangai
Quote djzara81 10-7-2021 06:59 PM
Eh eh..dah dpt privilege lahir kaya raya & ada lineage tracing back to Rasullah, suka suki je buat perangai mcm setan. Tunggu jelah qiamat sok, no amount of gold or wealth can save their a$$es.
Quote nakkomenjugak 10-7-2021 07:29 PM
hmmmmm marhaen dia pun samaaa.
ada dulu mek erebs datang salon aku nak buat lashes. member aku dah terangkan segala benda apa yang kitorang pakai, entah dia faham ke idok. tapi dok sebut yes yes. pastu dah buat2 semuaaaa, dia punya tak nak bayar (diorang memang jenis liat bayar tau), dia mengamokkkkkk, haa habis dia humban peralatan meja semua kat tempat member aku tu ke lantai. Macam sial. Aku tanya beauticians salon lain, lebih kurang je deme mek pek erebs ni. sejak dari tu keantian aku tehadap erebs semakin menggila

tak suprise laa kenapa para2 nabi rasul didatangkan untuk meluruskan deme balik. Member2 erebs sendiri kena bedal, deme buat bodo. Kita yang menolong. Hmm
Quote CiliPadiSedap 10-7-2021 07:30 PM
Kalau perangai dh serupa setan tak pelik israel control benua arab. Only demon can control demon- quote by phd belon
Quote nakkomenjugak 10-7-2021 07:31 PM
Semoga Yang Maha Esa memindahkan kekayaan deme kepada aku. Aamiinnnn.
Quote hashashes 10-7-2021 07:46 PM
nakkomenjugak replied at 10-7-2021 07:29 PM
hmmmmm marhaen dia pun samaaa.
ada dulu mek erebs datang salon aku nak buat lashes. member aku dah ...

Dulu lepas spm aku keje part time kat mall, Kakak senior selalu pesan kena hati2 dengan customer Ereb nih, yang perempuan2 dia kadang2 sauk barang masuk bawah tudung labuh tu
Quote ang_bess 10-7-2021 07:47 PM
Kasar dan bebal. Rentikan la melayu mengagungkan bangsa arab ni. Cukup la agama dan nama jer kita ambil. Kalau tengok kes dera melibatkan amah, sedih giler dorang kena. Banyak plak tu kes
Quote hashashes 10-7-2021 07:48 PM
Takyah pandang tinggi sangat la ke deme ni bangsa semua sama di sisi Allah kecuali yang bertakwa
Quote AmandaRollins 10-7-2021 07:58 PM
Tu belum masuk lagi kes kena rogol dgn majikan...dah la pak arab ni kuat sex..kesian la maid2 yg teraniaya ni..semoga ada keadilan tuk dorang...
Quote nakkomenjugak 10-7-2021 08:00 PM
hashashes replied at 10-7-2021 07:46 PM
Dulu lepas spm aku keje part time kat mall, Kakak senior selalu pesan kena hati2 dengan customer E ...

Haah betul tapi nasib baik takde kejadian curi dek mek erebs kat salon, bangsa lain ada la. Cuma tu laaa. Semata tak nak bayar, pergi buat kacau. Mengganggu kastemer lain kot. Memang anti betul. Kalau ada erebs yang datang, kitorang cakap dah full slot je padahal malas nak layan kerenah deme.

Pastu ada pek erebs ni datang salon, NAK MASSAGE. Ni bukan spa la bengap, punya besar tulisan salon tu terpampang kat situ. Pastu dia jengil2 mata. Motif???

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.056563 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top