CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Arash Mohd Malu Digelar Richard Gere Malaysia

18-6-2021 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6412| Komen: 26

Description: Pelakon Arash Mohd mengakui malu mendapat gelaran 'Richard Gere Malaysia' menerusi watak Razman yang dilakonkan dalam siri Scammer yang ditayangkan di Astro Ria.
Pelakon Arash Mohd mengakui malu mendapat gelaran 'Richard Gere Malaysia' menerusi watak Razman yang dilakonkan dalam siri Scammer yang ditayangkan di Astro Ria.

Arash, 52, atau nama sebenarnya Azman Shah Ramlee berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada penonton yang memberi gelaran itu, namun menganggap dia masih terlalu jauh jika mahu dibandingkan dengan bintang ternama Hollywood itu.

Foto: IG

"Saya malu digelar begitu kerana saya belum sampai tahap itu. Namun, sepanjang 30 tahun dalam bidang lakonan, ini jolokan tertinggi yang orang berikan pada saya. Saya belum sampai ke tahap dia lagi, jauh sangat.

"Mungkin penonton melihat dari segi persamaan watak lakonan dengan penampilan Richard Gere dalam mana-mana filem lakonannya. Apa pun, terima kasih pada peminat yang hargai dan letakkan saya pada tahap itu.


"Banyak lagi saya kena belajar. Saya sangat hargai kerjaya dan industri kreatif ini. Saya tahu apabila ada yang membandingkan watak saya dengan pelakon Hollywood, ia sangat tinggi," katanya.



Arash yang ditemui pada sesi bersama media hari ini berkata, drama Scammer antara siri yang memberikan banyak cabaran buat dirinya.

"Pada awal penggambaran, banyak babak saya ditegur pengarah. Saya mengaku watak Razman ini bukan mudah kerana dia memang jahat. Dari episod satu hingga lima, saya kena yakinkan penonton dia seorang bapa dan ikon yang baik. Ini lakon layar yang mencabar.

"Terima kasih kepada pengarah, Norhanisham Muhammad yang banyak membantu walaupun kami ada bercanggah pendapat. Namun, dia pengarah yang boleh kongsi pendapat. Cabaran untuk saya lebih kepada watak," katanya.



Selain Arash, Scammer turut dibintangi Fasha Sandha, Kamal Adli, Siti Saleha, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Scammer bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di saluran Astro Ria. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakpositifker 18-6-2021 03:32 PM
ALAMAK AI DAH KENAPA PULA RICHARD GERE MALAYSIA?
Quote nakkomenjugak 18-6-2021 03:34 PM
richard gear? gerbil in wedding dress?
Quote imanjannah 18-6-2021 03:34 PM
cantik wifenya
Quote slyfynx 18-6-2021 03:37 PM
No offence but....
Celah mana Richard Gere nye?
Quote cikX87 18-6-2021 03:45 PM
tang mana??????????????
Quote matbad 18-6-2021 04:05 PM
sapa yg gelar diq ni
Quote Nenolen 18-6-2021 04:29 PM
Kaka okay ja sebb Arash tua gracefully...tak ler boyot mcm bapak2...tua2 pun handsome mcm Richard Gere...
Quote alesandra 18-6-2021 05:07 PM
Omg ..richard gere? ..mmg taakkk laaa..
Quote deathacker 18-6-2021 05:21 PM
Aku geram tgk kucing2 tu je. Comey bebeno.
Quote ketupatnasi 18-6-2021 05:26 PM
patut tayah komen apa. anggap jah itu lelucon nakal netz yang kemurungan karna PKP  
Quote rosannazmia 18-6-2021 05:28 PM
Ade kot tang mata… donesokong
Quote Sonneblume 18-6-2021 05:46 PM
Gerammya tengok kucing tu
Quote kakigojes 18-6-2021 07:48 PM
Gear brapa ni? Ke gear parking je
Quote Mawar91 18-6-2021 11:17 PM
Meols x kenal pulak Richard tu sebb meols bukan tgok cite omputih sngt.tpi suke je tgok lakonan heols dalam drama.plus heols pon still nmpk hensem untuk umo2 heols.
Quote gideoncross 19-6-2021 12:32 AM
Mawar91 replied at 18-6-2021 11:17 PM
Meols x kenal pulak Richard tu sebb meols bukan tgok cite omputih sngt.tpi suke je tgok lakonan heol ...

Ni lah Richard Gere, famous jugak.
Quote gideoncross 19-6-2021 12:33 AM

3 ekor baby kucing plak tu.
Quote Aikiko 19-6-2021 02:37 AM
Pic.2 diatas tu sop jagalah sangat
Netz apalagi buatlah keje cepat
Retis kayangan ke  tidak tolak tepi
Utk xot
PokCik ni mmg segak pun
Heheh
Quote Perawankota 19-6-2021 02:49 AM
Fav artist masa aku kecik2
Quote ImpianSeroja 19-6-2021 09:08 PM
Terbayang bayang Richard Gere n julia Roberts dlm Pretty Women.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.058450 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top