CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zul 2 By 2 Dedah Wajah Tunang Lepas 3 Tahun Menduda

16-6-2021 03:00 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 24626| Komen: 106|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Melamarmu .... Semoga semuanya berjalan dengan lancar amin."


"Melamarmu .... Semoga semuanya berjalan dengan lancar amin."

Masih ingat dengan pelantun lagu 'Kau Mawarku', Zul 2 By 2?

Setelah tiga tahun menduda, akhirnya Zul mendedahkan wajah insan yang bertakhta di hatinya. Wanita yang bertudung coklat tersebut dipercayai tunangannya.

Terdahulu, Zul, 49 telah mengemas kini akaun dengan sekeping gambar kakaknya menyarung cincin kepada seorang wanita pada 30 Mei baru-baru ini. 


Foto :IG


Zul turut memberi bayangan akan menamatkan zaman duda dalam masa terdekat.

Rata-rata peminat berdoa agar urusan Zul dan pasangannya dipermudahkan. Ada juga peminatnya yang mengingati kisah lama Zul dengan bekas isteri namun bagi Zul, ianya sudah menjadi kenangan.


Foto : IG


Sebelum ini, Zul pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Ismaliza Ismail iaitu kakak kepada Tomok. Hampir 20 tahun hidup bersama, pasangan ini memilih jalan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing. Menerusi perkahwinan itu juga, mereka dikurniakan lima cahaya mata yang berusia antara 14 hingga 23 tahun.

Semoga urusan Zul dan pasangan dipermudahkan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 16-6-2021 03:21 PM
Muka tunang dari tepi mcm Saida kakak tokti
Quote irvene 16-6-2021 03:28 PM
friedfishsoup replied at 16-6-2021 03:21 PM
Muka tunang dari tepi mcm Saida kakak tokti

br nk ckp. dgn yana samsudin pun ye gak tp sebelum ubah hidung.

ingat dia ni still lg abg ipar tomok, rupenya lama dh cerai
Quote tokchik 16-6-2021 03:49 PM
irvene: br nk ckp. dgn yana samsudin pun ye gak tp sebelum ubah hidung. ingat dia ni still lg abg ipar tomok, rupenya lama dh cerai

Janda dia Tu Masih solo atau dah berlaki baru ya?
Quote sue_liah 16-6-2021 03:55 PM
ramai ank kan dgn exbini tu..ingatkan bahagia lover dovey rupa nya karam jua
Quote BoongaKertas 16-6-2021 03:59 PM
masa zaman mawarku tu, helok sungguh beliau. hahaha!
Quote irvene 16-6-2021 04:00 PM
tokchik replied at 16-6-2021 03:49 PM
Janda dia Tu Masih solo atau dah berlaki baru ya?

tak tahu pulak tu. dh lama x skodeng ex bini nya, sejak dia keluar AF.
Quote 3chanceno 16-6-2021 04:03 PM
Cuma nak.komen, tudung dan kening tunang sama warna cokelatnya
Quote Suchi 16-6-2021 04:10 PM
Berapa umur tunang? Cam baya2 anak dia plak.

Gigihnya nak bertunang bagai di musim pandemik ni.
Quote pekanwoohoo 16-6-2021 04:13 PM
Ku ingatkan Aprena
Quote husna_amal 16-6-2021 04:14 PM
Baru2 ni service aircond kat rumah sekali zul2by2 yang datang service.
Quote b^lady 16-6-2021 04:25 PM
husna_amal replied at 16-6-2021 04:14 PM
Baru2 ni service aircond kat rumah sekali zul2by2 yang datang service.

Untung la uols zul2by2 yg dtg..klu SS yg datang kn naya...
Quote beta_carotene 16-6-2021 04:43 PM
b^lady replied at 16-6-2021 03:25 PM
Untung la uols zul2by2 yg dtg..klu SS yg datang kn naya...

aiyokkkk kalu meols, meols hambat terus ckp aircond saya dh ok
Quote 4cupcakes 16-6-2021 04:48 PM
Oo dah tukar profession.. Bagus la utk kelansungan hidup.. Tunangnya mmg seiras saida...
Quote stania83 16-6-2021 04:50 PM
ex bini mcm ct
tunang macam kaka ct
Quote hotmak 16-6-2021 05:01 PM
tokchik replied at 16-6-2021 03:49 PM
Janda dia Tu Masih solo atau dah berlaki baru ya?

dah nikah baru
Quote Cikbunge80 16-6-2021 05:01 PM
b^lady replied at 16-6-2021 04:25 PM
Untung la uols zul2by2 yg dtg..klu SS yg datang kn naya...

hahahhaahhaha... awak membuatkan saya utk komen setelah dua tahun lebih senyap sepi...

walaupun hanya.. hahahahahaah
Quote tembamgirl09 16-6-2021 05:05 PM
b^lady replied at 16-6-2021 04:25 PM
Untung la uols zul2by2 yg dtg..klu SS yg datang kn naya...

tersembur coco crunch aku
Quote helicornia 16-6-2021 07:16 PM
husna_amal: Baru2 ni service aircond kat rumah sekali zul2by2 yang datang service.

tuka profesion dah ke.dia pun lama tk menyanyi. ada ke yg ofer dia menyanyi lagi
Quote jantung_pisang 16-6-2021 07:54 PM
Zaman2 kau mawarku hensem la dia...dh la menduda rupenye...ingtkan masih suami isteri

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060525 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top