CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Cristiano Ronaldo, Paul Pogba Pula Alih Botol Arak

16-6-2021 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7933| Komen: 44

Description: Selepas Cristiano Ronaldo, giliran pemain tengah Perancis dan Manchester United, Paul Pogba mengalihkan botol minuman keras yang dipamerkan di hadapannya ketika sidang media selepas perlawanan bertemu ...
Selepas Cristiano Ronaldo, giliran pemain tengah Perancis dan Manchester United, Paul Pogba mengalihkan botol minuman keras yang dipamerkan di hadapannya ketika sidang media selepas perlawanan bertemu Jerman dalam saingan Euro 2020, awal pagi tadi.




Ketika mahu memulakan sesi sidang media, Pogba mengambil botol Heineken, salah satu penaja kejohanan dan meletakkannnya di lantai kemudian meneruskan sesi menjawab soalan pihak media.



Heineken merupakan salah satu penaja kejohanan yang memberikan anugerah pemain terbaik perlawanan sepanjang saingan Euro 2020 yang menjadi milik Paul Pogba  selepas Perancis merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Jerman menerusi jaringan sendiri Mats Hummels.


The Athletic melaporkan bahawa saham Coca-Cola jatuh 1.6 peratus berikutan tindakan Ronaldo dalam sidang media sebelum bertemu Hungary, penurunan nilai pasaran kira-kira GBP2.8 bilion.



Coca-Cola mengeluarkan kenyataan sebagai tindak balas terhadap tindakan Ronaldo dengan mengatakan ‘setiap orang berhak membuat pilihan minuman mereka’ dan setiap orang mempunyai ‘selera dan keperluan’ yang berbeza.

Portugal turut memulakan aksi Euro 2020 dengan merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary awal pagi tadi, jaringan terhasil menerusi Raphael Guerreiro dan dua gol daripada Ronaldo.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 16-6-2021 03:56 PM
a positive gestures from the 2 footballers.
Quote alesandra 16-6-2021 04:01 PM
Pogba tu kan muslim.part coke tu aku x paham ...kot minuman x sihat .
Quote stingerbrule 16-6-2021 04:15 PM
hamjadah betul....sponsor iteww...kau kalau tak boleh kawal temptation kau minum aja la...kalau kau tak usik memda haram iteww bukan ia sendirin akan tertuang kedalam mulut kau kecuali kau yg tuang

Quote nazzse 16-6-2021 04:17 PM
Bagus la tu. Sah2 la Pogba tu muslim & Ronaldo penyokong Palestin.
Quote sharlenetexas 16-6-2021 04:17 PM
alesandra replied at 16-6-2021 04:01 PM
Pogba tu kan muslim.part coke tu aku x paham ...kot minuman x sihat .

Banyak gula.

Quote msamyrazi 16-6-2021 04:17 PM
sok sek pasal coke nie kan , teringat kat member baik i    dia minum 2 tin coke macam minuman wajib dia setiap hari . sekarang dia dah ada simptom kencing manis . umur 41 tahun .
Quote Firenzza 16-6-2021 04:18 PM
alesandra replied at 16-6-2021 04:01 PM
Pogba tu kan muslim.part coke tu aku x paham ...kot minuman x sihat .

CR tu anak dia pun x bg mkn cekelat
Quote wasssup27 16-6-2021 04:21 PM
alesandra replied at 16-6-2021 04:01 PM
Pogba tu kan muslim.part coke tu aku x paham ...kot minuman x sihat .

dia menjaga pemakanan. anak anak dia pon kena marah kuat minum air bergas. sebab itu la performance dia consistant je dari dulu bukan macam footballer malaysia yang lepak kedai mamak, hisap rokok dan lain lain.
Quote Artemesiaa 16-6-2021 04:23 PM
Baguslah dia bukan duta jenama tu pun
Quote djzara81 16-6-2021 05:17 PM
Ini baru betul ada pendirian. Bukan pak turut…
Quote VioletsAre_Blue 16-6-2021 05:55 PM
alesandra replied at 16-6-2021 04:01 PM
Pogba tu kan muslim.part coke tu aku x paham ...kot minuman x sihat .

Coke banyak gula, minuman tak sihat sepatutnya tak payah nak sponsor kejohanan sukan
Quote Tinot7 16-6-2021 06:01 PM
msamyrazi replied at 16-6-2021 04:17 PM
sok sek pasal coke nie kan , teringat kat member baik i    dia minum 2 tin coke macam minuman wajib  ...

dari muda minum ka? takkan takde break langsung, minum air kosong jahh?
Quote helicornia 16-6-2021 07:13 PM
msamyrazi: sok sek pasal coke nie kan , teringat kat member baik i    dia minum 2 tin coke macam minuman wajib dia setiap hari . sekarang dia dah ada simptom ken ...

my classmate masa degree ari2 minum coke mcm ketagih. masa mula keje dia dh start dpt diabetis
Quote zamzam 16-6-2021 07:21 PM
msamyrazi replied at 16-6-2021 04:17 PM
sok sek pasal coke nie kan , teringat kat member baik i    dia minum 2 tin coke macam minuman wajib  ...

Ramainya kwn aku yg kencing manis ada yg potong kaki bila tanya katanya dulu wajib minum air tin tiap hari.
Quote Punat_button 16-6-2021 07:25 PM
VioletsAre_Blue replied at 16-6-2021 05:55 PM
Coke banyak gula, minuman tak sihat sepatutnya tak payah nak sponsor kejohanan sukan


Dulu2 Liga Malaysia yang sponsor pun Dunhill.
Quote my_irina 16-6-2021 07:35 PM
msamyrazi replied at 16-6-2021 04:17 PM
sok sek pasal coke nie kan , teringat kat member baik i    dia minum 2 tin coke macam minuman wajib  ...

Aduuii muda lg 41thn...
Quote my_irina 16-6-2021 07:37 PM
helicornia replied at 16-6-2021 07:13 PM
my classmate masa degree ari2 minum coke mcm ketagih. masa mula keje dia dh start dpt diabetis

Huhuhu...sy plak housemate mase keje tiap2 ari minum pearl kacip fatimah...dia keje kilang operator so dia ckp memberi tenaga...end up 5 yrs later jumpe dia baru lps cek up ade diabetic huhuhu
Quote alesandra 16-6-2021 08:50 PM
Punat_button replied at 16-6-2021 07:25 PM
Dulu2 Liga Malaysia yang sponsor pun Dunhill.

ntahnya.gaya ..mutu...keunggulan
Quote Mizlyn 16-6-2021 09:01 PM
Oo paul ni la pg td i nmpk he berdoa sambil tadah tangan sblm masuk padang..  Pemain terbaik utk match ni rupanya..  

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053843 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top