CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Izinkan Saya,"- TMJ Tawar Diri Kendali Harimau Malaya

15-6-2021 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12005| Komen: 119

Description: Kuala Lumpur: Prestasi hambar skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini cukup membimbangkan.
Kuala Lumpur: Prestasi hambar skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini cukup membimbangkan.

Antara yang meluahkan rasa itu adalah pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bimbang dengan kemerosotan pasukan negara.

Lantas, Tunku Ismail meminta izin dan menawarkan diri untuk mengendalikan serta menguruskan skuad kebangsaan dalam saingan antarabangsa selepas ini.

Foto: Bernama

"Kepada Presiden FAM, izinkan saya mengendalikan pemain dalam pasukan kebangsaan. Saya akan memberi mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

"Saya tidak dapat menjanjikan kejayaan segera, tetapi saya dapat memberi jaminan pasukan ini akan meningkat," katanya di laman Story Instagram miliknya hari ini.



Tawaran Tunku Ismail itu susulan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe dalam empat aksi antarabangsa dilalui setakat ini.

Daripada empat aksi itu, Malaysia tewas dua kali dalam aksi persahabatan di tangan Kuwait dan Bahrain dengan keputusan 1-4 dan 0-2.

Prestasi longlai itu berterusan dalam dua aksi kelayakan apabila tumbang 0-4 kepada UAE sebelum kalah 0-2 dengan Vietnam pada Jumaat lalu.

Ujar Tunku Ismail lagi, terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kemerosotan mendadak pasukan meskipun skuad kali ini dilabel antara yang terbaik ekoran kehadiran tiga tonggak naturalisasi iaitu Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh.

Malah, kekuatan skuad Harimau Malaya di atas kertas semakin ampuh apabila pertahanan kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools diumumkan sebagai pemain ke-26 pasukan.

Katanya, beliau akan melakukan perkara sama yang dilaksanakan di JDT sekiranya diberi tanggungjawab untuk menguruskan pasukan negara.

"Anda ingin tahu apakah perkara pertama yang saya buat di JDT? Saya mengawal akses atau pasukan.

"Dari media, wartawan, syarikat, dan juga pemain menggunakan media sosial," kata bekas Presiden FAM itu.

Ujarnya lagi, beliau juga akan memastikan kriteria pengambilan pemain naturalisasi diperketatkan bagi membolehkan mereka yang terbaik sahaja menyarung jersi Malaysia.

"Ketika ini menjalankan tugas negara bukan lagi misi atau tugas besar bagi sesetengah pemain. Ia seperti percutian musim panas, sistem mesti berubah.

"Lepas ini naturalisasi jangan sebarang sebarang. Akan dikendalikan dan dianalisis oleh pasukan teknikal pasukan kebangsaan. Sama ada pemain sesuai dengan gaya permainan kita".-CARI

Sumber: Harian Metro

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 14-6-2021 10:31 PM
Telo Vingada The Professor jadah tu bukan yg terbaik ke?

Sembang lah, ramai player JDT yg main di HM tu haram x perform lagi nk sembang fasiliti terbaik...

Awal2 dah suarakan kebimbangan takut player injured, mana maunyer dorg nak main all out....
Quote grouper 14-6-2021 10:31 PM
Bukan dia pernah jadi presiden fam ke dlu....hmmm
Quote ResellerMaxis 14-6-2021 10:32 PM
On Wednesday night, one day after Malaysia lost 2-0 to Hong Kong in an Asian Cup qualification group match, Tunku Ismail held a dialogue session in Johor regarding his leadership of the organisation and the underperforming national team. The editor of the Malaysian edition of Goal, Ooi Kin Fai was also one of the panelists invited to the impromptu event.

Towards the very end of the dialogue which was broadcast live on the internet, Tunku Ismail, who is also the owner of four-time consecutive Super League champions Johor Darul Ta'zim (JDT) and the Crown Prince of the state of Johor, uttered; "It's the national team of your country, not my country. I'm from Johor you know."
Quote axl_bach 14-6-2021 10:34 PM
Pada masa sama Tunku Ismail turut mencadangkan FAM tidak memberi status naturalisasi kepada mana-mana pemain asing dengan sewenang-wenangnya pada masa akan datang.

“Hari ini pergi untuk tugasan pasukan kebangsaan bukan lagi satu misi atau tugas bagi sesetengah orang. Ia seperti percutian musim panas.

“Sistem mesti diubah. Lepas ini naturalisasi jangan bagi sebarang sebarang. Ia mesti dikawal dan dianalisis oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan. Adakah pemain itu sesuai dengan gaya permainan kita?,” tulisnya.




Padahal naturalisasi abis team dia jer borong utk kill the potential contender.....
Quote axl_bach 14-6-2021 10:37 PM
Macam lah Matdon tu sesuai dgn teknikal pasukan dia pun...tu pun jgn diborongnya gak takut team lain guna.....
Quote ResellerMaxis 14-6-2021 10:39 PM
axl_bach replied at 14-6-2021 10:31 PM
Telo Vingada The Professor jadah tu bukan yg terbaik ke?

Sembang lah, ramai player JDT yg main di ...

Jangan lupa zaman kegemilangan bola sepak negara masa tmj jadi presiden fam.

[twitter]https://twitter.com/Likulikukehidu2/status/1404411536144146443?s=20[/twitter]
Quote mily 14-6-2021 10:40 PM
Xyah la... Bila tinggi sngt taraf tu,  org nak buat apa pun xberani... Asyik takut nak ngadap lah... Biar org yg hebat2 je.. Kalau nk tolong psl fasiliti,  bg jelah sumbangan...
Quote dizekni 14-6-2021 10:41 PM
Setuju

jdt dah terbukti from zero to hero
Quote axl_bach 14-6-2021 10:41 PM
ResellerMaxis replied at 14-6-2021 10:39 PM
Jangan lupa zaman kegemilangan bola sepak negara masa tmj jadi presiden fam.

Nak sembang dlm liga M bleh laa....igt dia bleh beli Ali Makhbout main dgn team HM kot
Quote ResellerMaxis 14-6-2021 10:41 PM
grouper replied at 14-6-2021 10:31 PM
Bukan dia pernah jadi presiden fam ke dlu....hmmm

Dia ingat orang lupa gimik pendrive dia dengan menteri vaksin lembab tu.

[twitter]https://twitter.com/StadiumMY/status/769111539143979008?s=20[/twitter]
Quote axl_bach 14-6-2021 10:43 PM
dizekni replied at 14-6-2021 10:41 PM
Setuju

jdt dah terbukti from zero to hero

utk liga M yer lah..

Formula :

1. Borong player star team lawan/player skuad kebangsaan
2. Beli import yg berkualiti yg dorg mampu bayar dgn kuasa wang
3. Sailang key player team pesaing/player yg berpotensi perkuatkan team lawan

bila pegang FAM dulu ke lembah hina team HM dibuatnya...dgn Telo VIngada yg acah2 The Professor haramjadah lagi
Quote ResellerMaxis 14-6-2021 10:44 PM
axl_bach replied at 14-6-2021 10:34 PM
Pada masa sama Tunku Ismail turut mencadangkan FAM tidak memberi status naturalisasi kepada mana-man ...

Teringat zaman iol minat jdt dulu. Ada satu musim pahang jadi pencabar jdt. Time tu gopinathan jadi pemain paling berbahaya pahang.

Gopinathan pun dia beli jadikan pemain bangku simpanan supaya pahang xboleh berikan saingan pada jdt lagi.

Kalau player selangor tu lagi xusah cakap lah. Setiap tahun hampir separuh pemain utama selangor di borongnya sampai buat jdt 2, 3 untuk lemahkan team selangor.
Quote ResellerMaxis 14-6-2021 10:46 PM
axl_bach replied at 14-6-2021 10:43 PM
utk liga M yer lah..

Formula :

Pastu complain national team amik semua player jdt mewakili pasukan national.

Nanti xamik dia complain gak. Pemain jdt lebih sesuai bermain di posisi tu blah blah.
Quote axl_bach 14-6-2021 10:46 PM
ResellerMaxis replied at 14-6-2021 10:44 PM
Teringat zaman iol minat jdt dulu. Ada satu musim pahang jadi pencabar jdt. Time tu gopinathan jad ...

benda yg dia buat dah jahanamkan 2 perkara, pasukan kebangsaan dan juga persaingan di liga M
Quote dizekni 14-6-2021 10:46 PM
axl_bach replied at 14-6-2021 10:43 PM
utk liga M yer lah..

Formula :


Tak banyak pilihan

urus bolasepak ni memang kena guna cara bisnes besar

modal pun sama

bagus TMJ opsyen terbaik
Quote axl_bach 14-6-2021 10:48 PM
ResellerMaxis replied at 14-6-2021 10:44 PM
Teringat zaman iol minat jdt dulu. Ada satu musim pahang jadi pencabar jdt. Time tu gopinathan jad ...

Paling best samakan pembelian yg dia buat dgn Bayern....katanya Bayern pun beli player team lawan....

Mmg lah, Bayern beli dorg guna, J beli dorg peram atau downgrade di Liga Premier asalkan team lawan xleh guna
Quote axl_bach 14-6-2021 10:48 PM
dizekni replied at 14-6-2021 10:46 PM
Tak banyak pilihan

urus bolasepak ni memang kena guna cara bisnes besar

Then camner teknik yg sama dia nak aplikasi utk skuad kebangsaan?

Nk beli key player Vietnam/UAE/Thailand?

Quote cupu 14-6-2021 10:49 PM
Skjp nak sekjp xnak.dh dpt letak jawatan. Xde jawatan nk jawatan...mcm apa ntah.
Quote haruslah 14-6-2021 10:49 PM
axl_bach replied at 14-6-2021 10:31 PM
Telo Vingada The Professor jadah tu bukan yg terbaik ke?

Sembang lah, ramai player JDT yg main di ...

Kadang rasa mcm mmg sengaja je player jdt sayang kaki....
Lepas niungkon ade yg akan 'versara' lepas tu kembali join wakil negara mcm dulu
Lupe lah ru sape bwk masum TCH masa kedah hebat....lupa jugak ke sape yg cabut lepas setahun urus FAM....
Baik x payah la org politik/kayangan ni join FAM...akan ade unsur bias kat situ

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.106572 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top