CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Achey Simpan Hasrat Nak Masuk AJL

14-6-2021 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2316| Komen: 7

Description: Pelawak dan pelakon yang kini bergelar penyanyi, Achey menyimpan hasrat untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu.
Pelawak dan pelakon yang kini bergelar penyanyi, Achey menyimpan hasrat untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu.

Biar mungkin ada yang melihat keinginannya Achey seperti angan-angan 'mat jenin', pemenang kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 itu tetap optimis.


Hasrat Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah diluahkan ketika mempromosikan single terbaharu, Sembuh yang dilancarkan sejak 5 Jun lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Foto: Berita Harian

"Saya sebenarnya menyimpan hasrat daripada muncul single pertama, Yang Terindah. Sudah pernah masuk pencalonan Muzik Muzik, namun tidak melepasi peringkat seterusnya.

"Saya beranggapan mungkin saya bukan penyanyi profesional. Bagaimanapun, apabila diterima dalam media sosial dan YouTube ia sudah cukup baik.

"Single kedua, Sakit pernah mendapat tontonan satu juta dalam YouTube dalam tempoh sehari. Hingga hari ini, sudah hampir 35 juta tontonan. Syarikat rakaman agak terkejut sebab sambutan kekal selama seminggu.



"Harapan untuk single terbaharu, Sembuh tidak banyak, cuma harap mendapat sambutan baik dan tontonan tinggi. Jika dapat membolosi pentas AJL dikira bonus besar," katanya kepada BH Online.

Bercerita mengenai kerjaya nyanyian, Achey berkata, gelaran pelawak membuka ruang untuknya meneroka cabang seni lain.



"Mulanya, saya nak menghasilkan karya untuk menerokai cabang lain. Ini kerana bidang nyanyian memang saya suka. Alhamdulillah, ia diterima. Walaupun bermula sebagai pelawak, tetapi saya juga diterima baik sebagai penyanyi.

"Namun, untuk menjadi penyanyi profesional, saya berasakan masih belum layak. Mungkin dari sudut pandangan orang, saya tetap pelawak. Jika diterima, saya memang bersyukur. Macam Allahyarham Tan Sri P Ramlee, beliau juga pelawak dalam setiap filem lakonan dan penyanyi profesional.

"Jadi, tidak salah jika saya mengambil inisiatif sama. Walaupun pelawak, mungkin boleh menjadi penyanyi profesional. Tetapi, saya mungkin kena belajar banyak perkara terutama teknik nyanyian," katanya.



Bercerita mengenai single Sembuh, Achey berkata, ia adalah kesinambungan single Sakit yang dilancarkan sebelum ini.

Single Sembuh ciptaan sepenuhnya Achey. Menakjubkan selepas seminggu dilancarkan, video muzik rasmi lagu berkenaan sudah mencecah hampir 500,000 tontonan dan kekal berada di kedudukan carta 'trending'.

Masih mengekalkan genre sama dengan single terdahulu, Achey berkata, single Sembuh mempunyai sedikit kelainan dari segi bunyi dan penghayatan lagu.

"Komposer dan lirik lagu ini daripada saya sepenuhnya. Cuma, gubahan muzik dilakukan oleh Baby Majistret bersama pasukannya. Syarikat rakaman 17 Eleven menggalakkan saya mencipta lagu dan menghasilkan lirik.


"Dalam masa sama, saya suka pada sentuhan sendiri. Sebab kalau menjadi dan diterima baik, ia adalah hasil kerja saya dan satu rahmat. Jika sebaliknya, ia tetap hasil kerja saya dan tidak membabitkan orang lain.

"Single Sembuh bergenre balada seperti Yang Terindah dan Sakit. Namun, warna dalam lagu ini adalah kesinambungan daripada single Sakit. Penghayatan juga sedikit berbeza," katanya.

Achey berkata, single Sembuh menceritakan bagaimana kisah lelaki yang meninggalkan kekasihnya menerusi single Sakit.

"Lagu ini memaparkan sebenarnya lelaki itu yang masih terkesan. Dalam terluka, lelaki itu tidak sedar ada seseorang yang sanggup menerima dirinya seadanya dan berkorban.

"Luka yang bersisa memberi kesan kepada kerjaya dan orang sekeliling. Kehadiran seorang wanita bagaikan penyelamat untuknya supaya tidak terus terjejas.

"Luka lama sembuh disebabkan wanita ini tanpa disedari," katanya.



Sama seperti single lain, Achey meletakkan diri dalam single Sembuh agar penghayatan dan jalan cerita lebih dirasai.

"Karya ini berkaitan dengan kehidupan saya. Sebab saya suka meletakkan diri saya dalam lagu. Macam single Sakit, saya dapat rasakan pengalaman orang lain yang diceritakan pada saya.

"Dari situ, saya cuba selami dan terhasillah single Sakit. Apabila nak menjadikan kesinambungan lagu, saya kena letakkan diri sendiri dalam karya ini. Saya berasakan ia adalah diri saya.

"Apabila berkaitan dengan kisah diri sendiri, maka ada 'feel' dan mudah diselami apabila menyanyikan lagu. Itu yang saya praktikkan dalam setiap lagu sentuhan saya," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 14-6-2021 04:29 PM
Masuklah asia got talent. kalau xsilap qiemkepampropa ada pergi audition kan?
Quote makiting 14-6-2021 11:32 PM
Suara ok la mungkin blh pergi jauh lagi kot. Tapak dah ada.. tak susah dia nak terus naik. Moga terus berjaya yea
Quote makiting 14-6-2021 11:37 PM
Terbaik jugak blh kompos lagu dan lirik.. kaka main piano lagu River Flow pun kejap ke laut kejap kedarat last2 bertahun2 piano jd tukun kat umah..
Quote slyfynx 14-6-2021 11:55 PM
makiting replied at 14-6-2021 11:37 PM
Terbaik jugak blh kompos lagu dan lirik.. kaka main piano lagu River Flow pun kejap ke laut kejap ke ...

Xpe lagi leh main piano.
Aku main ukulele lagu La Vi En Rose pn terhegeh2.
Tu pun sbb aku tgk Tracy main dalam How I Met Your Mother
Quote makiting 15-6-2021 12:02 AM
slyfynx replied at 14-6-2021 11:55 PM
Xpe lagi leh main piano.
Aku main ukulele lagu La Vi En Rose pn terhegeh2.
Tu pun sbb aku tgk Tr ...

Xpe  slow2 mahirkan.. cuma ikut mood jugak kan.
Quote slyfynx 15-6-2021 12:20 AM
makiting replied at 15-6-2021 12:02 AM
Xpe  slow2 mahirkan.. cuma ikut mood jugak kan.

My fingers are not meant for music rasenye.
I can drum, kompang leh la jgk.
Tp kalau intrument pakai jari je mesti silap.
Hihihihi
Quote cikbudu 15-6-2021 12:40 AM
Xyahla... Simpan je la hasrat tu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.346392 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top