CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Komunikasi Lucah Dan Amang Seksual- Safieyillias94, Pipinatasha Dicari

10-6-2021 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29718| Komen: 136

Description: Kajang: Polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram safieilyas dan pipinatasha bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.
Kajang: Polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram safieilyas dan pipinatasha bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pensyarah universiti pada 9 pagi semalam.


Foto: Harian Metro

"Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik 'safieyillias94' yang juga hos bersama pemilik IG 'pipinatasha'.

"Siaran langsung di aplikasi berkenaan membabitkan dua kanak-kanak bawah umur," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.



Beliau berkata, hos berkenaan didapati melakukan perbuatan boleh ditakrifkan sebagai komunikasi lucah dan amang seksual kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.


Menurutnya, mereka turut menunjukkan aksi penggunaan vape (rokok elektronik) kepada kanak-kanak berkenaan.

"Polis kini sedang mengesan kedua-dua suspek dalam kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat berkenaan kejadian atau suspek boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat," katanya.

Terdahulu, seorang pensyarah membuat laporan polis ke atas pengguna akuan IG terbabit di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Ia susulan tindakan pemilik akaun berkenaan dan rakannya menari secara mengghairahkan sambil dilihat dua kanak-kanak bawah umur itu.

Dia turut 'mengajar' cara-cara menghisap dadah sambil disambut gelak tawa daripada mereka semua. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Makcik.Kiah 10-6-2021 08:15 AM
[youtube]KTooDDHlXR0[/youtube]
Safiey Ilias Buat Hal Lagi. Ajar Budak Bawah Umur Jadi Mcm Dia? Dadah? Club Party
32,946 views•Jun 9, 2021

Quote Makcik.Kiah 10-6-2021 08:22 AM
Ini tak dikira aurat sebab bukan diantara pusat dan lutut


Quote Makcik.Kiah 10-6-2021 08:26 AM
Dah boleh lari malaysia dan join sajat di resort pranburi, thailand sana tuh
Quote makiting 10-6-2021 08:27 AM
Makin sesuatu aje budak ni.. Allahu moga diberi hidayah cepat sebelum menutup mata. Jiwa kacau budak safiey ni
Quote hayrin86 10-6-2021 08:43 AM
Mujur semua saluran radio tidak memutarkan lagu dia.. 90-an kekal pilihan..
Quote tipahketipung 10-6-2021 08:45 AM
Dah korang gi follow hantu kopek ni dah kenapa?
Pensyarah pun....
Quote lavendernovella 10-6-2021 09:07 AM
Mesti lepas punyer, paling2 denda jer....  kan?
Quote bulalof 10-6-2021 09:11 AM
penguatkuasa memang 'segan' sgt nak ambik tindakan dgn bapok2 di Malaysia ni.
Quote pooh~key 10-6-2021 09:11 AM
Sekarang ni tengah musim buru pondan ke dekkkkk???
Quote batusembilan 10-6-2021 09:18 AM
budak kecik dua org tu ya ampun mak bapak x pantau ke?

astaga..........kecik2 lg dh dirosakkan
Quote awenda507 10-6-2021 09:21 AM
Sorg lg pondan sewel
Quote Hazi1975 10-6-2021 09:28 AM
Pihak berkuasa bertegas lah ambik tindakan secepat yg mungkin dh makin melarat pondan tak siap ni, jadi pompuan jadian pun buruk nau Allah dh bg seelok kejadian nk jgak lawan fitrah
Quote Catpaw 10-6-2021 09:32 AM
mushroom tu ape... macam ketum ke?
Quote suzycutegal 10-6-2021 09:32 AM
Laa Haula Wa Laa Quwwata Illa Billaah {:freak
Quote suzycutegal 10-6-2021 09:35 AM
Bukan ke kalau ada kad penyakit mental, buat apa pun , akan terlepas dari dakwaan? Sedihnya tengok…. Geramnyaaa… hancurnya hati tengok ….
Quote Buritan 10-6-2021 09:35 AM
batusembilan replied at 10-6-2021 09:18 AM
budak kecik dua org tu ya ampun mak bapak x pantau ke?

astaga..........kecik2 lg dh dirosakkan

Mak pak pun tak tau kat mana agaknya dahhh.. byk mcm tuu.. tanye mana mak ayah mana.. tak tau.. tak jumpa sejak dr umur bla bla bla..  msyrkt kita daif sgt dahh.. bebudak ni kalo dibunuh ke diliwat ke pun mak pak dia tak sedo pung
Quote batusembilan 10-6-2021 09:41 AM
Buritan replied at 10-6-2021 09:35 AM
Mak pak pun tak tau kat mana agaknya dahhh.. byk mcm tuu.. tanye mana mak ayah mana.. tak tau.. ta ...

anak2 aku pun dok ketagih gadget jgk.....main tiktok ig etc......

tp aku wajibkan main hp laptop mcbook semua kt hall.........tak boleh main kt bilik.

supaya aku blh nmpk apa yg diorg buat.
Quote Buritan 10-6-2021 09:43 AM
batusembilan replied at 10-6-2021 09:41 AM
anak2 aku pun dok ketagih gadget jgk.....main tiktok ig etc......

tp aku wajibkan main hp lapto ...

Hang mak pak yg baguihhhhhhh.. yg baguihnya sikit.. yg tak baguihnyaa rameiii..
Quote n3ar 10-6-2021 09:45 AM
dulu bukan main JAKIM serbu la siasat la apa geng pondan ni..pastu sampai ke sudah senyap takde tindakan...

bodoh, lembik penguatkuasa kita...mana pak2 lobai jd menteri dlm kabinet sekarang tkleh ke perjuangkan benda ni...

at least korang ada 1 point utk warga2 netizen respek korang di kala kutukan melanda bab test drive la, bab janda la, bab harga minyak mahal la

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055854 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top