CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Bapa Sendiri, Upload Gambar Mayat Di Media Sosial

10-6-2021 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1740| Komen: 1

Description: RENNES: Seorang remaja di Perancis ditahan selepas menikam bapanya sehingga mati dan menyebarkan gambar ngeri kejadian itu di dalam talian.
RENNES: Seorang remaja di Perancis ditahan selepas menikam bapanya sehingga mati dan menyebarkan gambar ngeri kejadian itu di dalam talian.

Individu berusia 17 tahun di Ploeren, sebuah bandar dengan 6,000 penduduk di barat laut wilayah Brittany, dilaporkan menelefon polis lewat Sabtu lalu.


Peguam pendakwa, Francois Touron, dalam satu kenyataan, berkata remaja itu memaklumkan polis bahawa dia baru menikam bapanya sehingga mati di kediaman milik keluarga berkenaan.

Kredit foto: Harian Metro


Sebaik tiba di lokasi kejadian, katanya, polis menemui mayat lelaki dipenuhi kesan tikaman pisau dan menahan anak lelakinya yang didapati di bawah pengaruh alkohol, dengan kandungan yang amat tinggi.


Bagaimanapun, ketika ditahan, beliau berkata remaja lelaki itu sudah menghantar rakaman video perbuatan jenayahnya kepada kira-kira 40 pengguna di media sosial.

Polis kemudian segera menarik balik video terbabit dan menubuhkan unit sokongan psikologi bagi membantu penerima rakaman berkenaan dan ibu bapa mereka yang mengalami sebarang trauma selepas menyaksikan bibit kejadian ngeri itu.

Berdasarkan pasukan penyiasat, remaja itu mabuk selepas menghadiri parti dan pulang ke rumah, di mana bapanya hidup sendirian selama beberapa minggu selepas isteri dan dua anaknya berpindah keluar.

Difahamkan, remaja itu kemudian masuk ke rumah berkenaan dan mengambil dua bilah pisau dari dapur, sebelum mengejutkan bapanya yang tidur dan menikamnya.

Berdasarkan keterangan kepada polis, remaja itu memaklumkan bahawa dia bertindak sedemikian kerana ingin menamatkan tingkah laku ganas bapanya terhadap keluarga, yang berpunca daripada meminum arak.

Bulan lalu, ibu remaja berkenaan memfailkan aduan keganasan rumah tangga terhadap suaminya dan pihak berkuasa membuka kertas siasatan jenayah susulan kes terbabit.

Wanita berkenaan kemudian dilaporkan pulang ke rumah dengan dua anaknya.

Majistret semalam mendakwa remaja berkenaan dengan pertuduhan membunuh dan menerbitkan gambar berkaitan jenayah mencederakan tubuh badan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 10-6-2021 10:31 AM
masuk dark web ke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.043026 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top