CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gesa Israel Diisytihar Sebagai Negara Apartheid

17-5-2021 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2013| Komen: 3

Description: Malaysia dan masyarakat negara ini diseru mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara apartheid.
Malaysia dan masyarakat negara ini diseru mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara apartheid.

Presiden Persatuan Pengajar Kewartawanan Malaysia (MJTS), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, pihaknya memandang berat kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden beberapa hari lalu yang mempertahankan Israel berhak mempertahankan diri.


Jelasnya, naratif Amerika Syarikat, Barat dan Israel itu memaparkan Israel sebagai mangsa kepada orang Palestin.



Sedangkan, Israel dalam sejarah penjajahannya selama 73 tahun bertujuan menghapuskan sejarah dan ilmu mengenai masyrakat dan tamadun Palestin dari muka bumi ini.

MJTS melihat naratif yang menyokong dan memihak Israel kian menonjol apabila liputan media luar negara dan tempatan yang memperakui naratif Israel-Amerika-Barat.

Menurut beliau, kenyataan-kenyataan sebegitu, serta ungkapan seperti “Konflik-Arab Israel” atapun “Peperangan Arab-Israel” yang digunakan media di Malaysia amat tidak betul sama sekali.


Media di Malaysia – sama ada surat khabar, televisyen, radio dan seterusnya portal-portal berita dalam talian mesti akur akan jalur naratif yang betul.

Malah, setiap kali naratif sebegitu diutarakan, ia mesti ditangkis media serta pengguna media kita, terutama sekali melalu pelantar media sosial, tegas Ahmad Murad.

Tambahnya, jalur naratif yang betul mesti bermula dari pengiktiraf Hari Nakba tahun 1948 di mana warga Palestin dihalau dari tanah air mereka, lalu selama 73 tahun dijajah, ditindas, dan diperakukan sebagai binatang di bumi sendiri.

”Jika kita sebagai negara tidak dapat mengalahkan mereka dengan senjata, marilah kita mengalahkan mereka melalui naratif. Kuasa naratif boleh mentafsir dan melurus semula sejarah.

”Ini bukan hanya peranan media di Malaysia tetapi peranan semua pertubuhan media serta peranan sekolah-sekoleh kewartawanan dalam membentuk konsep, pendekatan dan mengajar, serta menyedarkan pelajar mereka akan menggunakan bahasa, makna, konteks, dan ungkapan yang betul,” tegas beliau.



Tambahnya, sekolah kewartawanan mesti sensitif akan bahasa dan maksud yang disampaikah oleh bahasa penjajahan dan imperialisme serta memainkan peranan kritikal dalam merobah naratif penjajahan Palestin dengan menyah-jajah (de-colonise) bahasa yang digunakan.

Malah penubuhan sekolah-sekolah kewartawanan awal di Malaysia pada awal tahun 1970an berlatarbelakangkan beberapa peristiwa termasuk Perang Dingin dan pertempuran Arab-Israel 1967 di Sinai dan Golan, serta Perang Yom Kippur Oktober 1973 yang melibatkan Israel menentang gabungan negara Arab yang dipimpin oleh Mesir dan Syria.

Keadaan tersebut telah mempengaruhi korpus pengajian kewartawanan seperti yang diajar di Malaysia dan ini adalah satu gejala yang mesti dinyahkan dari pendekatan silibus kewartawanan di Malaysia, katanya.

Beliau berkata, nararif melalui liputan persitwa itu mencorak kefahaman dunia dan an menanamkan ideologi objektiviti dan seimbang dalam liptan berita.

”Wartawan mesti ingat bahawa kepada Israel, orang-orang Palestin tidak wujud dan tidak pernah wujud.

”Naratif yang mereka utarakan dan yang sedang dikawal oleh mereka ialah sebelum bangsa Yahudi datang dan bermastautin di bumi Palestin, tidak ada orang yang tinggal di sana. Mereka menggunakan doktrin terra nullius (tanah yang tidak ada penghuni),” katanya.

Lantaran itu, MJTS menggesa semua naratif mengenai Palestin yang diterbitkan media Malaysia mesti merujuk secara eksplisit atau implisit kepada trauma 1948. Inilah ibu kepada segala ekstrimise moden yang diamalkan oleh Israel.

MJTS juga mengambil berat sikap dan pendirian siaran berita dalam bahasa Mandarin yang tidak selari dengan jalur pemikiran tersebut; serta akan menegur mana-mana media yang menyimpang dari segi naratif, kata beliau.

Dalam pada itu, MJTS juga mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman yang memusnahkan bangunan ibu pejabat yang memuatkan pejabat media Al-Jazeera dan the Associated Press di Al-Jalaa Tower, Gaza.

Ini bukan saja tindakan menafikan liputan berita dan komentar mengenai penindasan dan penjajahan Israel ke atas warga Palestine, dan menyekat penyaluran maklumat.

Tindakan pengeboman itu sebenarnya adalah penyerangan terhadap institusi dan profesion kewartawanan, terhadap peranan dan tanggungjawab wartawanan dan media sebagai tukang cerita dan tukang catat peristiwa dalam masyarakat dan tamadun, juga menandakan pembunuhan maklumat dan sejarah Palestin.

MJTS melihat ini sebagai pembunuhan etnik serta pembunuhan sejarah dan ilmu, tegas Ahmad Murad Merican. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 17-5-2021 09:41 AM
Baru tahu negara israel ni lg muda dr umur atok mumia..sebaya dgn nuart
Quote highcastle 17-5-2021 10:11 AM
Ni MP Irish bantai kedutaan Israel macam dasar apartheid ......

[youtube]FLeaqPrkv9I[/youtube]


Quote Ninjanunu 17-5-2021 12:20 PM
Makes sense apa dia cakap.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.196914 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top