CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Tak 'Pertahan Diri' Di Negara Sendiri Tapi Berperang Di Tanah Palestin? - Tun M

17-5-2021 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3020| Komen: 4

Description: Dakwaan beberapa pihak mengatakan Israel mempunyai hak mempertahankan diri tidak boleh diterima sama sekali.
Dakwaan beberapa pihak mengatakan Israel mempunyai hak mempertahankan diri tidak boleh diterima sama sekali.

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dakwaan itu sebaliknya merujuk kepada warga Palestin yang terpaksa mempertahankan hak mereka daripada diserang rejim zionis Israel sejak seminggu lalu.



Kredit foto: The Edge Market

“Saya tidak boleh diterima dengan jawapan Israel yang mendakwa mereka ada hak mempertahan diri. Itu bukan mempertahankan diri kerana sepanjang tempoh pergolakan ini mereka menimbulkan konfrontasi dengan rakyat Palestin.

“Ini kerana, mereka ingin menceroboh lebih banyak tanah di Palestin. Saya yakin bahawa selepas ini, mereka akan mengambil alih Sheikh Jarrah misalnya dan mungkin akan mengambil alih tanah di kawasan terletaknya Masjid Al-Aqsa.

“Ini adalah taktik Israel, mereka tidak mempertahankan diri mereka, tetapi mereka menyerang pihak lain. Jika mereka mempertahankan diri maka mereka harus berada di negara mereka sendiri.


“Tetapi, mereka berperang di tanah Palestin, jadi alasan orang Israel bahawa mereka berhak untuk mempertahankan diri adalah tidak dapat diterima.

“Sememangnya, apa yang berlaku ketika ini adalah rakyat Palestin yang sedang berusaha mempertahankan diri dan mereka sangat lemah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menerusi satu sesi penstriman bertajuk ‘Palestine: Malaysia With Love’ di laman Facebook beliau pada malam Ahad.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada hak Israel mempertahankan diri daripada serangan roket Hamas dan kumpulan pejuang lain.

Beliau menyuarakan pendirian itu dalam satu panggilan telefon bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Pada masa sama, Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin pula mengulangi hak Israel untuk mempertahankan diri.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 17-5-2021 09:11 AM
defend tengkorak dia...
Quote darkness 17-5-2021 09:13 AM
Biasalah puak zionis laknatullah
Quote Ninjanunu 17-5-2021 12:24 PM
Terima kasih Tun M. Bersuara menegakkan hingga ke akhir usia.
Quote NataliaLuiz 17-5-2021 01:30 PM
Stop playing victim la israhell

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.047767 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top