CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tendang Pagar Sampai Tercabut Bengang Tak Dapat Solat Di Masjid

17-5-2021 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5406| Komen: 58

Description: Lelaki mengamuk dengan menendang pintu pagar masjid sehingga tercabut selepas tidak dapat menunaikan solat di masjid berkenaan pada Jumaat lalu.
Lelaki mengamuk dengan menendang pintu pagar masjid sehingga tercabut selepas tidak dapat menunaikan solat di masjid berkenaan pada Jumaat lalu.

Tular rakaman video berdurasi dua minit dua saat menunjukkan seorang lelaki keluar dari sebuah kereta sebelum mengoyakkan kertas disusuli menendang pintu pagar masjid.


Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat oleh bilal Masjid Jamiatus Solahiah Kampung Sungai Tua Baharu selepas melihat pintu pagar hadapan masjid dalam keadaan tercabut dan terjatuh.



Menurutnya, semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki menaiki Nissan Navara dalam keadaan seperti 'mengamuk' telah menendang pintu pagar masjid sehingga tercabut.

"Tangkapan ke atas suspek berumur 35 tahun bersama rampasan kenderaan terlibat serta sepasang baju Melayu yang dipakainya semasa kejadian telah dilakukan.


"Punca kejadian adalah suspek berasa marah kerana tidak diberi kebenaran masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, suspek ditahan semasa hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada Sabtu.

"Suspek direman empat hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 dan 295 Kanun Keseksaan iaitu khianat dan membencana atau mencemarkan tempat sembahyang," katanya.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 17-5-2021 09:07 AM
Ontahla.. terawikh dulu aku solat kat sejid klia.. Sejid klia sikit punya luas.. solat pun penjarakan sosial 10m sorang sorang pun boleh.. dah pkp mlm ke 25 dahh aku tak leh masuk sbb nak kurang org lg.. rayee plk cuma 50 org je leh masukk.. sedih jugak.. tp diam ajelaa..
Quote darkness 17-5-2021 09:08 AM
Agaknya solat terawikh tidak sah dirumah ka macam mana golongan ni?
Quote ajinomotonosuga 17-5-2021 09:15 AM
Baguih anto pelestin nih
Quote syadail 17-5-2021 09:20 AM
ramai orang yg kacau dn berat jiwanya.

Bila dihalang utk mendapat sedikit ketenangan melalui berada di dlm masjid,

maka dirinya terus memberontak.
Quote hareeeesah 17-5-2021 09:26 AM
Niat dah elok nak solat tp pi buat perangai pulak.. apa pun tak boleh... islam tu mudah
Quote jiwasemangat 17-5-2021 09:30 AM
Semua org tengah tensyen.. sbb pkp agak nya.
Dia tak tahu mesjid tu utk AJK mesjid saja..
* masa buat mesjid kompang merata-rata mintak derma orang ramai.. bila pkp, ajk & kroni saja boleh ada nama dlm attendance list. Orang ramai.. sorrii hokkeeyy. .. apa ingat solat kat rumah tuhan tak terima kaa..? Pegi balik rumah laa.. benda mudah pon tak leh handle
**perhaps new definition should be given to introvert & extrovert
Quote nazzse 17-5-2021 09:32 AM
Kenapa park kereta tengah jalan..
Dah setahun kot solat jumaat limited access, kenapa baru skrg nak mengamuk.
Quote jebatmaspunyer 17-5-2021 09:59 AM
Allah baru bagi ujian x leh solat kat masjid. Dah lupa akhlak yang di tuntut Islam. Bukan deal dgn Zionist nk berkeras pun. Arahan ni pun bersebab. Kalau x der sebab munasabah boleh lah nk marah.

Kat office aku ni lakinya g solat terawih di masjid, ada kalangan jemaah rupanya positive Covid-19. Tak pasal2 semua jemaah y hadir kena swab test, pastu masjid terus tutup. Kalau tak at least ada imam & ajk boleh imarahkan masjid walaupun org ramai tak boleh masuk.

Bawak2 lah bersabar. Patutnya time ni lah jadikan rumah masing2 seperti masjid. Usaha nk belajar jadi imam walaupun x boleh nk solat jumaat. 5 waktu berjemaah kat rumah. Time masjid dah bukak utk semua, pergilah berqiam sana.
Quote Buritan 17-5-2021 10:03 AM
jiwasemangat replied at 17-5-2021 09:30 AM
Semua org tengah tensyen.. sbb pkp agak nya.
Dia tak tahu mesjid tu utk AJK mesjid saja..
* masa ...

Aku pun benhang gak.. ajk je leh masuk.. yg mcm aku ni tongaang tonggek lps tu blahh mmg takde peluang masuklaa
Quote zjen 17-5-2021 10:08 AM
giler kumpul pahler   ... padahal pahler tu utk apa ?     

tambah bilangan bidadari utk di main ke atau  ... ?      


Quote jiwasemangat 17-5-2021 10:46 AM
Buritan replied at 17-5-2021 10:03 AM
Aku pun benhang gak.. ajk je leh masuk.. yg mcm aku ni tongaang tonggek lps tu blahh mmg takde pel ...

Masjid KLIA ramai ummah kerr.. Movenpick TH pon dah katop.. rumah org pon jauh.. flight pon jarang2 sendu .. ada orang yg gi situ kerr..? Baik gi masjid quarters .. Enstek pon ada new mosque lagi
Quote batusembilan 17-5-2021 10:50 AM
mental ni pun ada kes jenayah.

sabit kaki dadah jgk.

so, otak dh tak betul.
Quote lasagnaklcc 17-5-2021 10:55 AM
Stress la tu dok rumah. Ingat nak tukar angin solat jumaat kat mesjid sekali takleh masuk.

Quote Buritan 17-5-2021 11:46 AM
jiwasemangat replied at 17-5-2021 10:46 AM
Masjid KLIA ramai ummah kerr.. Movenpick TH pon dah katop.. rumah org pon jauh.. flight pon jarang ...

Einstek mana aku leh pi.. aku duk sepang.. setakat ini sku nmok masjid klia tuu yg plg penjarakan sosialnya.. aku tak pu sejid dengkil ke.. cyberjaya ke.. ramai ummah.. tak berani aku
Quote dudaberhias 17-5-2021 11:47 AM
sabar la pakcik oiii... sabar tu lagi penting...
nak sembahyang dalam kereta pun boleh... tak belajar ler tiewwww
Quote sarahmirza 17-5-2021 11:49 AM
Dia datang masjid pukul berapa?
Nak masuk solat datang la awal...
Tempat I AJK masjid lekat no kat baju setiap orang yang datang..
Cukup nombor yang dah ditetapkan, terus tutup pagar.

1st come 1st serve basis la...
Kalau setakat datang masjid pak imam dah start baca Al-Fatihah, solat je la kat rumah jadi imam anak isteri..
Quote dudaberhias 17-5-2021 11:49 AM
batusembilan replied at 17-5-2021 10:50 AM
mental ni pun ada kes jenayah.

sabit kaki dadah jgk.

oooo patut la sampai macamtu sekali gigih heols menendang pintu sampai tercabut...elok pintu tu tendang dia balik.. time tendang tu pintu tu jatuh atas dia dan KO terus...
mana la tahu kot2 syahid sebab jihad nak menunaikan rukun...
Quote jfq 17-5-2021 12:15 PM
"Tangkapan ke atas suspek berumur 35 tahun bersama rampasan kenderaan terlibat serta sepasang baju Melayu yang dipakainya semasa kejadian telah dilakukan

Maksudnya baju melayu dia pun kena rampas ke hapa
Quote jfq 17-5-2021 12:18 PM
Eh suka2 aje parking pickup tengah2 jalan. Tak reti nak parking betul2 ke

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057717 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top