CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Lama Berangan Jadi Pelakon, Noki K-Clique Seronok Dapat Watak Hero

17-5-2021 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1755| Komen: 0

Description: Selepas kejayaan lagu Gila di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Mac lalu, penyanyi Noki memaklumkan dia bakal mengembangkan karier seni dalam bidang lakonan pula.
Selepas kejayaan lagu Gila di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Mac lalu, penyanyi Noki memaklumkan dia bakal mengembangkan karier seni dalam bidang lakonan pula.

Menurut Noki atau nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji, 27, tujuannya menyertai dunia lakonan adalah kerana ingin mencabar kemampuan diri dengan mencuba pelbagai cabang seni.


Kredit foto: IG

"InsyaAllah selepas raya ini saya ada satu projek lakonan... saya tawar diri mencuba bidang lakonan kerana nak cabar kemampuan, dalam drama ini saya membawakan watak utama... watak nakal-nakal!

"Ini pengalaman pertama semestinya saya sangat teruja, dah rancang masuk kelas lakonan... bagi saya kalau sesuatu benda itu mendatangkan hasil kenapa kita tak cuba. Selagi tak cuba kita tak akan tahu kemampuan diri!


"Sama macam muzik, kita nak buat sesuatu yang baharu dan fresh, kita kena bagi orang dengar dulu... sama situasi sekarang, tak salah kita kena cuba (berlakon) dulu dan tengok apa reaksi mereka," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, ahli kumpulan K-Clique ini berkata dia tetap memberikan keutamaan kepada bidang nyanyian meskipun sudah terlibat dalam dunia lakonan.

"Kalau tanya antara lakonan dan nyanyian semestinya fokus saya lebih sebagai penyanyi kerana itulah permulaan saya berada dalam industri seni. Lakonan ini mungkin boleh dikatakan hanya sampingan.

"Saya tahu ramai yang tak sabar nak tahu mengenai projek lakonan itu, tapi InsyaAllah semua maklumat akan dimaklumkan kemudian. Semoga semuanya dipermudahkan, ” ujarnya.





Tahun lalu, menerusi temubual dalam satu program televisyen, Noki memberitahu dia ingin menceburi bidang lakonan, namun lebih suka membawakan watak aksi.

"Kalau diberi tawaran saya mahu! Saya suka watak kasar-kasar, romantik ni kurang," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.037497 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top