CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Pakat Beraya Di 'Mall' Perlu Dipandang Serius

17-5-2021 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16191| Komen: 199

Description: Orang ramai dilihat mencari lokasi alternatif berziarah dengan bertemu ahli keluarga serta rakan-rakan di pusat beli-belah sejak hari raya pertama.
Orang ramai dilihat mencari lokasi alternatif berziarah dengan bertemu ahli keluarga serta rakan-rakan di pusat beli-belah sejak hari raya pertama.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berkata, orang ramai juga dilihat 'beraya' di pusat beli-belah untuk melepaskan kebosanan akibat cuti raya yang panjang tanpa aktiviti tradisi susulan Perintah Kawalan Pergerakan.


Sehubungan itu, Mohd Dzulkhairi melahirkan kebimbangan dengan tindakan orang ramai menjadikan pusat beli-belah atau mall sebagai 'hotspot' berkumpul pada hari raya kerana boleh meningkatkan penularan pandemik Covid-19 dalam kluster komuniti.


Kredit foto: Malaysia Dateline

“Pusat beli-belah sudah sedia maklum disenaraikan sebagai tempat berkumpul orang ramai dan ada kemungkinan ia menjadi punca utama kluster dalam komuniti.


“Apabila ia menjadi kluster komuniti yang sukar dilakukan pengawalan wabak dan pengesanan kontak atau penyebab wujud kluster baharu, ia perlu dipandang serius," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Tambahnya, terdapat kemungkinan besar ada pihak yang mengambil kesempatan berkumpul atau berjumpa sambil membeli-belah selepas aktiviti menziarahi sanak-saudara di rumah tidak dibenarkan.

“Selain pusat beli-belah, ada juga yang menjadikan tempat parkir kenderaan sebagai tempat pertemuan atau berkongsi juadah sebagai ganti tidak boleh ziarah rumah ke rumah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui pusat beli-belah hanya wajar ditutup apabila ia menyebabkan penyebaran kluster baharu atau komuniti.

“Sekiranya tersenarai sebagai kawasan ‘hotspot’, ia wajar ditutup dan jika ia pernah ditutup sebelum ini dan dibuka semula, namun masih terdapat peningkatan kes di situ, wajar ditutup semula secara menyeluruh untuk mengelakkan terjadinya kluster baharu serta penularan.

“Kita tidak perlu menuding jari pada siapa pun dan tidak wajar kesalahan tersebut diletakkan sepenuhnya ke bahu rakyat.

“Namun, sebagai individu yang bertanggungjawab untuk menghentikan pandemik ini, saya rasa wajar orang ramai terus kekal untuk duduk di rumah dan keluar rumah sekiranya perlu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, beliau memahami jiwa rakyat yang memberontak dan tertekan oleh PKP pada musim perayaan, namun faktor keselamatan harus diutamakan.

“Pada waktu ini, memang rakyat suka bersosial, interaksi dan beli-belah untuk mengurangkan tekanan tetapi dalam konteks peningkatan yang serius ketika ini, orang ramai diminta untuk tidak membuat tindakan yang boleh menjadi punca bahaya terhadap diri mereka," katanya.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 17-5-2021 09:48 AM
ni bkn ke idea tin becca islamik tu
Quote kaogi 17-5-2021 09:53 AM
degil betul memasing ni.
duduk kat rumah diam2 tak boleh ke???
Quote rospinki 17-5-2021 09:55 AM
aku pi kejap malam 1st raya..tu pon time aeon nk tutup org dh kurang.. beli lebih kurang belah cpt2.
apa benda nk pi dalam tu nak makan tak bole apa tak bole.
Quote Fazsemput 17-5-2021 09:56 AM
Ada mall susah nk masuk sekarang.. die nak tengok profile kita kat mysejahtera dulu..kalau ok baru die bagi scan my sejahtera.
Quote nazzse 17-5-2021 09:57 AM
Ziarah tak boleh mall boleh buka. Bukan ke bangang sop tu.
Confirmlah berderu ke mall
Quote Boomibulat 17-5-2021 09:58 AM
Sy pgi satu shopping mall semalam..tp x blh masuk sbb x de my sejahtera..dh x boleh tulis buku mcm sebelum2 ni..
Quote PanjangCool 17-5-2021 09:58 AM
PKP bodoh macm ni mmng xkan selesai covid ni. Masing2 bodoh baik nitizen, geng kayangn atau politician, semua bodoh2 belaka
Quote batusembilan 17-5-2021 10:03 AM
nazzse replied at 17-5-2021 09:57 AM
Ziarah tak boleh mall boleh buka. Bukan ke bangang sop tu.
Confirmlah berderu ke mall

mall dibuka unt rakyat beli brg2 keperluan. unt kekalkan ekonomi.

bukannya unt berhari raya di mall.

adoiiii knp la idiot sgt pemikiran rakyat malaysia ni.
Quote nazzse 17-5-2021 10:07 AM
batusembilan replied at 17-5-2021 02:03 AM
mall dibuka unt rakyat beli brg2 keperluan. unt kekalkan ekonomi.

bukannya unt berhari raya di  ...

Rakyat bila takda option gitu lah. Kreatif sangat fikiran masing2 aslkan boleh keluar rumah.
Padahal masa ni la nak duduk rumah berehat.
6 hari cuti, 6 hari aku goyang kaki kat rumah. Puas hati.
Quote mimi77 17-5-2021 10:08 AM
Fazsemput replied at 17-5-2021 09:56 AM
Ada mall susah nk masuk sekarang.. die nak tengok profile kita kat mysejahtera dulu..kalau ok baru d ...

info apa yg depa tgk dkt profile tu? risk? risak tu bukan kita sndiri yg jwb ke? ade je yg bg info x betul
Quote uori 17-5-2021 10:12 AM
korang nih nak tipu sape sebenarnya?
kira hebat habis ke dapat curi2 jumpa beraya kat mall?

konsep dia macam pakai helmet, sebab takut kena saman kononnya.
padahal nak jaga kepala sendiri.
nak suruh jaga kepala sendiri pun susah, sampai kena polis paksa, saman.
end of the day, kalau eksiden, kepala sendiri yang pecah.

cuma dalam kes covid nih, sebab korang yang bengap, terjangkit kat orang lain tak bersalah.
Quote Fly_over 17-5-2021 10:12 AM
dah kalau boleh bjumpa dlm mall daerah yg sama bukan la rmh korg jauh rentas daerah segala. sblm raya hrtu xjumpa ke? setia city mall ni pn kerusi2 utk duduk2 dh xde sbiji pn kena simpan. restoran xboleh dine in. korg mlepak kt mana? jumpa bdiri lama2 gitu ke bodo la
Quote bulalof 17-5-2021 10:12 AM
cant blame the people much with this kind of setengah masak MCO.
Quote mrsamz 17-5-2021 10:14 AM
Kalau aku la pegi mall mmg sbb betul2 nak cari brg..tak koser nak jln2 window shopping apatah lagi nak jumpa2 org..the only person yg aku interact masa kat mall ialah dgn cashier..kdg2 je dgn guard kalo mencari troli ke apa2 ke..
Tak paham aku mentality org malaysia nk pegi mall sbb nak beraya..jadahnye
Quote SPACE COP GABAN 17-5-2021 10:14 AM
mimi77 replied at 17-5-2021 10:08 AM
info apa yg depa tgk dkt profile tu? risk? risak tu bukan kita sndiri yg jwb ke? ade je yg bg info ...

At least ada juga la cara kawal kemasukan ke mall. Kena paham..ekonomi kena juga brjln dlm keadaan yg semakin teruk skrg ni...utk penuhi juga bekalan keperluan manusia. Masalahnya manusia tu sndri tak reti nak pikir keperluan dan kehendak..
Quote aechae 17-5-2021 10:16 AM
mimi77 replied at 17-5-2021 10:08 AM
info apa yg depa tgk dkt profile tu? risk? risak tu bukan kita sndiri yg jwb ke? ade je yg bg info ...

Profile status tu kna kaler biru je...kontak kasual pn xleh masuk dh rasa nya sbb kaler oren/kuning
Quote AbukRokok 17-5-2021 10:19 AM
Boomibulat replied at 17-5-2021 09:58 AM
Sy pgi satu shopping mall semalam..tp x blh masuk sbb x de my sejahtera..dh x boleh tulis buku mcm s ...

shopping mall mana tu chuols bagitau la

Quote shara154 17-5-2021 10:19 AM
Hide list tu tak update2 lagi ke?
Patutnye proaktif la update
Ye ye je buat list sekali je tu
Quote batusembilan 17-5-2021 10:21 AM
bulalof replied at 17-5-2021 10:12 AM
cant blame the people much with this kind of setengah masak MCO.

bhgn mn yg claim MCO setengah masak?

Lihat semua komen(199)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.061881 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top