CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pihak Berkuasa Didakwa Guna Dana Kecemasan Covid-19 Bina Replika Sotong Gergasi

5-5-2021 05:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2850| Komen: 8

Description: Tindakan pihak berkuasa tempatan di sebuah pekan di Jepun mencetuskan kemarahan orang ramai selepas didakwa menggunakan dana bantuan darurat Covid-19 untuk membina sebuah replika sotong gergasi di kaw ...
Tindakan pihak berkuasa tempatan di sebuah pekan di Jepun mencetuskan kemarahan orang ramai selepas didakwa menggunakan dana bantuan darurat Covid-19 untuk membina sebuah replika sotong gergasi di kawasan tersebut.


Lapor BBC, replika sotong setinggi 43 kaki atau 13 meter itu dibina di pelabuhan Noto yang mana makanan laut tersebut menjadi menu makanan istimewa di bandar berkenaan.



Dilaporkan, pihak berkuasa tempatan menggunakan peruntukan sebanyak 25 juta yen (RM942,434) daripada dana kecemasan itu untuk membina replika tersebut.

Pihak berkuasa Noto memberitahu bahawa ia merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang untuk menarik semula kehadiran pelancong selepas pandemik Covid-19.

Jepun berdepan dengan lonjakan kes Covid-19 dan Tokyo kini dalam perintah berkurung selepas beberapa penularan jangkitan.

Pekan Noto yang terletak di wilayah Ishikawa, pantai tengah-barat Jepun melaporkan jumlah kes Covid-19 yang rendah namun ia terjejas dengan penurunan pelancong yang ketara.


Lapor Yahoo Japan, Noto menerima 800 juta yen (RM30.3 juta) menerusi geran itu yang bertujuan digunakan sebagai perangsang ekonomi bagi membantu kawasan yang terjejas dengan wabak.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 5-5-2021 11:46 AM
Dekat RM1 juta untuk sekor patung sotong yang tak guna ni?
Quote meisapoya 5-5-2021 11:46 AM
Dekat RM1 juta untuk sekor patung sotong yang tak guna ni?
Quote doubleA 5-5-2021 01:37 PM
Laa kt jepun ke ingatkan negara mana
Quote dani-rox 5-5-2021 01:48 PM
Peliknya priority dia org. Jepun memang real life fetish dgn sotong eh?
Quote Bedah.Cun 5-5-2021 02:39 PM
Owh, neh ker negara pujaan zaman perang dingin dolo? Eugh
Quote dudaberhias 5-5-2021 02:40 PM
Replika gitu sampai sejuta, hauk jah. Kata je la nak masuk poket masing2 1 juta dari 30 juta tu.
Quote dodolgemok 5-5-2021 03:10 PM
Ada jugak org bodo kat jepun ni? Ingat semua bijak bustari
Quote isbritneybich 5-5-2021 03:21 PM
tak bagitau awal2...elok je kita bagi free alip syukree

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.050433 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top