CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadai Barang Kemas Isteri Tawar Bekalan Oksigen Percuma Kepada Pesakit Covid-19

4-5-2021 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2516| Komen: 5

Description: Seorang lelaki sanggup menggadai barang kemas isterinya dan mengubah suai teksi auto miliknya menjadi mini ambulans bagi menawarkan bekalan oksigen dan pengangkutan percuma kepada pesakit Covid-19.
Seorang lelaki sanggup menggadai barang kemas isterinya dan mengubah suai teksi auto miliknya menjadi mini ambulans bagi menawarkan bekalan oksigen dan pengangkutan percuma kepada pesakit Covid-19.


Mohammad Javed Khan, 34, memuatkan sebuah tong oksigen dalam teksi auto beroda tiga miliknya, selain sebuah oksimeter untuk mengukur kandungan oksigen dalam darah pesakit serta beberapa peralatan perubatan yang lain.


Teksi auto milik Mohammad Javed yang diubah suai menjadi ambulans mini bagi menawarkan bekalan oksigen percuma kepada pesakit Covid-19. – AFP

“Pesakit yang kritikal tidak boleh dibawa ke hospital tanpa bantuan oksigen.

“Jadi, saya terfikir untuk menukar teksi auto kepada ambulans. Meskipun keadaannya tidaklah sebesar dan selesa seperti ambulans, namun yang pasti perkhidmatan ini dapat membantu menyelamatkan nyawa,” ujarnya dipetik AFP.


Tambah Mohammad Javed, tindakannya untuk menawarkan bantuan itu turut diambil selepas melihat ramai pesakit tidak mampu membayar caj perkhidmatan ambulans yang mahal.

“Apabila mereka menghubungi ambulans, mereka dicaj 5,000 rupee (RM279) hingga 10,000 rupee (RM558).

“Bagaimana seorang yang miskin mampu membayarnya terutamanya dalam situasi pandemik ini apabila kebanyakan orang tidak mempunyai pendapatan?” soalnya.


Teksi tersebut dilengkapi dengan sebuah silinder oksigen, sebuah oksimeter untuk mengukur kandungan oksigen dalam darah pesakit serta beberapa peralatan perubatan yang lain. – AFP

Sebelum ini, Mohammad Javed pernah didakwa oleh polis kerana mengendalikan perkhidmatan tersebut tanpa permit kecemasan ketika perintah berkurung di negeri Madhya Pradesh, namun tuduhan itu digugurkan malahan dia diberikan permit khas selepas kes tersebut mendapat perhatian di media sosial. 


Sumber: Kosmo!
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cik_jantung 5-5-2021 12:05 AM
Edited by Cik_jantung at 26-1-2022 02:05 PM

............
Quote sarah82 5-5-2021 02:36 AM
Masa kes polis tu.. Ada wartawan yg updTe kat medsoc.. Terus dapat tekanan dari netizen.. Tu yg polis pun x berani nak terus dakwa dia.
Quote orgsepang 5-5-2021 02:43 AM
Adoi, jangankan ppe, sarung tangan pun tak pakai.
Quote krustykrab 5-5-2021 06:01 AM
Cik_jantung replied at 5-5-2021 12:05 AM
Bini redho tak tu... Ko ni javed..

Hahaha..kan..sukati je gadai harta bini...reta dia simpan
Quote Normabaru 5-5-2021 07:55 AM
Jiwa besar mamat ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.049561 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top