CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Ramadan, Pelajar Maut Dilanggar Lori Dalam Perjalanan Dari Sekolah Ke Rumah

21-4-2021 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3021| Komen: 11

Description: SABAK BERNAM: Seorang pelajar Tingkatan Lima terkorban ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila dilanggar sebuah lori di Jalan Sungai Air Tawar, dekat Kampung Bumi Hijau, di sini, semalam.
SABAK BERNAM: Seorang pelajar Tingkatan Lima terkorban ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila dilanggar sebuah lori di Jalan Sungai Air Tawar, dekat Kampung Bumi Hijau, di sini, semalam.


Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang, pelajar perempuan berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah menuju ke rumahnya di Kampung Bumi Hijau.


Gambar Hiasan

Beliau berkata, lori terbabit pula sedang dalam perjalanan dari Sungai Besar menuju ke Parit Baru untuk menghantar perabot.


"Setiba di tempat kejadian, mangsa yang berada di belakang sebuah bas SMART Selangor di sebelah kanan jalan dari arah Sungai Besar, dikatakan melintas ke sebelah kiri jalan.

"Pada masa sama, sebuah lori yang berada di laluan utama dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

"Berikutan perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Agus Salim berkata, pemandu serta kelindan lori terbabit yang masing-masing berumur 40 dan 44 tahun bagaimanapun dilaporkan tidak cedera.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini, untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 21-4-2021 12:44 PM
Kesian. RIP.
Quote Buritan 21-4-2021 12:49 PM
LadyCarefree: Kesian. RIP.




Sekolah aku ngajo dulu.. budak budak bwk moto takde lesen.. aku ade laa bising tp area situ bas sekolah pun takde.. msk ayah nak amik hantar tak dapat. Ujung ujung bawak aje laa moto
Quote highcastle 21-4-2021 01:39 PM
Aduhai.. Berhati2 lah di jalanraya patuhi undang2 jalanraya...... Moga rohnya dicucuri rahmat..
"Setiba di tempat kejadian, mangsa yang berada di belakang sebuah bas SMART Selangor di sebelah kanan jalan dari arah Sungai Besar, dikatakan melintas ke sebelah kiri jalan.
"Pada masa sama, sebuah lori yang berada di laluan utama dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.
"Berikutan perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




Quote djzara81 21-4-2021 01:43 PM
Salam takziah. Aku lebih sedeh & simpati jika mangsa maut pakai helmet & patuh undang2 jalan raya. Yg aku kurang kesian, mangsa mati tak ikut undang2 jalan raya. Bdk sekolah menengah ramai tak pakai helmet. Sekolah tak buat undang2 wajibkan pakai helmet ke apo? Patut denda mak bpk depa ni bagi anak moto tapi helmet tak pakai.
Quote cap_ayam 21-4-2021 01:46 PM
Innalillahiwainnailihirojiun.
Quote shernazz 21-4-2021 01:52 PM
Mangsa nu naik moto ke?
Ke.dia naik bas baru turun bas then lalu belakang bas pastu melintas?
Quote Supersirap 21-4-2021 11:26 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote Babai 21-4-2021 11:57 PM
Berbelit ayat berita ni. Tak paham aku baca.
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 12:18 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 12:19 PM
Hati2 rider, driver..
Quote che-cikL 29-4-2021 12:27 PM
Tak faham lah berita ni punya penceritaan...

Perjalanan tu bagaimana, naik apa? Jalan kaki ke? Ke ada tulis motor ke basikal, yg iols tak nampak?

"mangsa yang berada di belakang sebuah bas SMART Selangor di sebelah kanan jalan dari arah Sungai Besar, dikatakan melintas ke sebelah kiri jalan."

kanan jalan melintas ke kiri jalan?
Kanan kiri jalan tu referencenya macam mana?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.255083 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top