View: 2372|Reply: 11
|
Tragedi Ramadan, Pelajar Maut Dilanggar Lori Dalam Perjalanan Dari Sekolah Ke Ru
[Copy link]
|
|
SABAK BERNAM: Seorang pelajar Tingkatan Lima terkorban ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila dilanggar sebuah lori di Jalan Sungai Air Tawar, dekat Kampung Bumi Hijau, di sini, semalam.
Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang, pelajar perempuan berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah menuju ke rumahnya di Kampung Bumi Hijau.
Gambar Hiasan
Beliau berkata, lori terbabit pula sedang dalam perjalanan dari Sungai Besar menuju ke Parit Baru untuk menghantar perabot.
"Setiba di tempat kejadian, mangsa yang berada di belakang sebuah bas SMART Selangor di sebelah kanan jalan dari arah Sungai Besar, dikatakan melintas ke sebelah kiri jalan.
"ada masa sama, sebuah lori yang berada di laluan utama dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.
"Berikutan perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Agus Salim berkata, pemandu serta kelindan lori terbabit yang masing-masing berumur 40 dan 44 tahun bagaimanapun dilaporkan tidak cedera.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini, untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI
Sumber: Berita Harian |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree: Kesian. RIP.
Sekolah aku ngajo dulu.. budak budak bwk moto takde lesen.. aku ade laa bising tp area situ bas sekolah pun takde.. msk ayah nak amik hantar tak dapat. Ujung ujung bawak aje laa moto |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai.. Berhati2 lah di jalanraya patuhi undang2 jalanraya...... Moga rohnya dicucuri rahmat..
"Setiba di tempat kejadian, mangsa yang berada di belakang sebuah bas SMART Selangor di sebelah kanan jalan dari arah Sungai Besar, dikatakan melintas ke sebelah kiri jalan.
"Pada masa sama, sebuah lori yang berada di laluan utama dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.
"Berikutan perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Aku lebih sedeh & simpati jika mangsa maut pakai helmet & patuh undang2 jalan raya. Yg aku kurang kesian, mangsa mati tak ikut undang2 jalan raya. Bdk sekolah menengah ramai tak pakai helmet. Sekolah tak buat undang2 wajibkan pakai helmet ke apo? Patut denda mak bpk depa ni bagi anak moto tapi helmet tak pakai. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailihirojiun. |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa nu naik moto ke?
Ke.dia naik bas baru turun bas then lalu belakang bas pastu melintas? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Berbelit ayat berita ni. Tak paham aku baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham lah berita ni punya penceritaan...
Perjalanan tu bagaimana, naik apa? Jalan kaki ke? Ke ada tulis motor ke basikal, yg iols tak nampak?
"mangsa yang berada di belakang sebuah bas SMART Selangor di sebelah kanan jalan dari arah Sungai Besar, dikatakan melintas ke sebelah kiri jalan."
kanan jalan melintas ke kiri jalan?
Kanan kiri jalan tu referencenya macam mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|