CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bapa Disahkan Tenat Selepas Positif Covid-19, Azlan The Typewriter Hanya Mampu Berserah

21-4-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4695| Komen: 17

Description: Penyanyi Azlan & The Typewriter berkongsi perasaan pilu apabila memaklumkan perkembangan bapanya selepas dijangkiti Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.
Penyanyi Azlan & The Typewriter berkongsi perasaan  pilu apabila memaklumkan perkembangan bapanya selepas dijangkiti Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.


Menurut Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle, 39, lagi, bapanya yang berusia dalam lingkungan 60-an turut menghidap penyakit buah pinggang dan diabetes, menyebabkan status kesihatannya dilaporkan kian merosot selepas disahkan positif wabak berkenaan.


Foto: IG

“Bila dapat tahu… kondisinya teruk. Saya sebenarnya mampu berserah sahajalah. Apa yang tertulis, saya laluinya dengan reda. Kuasa tuhan sebenarnya.

“Harapan saya, semoga ada keajaiban tuhan, kalau bapa boleh sembuh seperti sedia kala, alhamdulillah,” katanya.


Azlan bagaimanapun sempat bertemu dengan bapa kandungnya itu sebelum ini.



“Kali terakhir saya berjumpa dengannya sekitar bulan lalu sebelum dia disahkan positif Covid-19.

“Keadaan ini sukar dijangka kerana sesiapa saja mungkin dijangkiti. Apabila tiba masanya, jaga bagaimana pun, kita tetap kena juga,” katanya.

“Bapa dimasukkan ke hospital kira-kira dua minggu lepas dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejurus dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatan yang kurang baik.

“Saya harap keluarga saya kuat berdepan dugaan ini,” katanya.



Azlan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran label muzik, Indigital Music Sdn Bhd di restoran 10 Gram, Puchong, Selangor pada Selasa.

Sementara itu katanya kepada MH, berkata ahli keluarganya yang lain bagaimana pun disahkan negatif Covid-19. -CARI

Sumber: Media Hiburan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 21-4-2021 12:08 PM
Caner bapak dia blh dijangkiti covid..nk tau gak
Quote kaedahnya 21-4-2021 12:14 PM
semoga dipermudahkan
Quote crazypink 21-4-2021 12:21 PM
Semoga dipermudahkan segalanya & diberikan ketabahan....

Sedihnya
Quote BicaraHatiku 21-4-2021 12:22 PM
Edited by BicaraHatiku at 21-4-2021 12:23 PM

60 golongan berisiko ada penyakit lain pulak tu ...sian.
Quote hazzy0304 21-4-2021 12:44 PM
semoga diberikan syifa' utk ayah Nor Azlan Rosle, 39 ...
Quote LadyCarefree 21-4-2021 12:48 PM
Kobid ni konspirasi bill gates je. Yahudi punya agenda. Jangan takut.
Quote shiraloveyou 21-4-2021 05:42 PM
Semoga diberikan kesembuhan buat ayahnya...
Quote yipun_78 21-4-2021 10:10 PM
Dah meninggal pon tadi... innalillahhirajionn
Quote dudaberhias 21-4-2021 10:22 PM
Innalillah, kesiannya, macam arwah sharifah aini dulu kena H1N1 pun tak lama lepastu dia meninggal di sebabkan oleh penyakit yang meninggalkan kesan kepada paru paru dia. Bahaya positif covid-19 ni kadang2 bukan dalam masa terdekat.
Quote jualbelirumah 21-4-2021 11:13 PM
     
*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un*
        
*“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"*

"Ya Allah, ampunilah dosanya, limpahikanlah belas kasihanMu kepadanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan angkatlah darjatnya bersama2 dengan hambaMu yang Solleh."

      

#SalamTakziah buat lan dan keluarga... moga tabah hadapi kehilangan.
Quote Baladna804 22-4-2021 01:42 AM
Syafakallah...
Quote tikusmontok 22-4-2021 09:02 AM

Innalillah dah meninggal.

CARI-MRO tukar la tajuk thread
Quote ad_hoc79 22-4-2021 09:12 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun. salam takziah
Quote Baladna804 25-4-2021 04:32 PM
tikusmontok replied at 22-4-2021 09:02 AM
Innalillah dah meninggal.

CARI-MRO
tukar la tajuk thread

Innalillahiwainnaillahirajiun
Quote applecomel 25-4-2021 05:27 PM
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
        
*“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"*
Quote Budakmomok 25-4-2021 05:32 PM
Salam takziah
Quote boojaat 25-4-2021 11:04 PM
Innalillahiwainnaillahirajiun...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.055757 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top