CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mat Sentul Dapat Bantuan JKM Johor-Amal Makan Belacan Untuk Kekal Kacak

21-4-2021 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3155| Komen: 12

Description: Menghargai sumbangan besar bintang legenda ini kepada dunia seni, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor menyalurkan bantuan RM500 sebulan kepada Mat Sentul atau nama penuhnya, Abdul Rashid Yahya ya ...
 Menghargai sumbangan besar bintang legenda ini kepada dunia seni, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor menyalurkan bantuan RM500 sebulan kepada Mat Sentul atau nama penuhnya, Abdul Rashid Yahya yang kini menginjak usia 88 tahun.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail, berkata bantuan bulanan itu akan bermula Mei ini, bagi membiayai keperluan sara hidup pelawak veteran itu.


Kredit foto: Berita Harian

"Kita beri sumbangan kotak kotak makanan kepada Mat Sentul selain bantuan bulanan sebanyak RM500 mulai Mei ini.

"Pemberian ini adalah bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau dalam industri hiburan terutama perfileman.


"Mat Sentul masih sihat... Kita sama-sama doakan legenda hebat ini akan terus diberikan kesihatan baik," katanya menyampaikan bantuan di kediaman pelakon filem Mat Tiga Suku itu di Larkin, Johor Bahru, semalam.

Mat Sentul yang menjadi pengarah bagi beberapa siri filem menggunakan judul 'Mat' menetap bersama anak lelakinya, Roslee Rashid, 59.


Zaiton berkata, Mat Sentul adalah antara 11,373 penerima bantuan JKM Johor di Johor Bahru.

"Sejak Januari lalu hingga sekarang, sebanyak RM4 juta diperuntukkan setiap bulan untuk diagihkan kepada lebih 11,000 penerima," katanya.

Sementara itu, Mat Sentul yang ditemui berseloroh gemar makan belacan sebagai rahsia mengekalkan wajah tampan.

"Saya makan belacan selalu, sebab itu masih kekal 'handsome'," katanya sebaik menerima sumbangan daripada Zaiton.

Kredit foto: Berita Harian


Gelagat pelakon filem Mat Bond itu yang sentiasa ceria dengan lawak jenaka mengundang tawa Zaiton dan tetamu yang hadir.

Mat Sentul mendakwa, orang Melaka terutamanya di Tanjung Kling ramai tampan kerana selalu makan belacan.

Mengaku tidak menghidap penyakit kronik, Mat Sentul suka mengisi masa lapang dengan berjalan-jalan.

Namun, sejak akhir-akhir ini, aktiviti itu terpaksa dikurangkan kerana lututnya tidak kuat untuk berdiri.

"Saya suka berjalan-jalan. Pada Ramadan, saya suka pergi bazar untuk mencari kuih tradisional. Saya tidak suka makan kek.

"Setiap hari, anak akan temankan saya berjalan kaki ke bazar. Saya tidak suka pergi lewat petang, suka pergi awal untuk lihat gelagat orang berniaga dan membeli makanan.

"Penyakit kencing manis atau darah tinggi semuanya tidak ada, cuma lutut saya tidak kuat untuk berdiri," katanya.

Walaupun tidak lagi aktif dalam dunia seni, Mat Sentul masih giat menulis skrip berkisar kehidupannya.

"Saya rindu rakan seangkatan yang sezaman dengan saya. Saya suka buat skrip cerita lawak.

"Hendak tengok tak boleh... Rahsia," selorohnya sambil meletakkan jari di bibir.

Mat Sentul mempunyai lima anak lelaki dan 15 cucu. Isterinya, Allahyarham Jamilah Kasri, 71, meninggal dunia, Disember lalu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 21-4-2021 01:15 PM
@sharlenetexas

Pak Mat Sentul makan belacan kekal kacak katanyaa
maintain lawak
Quote noreen 21-4-2021 01:16 PM
Ni prince meed ke ni
Quote Nurul8001 21-4-2021 01:21 PM
"Menghargai sumbangan besar bintang legenda ini kepada dunia seni, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor menyalurkan bantuan RM500 sebulan kepada Mat Sentul atau nama penuhnya, Abdul Rashid Yahya yang kini menginjak usia 88 tahun."

Boleh eh mcm ni? Bagi bantuan sebab menghargai sumbangan besar pada dunia seni? Kalau mcm ni, bagilah bantuan jugak kat veteran2 perang. Sumbangan depa lagi besar kot.

Ntah apa2 lah JKM ni. Karang kalo org kecam, nak marah. Soalnya, Mat Sentul ni, layak atau tak dapat bantuan? Apa garis panduan nak tau layak atau tak tu. Kalau layak, tak apa. Ada tak org JKM kat sini yg boleh bagi pencerahan
Quote Nurul8001 21-4-2021 01:25 PM
Tabik spring pada beliau. Dah berumur, takde sakit yg popular dalam kalangan org Melayu.
Diabetes takde, Darah tinggi takda.

Moga terus diberi kesihatan yang baik.
Quote Zaien 21-4-2021 01:31 PM
membesar dgn cter2 dia.. masih sihat.. alhamdulillah..
Quote kucingitam 21-4-2021 01:41 PM
tora datang lagi...
Quote sharlenetexas 21-4-2021 01:42 PM
chandrahusin replied at 21-4-2021 01:15 PM
@sharlenetexas

Pak Mat Sentul makan belacan kekal kacak katanyaa

Thanks uols
Baca dulu2 Pak Mat kata dia banyak makan ulam dan tak makan benda2 instant ni.

Antara thread Pak Mat Sentol untuk tatapan semua

https://mforum.cari.com.my/forum ... 227053&mobile=2

Quote gundah37 21-4-2021 01:47 PM
suke tgk citee dia..klakar
Quote Themilo 21-4-2021 02:35 PM
Nurul8001 replied at 21-4-2021 05:21 AM
"Menghargai sumbangan besar bintang legenda ini kepada dunia seni, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ...

agreed.
cuba la sebut bantuan warga emas ke, bantuan orang tua ke, takde la kita sentap sangat kan? Exco punya ayat yang buatkan masyarakat selalu salah anggap, ye la nak nampak media friendly.. orang politik la katakan..
btw, dah lama tak nampak pak mat kat area larkin ni. dulu pagi-pagi akan nampak dia sarapan, weekend pula lepak kat pasar tani.
semoga pak mat diberikan kesihatan yang baik.


Quote rainbowrainz 21-4-2021 05:52 PM
Moga terus diberi kesihatan yg baik selalu...
Quote Melur1 21-4-2021 09:28 PM
Filem2 beliau best... semoga diberi kesihatan
Quote Supersirap 21-4-2021 11:24 PM
Minat dengan mat sentul ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.046156 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top