CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

KemalanganTerbabas Langgar Lopak, Nash Cedera Di Muka Dan Sakit Dada

21-4-2021 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6841| Komen: 42

Description: Penyanyi Datuk Nash terbabit kemalangan di kilometer 250.8 (arah utara), Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira pukul 4 petang, Selasa.
Penyanyi Datuk Nash terbabit kemalangan di kilometer 250.8 (arah utara), Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira pukul 4 petang, Selasa.

Nash atau nama sebenar Jamaludin Elias, 62, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Negeri Sembilan.


Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, kenderaan yang dinaiki mangsa jenis Toyota Harrier dipercayai terbabas tanpa membabitkan kenderaan lain.


Foto: Twitter

"Mangsa dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan.


"Lalu kenderaan itu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuhraya," katanya.

Mohd. Said turut memaklumkan mangsa mengalami kecederaan serta luka di muka dan sakit dada, manakala pemandunya yang merupakan seorang lelaki berumur 33 tahun hanya mengalami kecederaan luka-luka ringan.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sebelum itu, menerusi Facebook rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ada berkongsi foto maklumat mengenai kemalangan tersebut.

"Kemalangan yang berlaku petang tadi yang melibatkan lagenda rock tanah air Datuk Nash. Semoga sembuh kepada lagenda kita yang merupakan pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. APM Rembau terima kasih untuk tindakan pantas," tulis pengendali akaun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 21-4-2021 10:32 AM
Terkejut iols baca ingatkan langgar artis tu rupanya lopak air.

Semoga lekas sembuh, jalan berlobang2 membahayakan kenderaan yg lalu lalang.
Quote merrissa 21-4-2021 10:50 AM
mana lopaknya....bahaya betul

semoga lekas sembuh
Quote tipah89 21-4-2021 10:53 AM
semoga cepat sembuh dato
Quote BicaraHatiku 21-4-2021 10:58 AM
Edited by BicaraHatiku at 21-4-2021 11:00 AM
merrissa replied at 21-4-2021 10:50 AM
mana lopaknya....bahaya betul

semoga lekas sembuh

Gambar lopak takde tpi keter teruk juger noks.

[twitter]https://twitter.com/UtusanTV/status/1384465541058863106[/twitter]

Quote AshkieLa 21-4-2021 11:00 AM
syafakallah
Quote Kancilkering 21-4-2021 11:00 AM
bahaya lelaju redah lopak air ni...gini le jadik nye
Quote Skuau 21-4-2021 11:06 AM
JKR,JKR,masuk..masuk...hello....hellooo........
Quote cicicumel 21-4-2021 11:15 AM
Igtkan nelopak terkejut iols
Quote ashilalat 21-4-2021 11:16 AM
Aku baca as neelopak yg kena langgar.
Quote ezacbee 21-4-2021 11:17 AM
cicicumel replied at 21-4-2021 11:15 AM
Igtkan nelopak terkejut iols

Tula salah baca.. ingatkan bini puriz
Quote tigerads 21-4-2021 11:17 AM
kalu kat highway plus je je tuntut gantirugi kemalangan sbb lopak tu kan?? asal ada gmbr lopak, km mana....


tp speed kete sblm kemalangan tu dia ada cek x?
Quote BicaraHatiku 21-4-2021 11:20 AM
tigerads replied at 21-4-2021 11:17 AM
kalu kat highway plus je je tuntut gantirugi kemalangan sbb lopak tu kan?? asal ada gmbr lopak, km m ...

kehnn kalau lebih 120..gud bye ler...
Quote kucingitam 21-4-2021 11:21 AM
bila forumer dah biasa panggil lofa as lopak..haa..terus terkejut masing2 baca tajuk langgar lopak...hahah..
Quote newme11 21-4-2021 11:28 AM
ingat kan dia langar Lopa….Lopak rupanya
Quote tootii 21-4-2021 11:30 AM
nash langgar lopak .. lopak langgar sop hahaha
Quote BicaraHatiku 21-4-2021 11:33 AM
tootii replied at 21-4-2021 11:30 AM
nash langgar lopak .. lopak langgar sop hahaha

dan piyu melangkawi?
Quote tootii 21-4-2021 11:36 AM

haha .. piyu langgar lopak balik di malam hari laaa
Quote Brunes 21-4-2021 11:51 AM
siyes aku fikir dia langgar nelopak hahahahahahaha
Quote yeos 21-4-2021 12:02 PM
Semoga cepat sembuh Datuk Nash..

iolls baru tau dia dah bergelar Datuk

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.066870 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top