CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejar Apa Solat Tarawih Sepantas Kilat Macam Tu?

21-4-2021 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12130| Komen: 64

Description: Umat Islam diingatkan supaya tertib dan khusyuk dalam melaksanakan solat tarawih di masjid, surau, madrasah atau di mana-mana tempat sekalipun.
Umat Islam diingatkan supaya tertib dan khusyuk dalam melaksanakan solat tarawih di masjid, surau, madrasah atau di mana-mana tempat sekalipun. 

Lapor Republika, Setiausaha Direktorat Jeneral, Bimbingan Masyarakat Islam, Kementerian Agama, Muhammad Fuad Nasar memberi peringatan itu susulan muncul lagi berita mengenai ibadah tersebut yang dilakukan sepantas kilat. 



Gambar hiasan/TIMES Indonesia

“Memang semua jemaah digalakkan menunaikan solat tarawih dalam masa yang singkat bagi mengelak penularan Covid-19.

“Namun, itu tidak bermakna jemaah boleh melanggar hukum dan tertib solat yang sewajarnya,” kata Muhammad Fuad.

Malahan, beliau menegaskan solat tarawih secara berjemaah yang dilakukan sepantas kilat perlu dihentikan dan ditunaikan secara tertib.

Muhammad Fuad berkata, ibadah solat harus dihayati dan setiap bacaan perlu difahami kerana solat bukan semata-mata ibadah rohaniah tetapi juga merupakan ibadah jasmani. 


“Solat tarawih bukan sekadar formaliti dalam rangka mengisi malam Ramadan, tetapi sebuah rangkaian ibadah sunnah yang sangat dianjurkan dengan penuh kemuliaan. 

“Solat bukan tradisi tetapi ibadah ubudiyah yang memiliki tatacara bersesuaian petunjuk Nabi Muhammad SAW,” ujarnya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 19-4-2021 12:38 AM
Cerita yang sama setiap ramadhon.
Quote Heydidle 19-4-2021 01:46 AM
Sah ke tidak tolak tepi hhmmm yendonnn
Manalah solat tu nak beri kesan pada hati n sikap kita dgn cara mcm tu
Quote isseliparjepun 19-4-2021 04:49 AM
Tapi ramai anak muda mulai rajin bertarawih. Orang muda memangnya suka cepat cepat ya. Dulu pun I pernah tengok video ni, tapi zaman tu tak ada penjarakan sosial lagi. Ni dah ada penjarakan. Maksudnya every year memang beginilah mereka solat. Pantess.
Quote darkness 19-4-2021 05:06 AM
Berita biasa dr indon
Quote darkness 19-4-2021 06:31 AM
Berita biasa dr indon
Quote rosmahisham 19-4-2021 06:52 AM
Nak kejar ape la laju mcm tu. huru hara yg kat belakang tu nk di ikut lg tiap2 tahun..tok imam pon dh mcm nk tersungkur..baik makmumnye solat balik kat rumah..
Quote putericahaya999 19-4-2021 07:01 AM
Setiap tahun pun sama
Quote Decaffeinated 19-4-2021 07:16 AM
Cerita recycle. Simpan elok2 thread ni. Tahun depan up kan balik.
Quote zidane_ziege 19-4-2021 07:26 AM
Kerja sia sia buat penat badan..
Quote helicornia 19-4-2021 07:44 AM
berita wajib keluar tiap  ramadan
Quote copy_paste 19-4-2021 07:49 AM
baik xyah tarawih kalau mcm tu,buat penat je
Quote Boomibulat 19-4-2021 07:58 AM
Harap tahun dpn blh perbaiki rekod ..23 rakaat bawah 5 minit..
Quote DayangKirana 19-4-2021 08:14 AM
cerita sama..bideo nya aja yang lain.
amalan kebiasaan turun temurun katanya..
Quote tagas 19-4-2021 08:15 AM
nak cipta guiness world record

hujung2 nak kiamat esok ade yg bleh smpai seminit
Quote taji2906 19-4-2021 08:21 AM
lepak mentedarah moreh boleh plak sampai 60minit.
nk terawih laju2 6 minit je. hawau indon
Quote mclaren 19-4-2021 08:26 AM
Ya rabbi if nak elak covid sgt buat je lah kat rumah dgn sempurna?? Jemaah anak beranak kat rumah.

Tak boleh nak hadam how 23 rakaat boleh complete dlm 6 minit? Yg wajib baca dgn tajwid dan tartil is alfatihah, 2 x 10 kali. Lps tu tahiyyat akhir wajib baca rukun solat 10 kali. Campur  witir lagi. Eh... boleh ke siap?
I cannot.
Quote cmf_almondpecan 19-4-2021 08:29 AM
Sempat ke baca fatihah tu?
Quote ashilalat 19-4-2021 08:44 AM
Aku rengsa gak kalau tarawih lama2 sangat, baca suroh panjang2, tp kalao 6 menet complete mcm melampau sangat cepatnya.
Quote AnBulisia 19-4-2021 08:46 AM
tahniahlah
tahun sebelumnya 7 minit - 23 rakaat
tahun ni berkurang 6 minit - 23 rakaat

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.112670 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top