CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Meruntun Hati - Tengku Norashikin Menangis Buat Rakyat Sebak

21-4-2021 02:26 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 12768| Komen: 37|Original author: Oleh: rikuren

Description: Melalui Laman Rasmi Facebook Selangor Royal Official, ayahanda kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Allahyarham Haji Abdul Rahman Bin Baba telah mening ...


Melalui Laman Rasmi Facebook Selangor Royal Official, ayahanda kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, Allahyarham Haji Abdul Rahman Bin Baba telah meninggal dunia pada jam 3.40 pagi, 20 April 2021 (Selasa) kerana sakit tua di kediamannya di Shah Alam.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.


Loading FB Post...

Beberapa foto yang dikongsikan laman rasmi tersebut mengundang sebak warga maya. Gambar Tengku Permaisuri Norashikin yang kelihatan begitu sedih sehingga mengalirkan air mata tular di media sosial selepas baginda kehilangan ayahanda tercinta, Tuan Haji Abdul Rahman Baba,89 semalam.







Foto yang dirakamkan petugas media dan istana di majlis pengebumian ayahanda Tengku Norashikin meruntun hati warga maya. Dalam pada itu, mereka turut menitipkan ucapan takziah buat Tengku Norashikin dan keluarga diraja atas pemergian Allahyarham.


Meruntun Hati - Tengku Norashikin Menangis Buat Rakyat Sebak

Sebagai info dipetik dari Murai, allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak. Tengku Norashikin merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. 


Kredit foto - Facebook Selangor Royal Official via murai.my

Allahyarham yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur pernah berkhidmat bersama Askar Melayu berpengkalan di Kem Terendak, Melaka. 

Salam takziah kepada Tengku Permaisuri Norashikin dan keluarganya. Semoga tabah dengan kehilangan ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 21-4-2021 02:37 PM
aku tengok Permaisuri menangis kat pic tu, aku pun ikut sebak jgk
Quote cap_ayam 21-4-2021 03:15 PM
Datuk TPS dari Melaka ke.. nama Baba biasa orang Melaka.
Quote Itzy 21-4-2021 03:22 PM
lepas tengok pic arwah yg last, aku pun rasa sebak juga
Quote nazzse 21-4-2021 03:27 PM
Suka tengok TPS sejak puasa ni. Bertudung bawal cerut depan & tanpa makeup, simple yg lawa.
Quote adda001 21-4-2021 03:42 PM
teringat arwah ayah, lahir tahun 1935, meninggal dunia pada 8 ramadhan tahun 2003.
Quote lavendernovella 21-4-2021 04:54 PM
Traumatic sgt, hilang ayah, takder galang ganti. Sampai skg iol masih berduka semenjak kepulangan ayah ke rahmatullah. 9 tahun dah. Its not easy, tapi kena redha.
Quote LadyCarefree 21-4-2021 04:59 PM
Ayahnya hidup till 89.
Dapat tengok anak jd permaisuri.
Tanam pun makan di raja.

Good ending if not a great life before that.

Not many dapat macam ni.

Tak #dengkike tapi taklah sampai nak menangis

Quote Carcosa 21-4-2021 05:10 PM
Adoi lah. Me'ols pun ter nangis sama
Quote Tinot7 21-4-2021 05:13 PM
Takziah...
Quote matjerk 21-4-2021 07:21 PM
LadyCarefree: Ayahnya hidup till 89.Dapat tengok anak jd permaisuri. Tanam pun makan di raja. Good ending if not a great life before that. Not many dapat macam ni.  ...

Sebak baca komen ni.... good ending in deeed.
Quote epuepy 21-4-2021 09:37 PM
Queen ni tetap cantik Walaupon tgh sedih. Kalo aku mata dh bengkak menangis  Walaupon tutup pakai mask
Quote Mary_jane 21-4-2021 09:49 PM
Salam takziah buat Permaisuri. Rasa sebak sama.
Quote cikanggun 22-4-2021 05:36 AM
Sembah takziah tengku permaisuri...


bila lah nak jadik jd permaisuri agong.. sedap sikit mata memandang... netizen rengsek btol dgn #dengkike skrg ni..dasar berpura2 btol macik tu {:yameteh
Quote awekjepun 22-4-2021 06:00 AM
cikanggun replied at 22-4-2021 05:36 AM
Sembah takziah tengku permaisuri...



Mgkin akan lebih memahami rakyat marhen sbb queen dulu pun ayah keja askar je.. so taraf hidup pun biasa2 ja agaknya zaman kanak2.
Quote cikanggun 22-4-2021 06:11 AM
awekjepun replied at 22-4-2021 06:00 AM
Mgkin akan lebih memahami rakyat marhen sbb queen dulu pun ayah keja askar je.. so taraf hidup pun ...

No doubt. Unlike #dengkike mmg lahir2 atas dulang emas/balak.. mana pernah rasa susah mcm marhaen. TPS commoner, mungkin akan lebih memahami rakyat jelata.
Quote zuliana29 22-4-2021 08:10 AM
Salam takziah buat tengku permaisuri dan keluarga.

sebak tgk gambar. terkenang arwah bapak yg telah  meninggal 2 tahun lepas, 30 ramadan, sehari sebelum raya 2019.
al-fatihah buat mereka yang telah pergi..
Quote mendeluk 22-4-2021 09:44 AM
cikanggun replied at 22-4-2021 05:36 AM
Sembah takziah tengku permaisuri...



rengsek btol..
makin galak upload bukan2 nonsense stuff..
facepalm.. padan rakyt marhaen sekarang ini tak hormat theyols
Quote tipah89 22-4-2021 10:40 AM
LadyCarefree replied at 21-4-2021 04:59 PM
Ayahnya hidup till 89.
Dapat tengok anak jd permaisuri.
Tanam pun makan di raja.

Betul... me oll sebak tengok lagi2 part yg dia cium tu, sbb dpt rasa kasih syg seorang anak kepada bapanya...terus teringat kat mak ayah me oll kt umah. mujur dekat.

Quote Analisaxx 22-4-2021 10:50 AM
Takziah TPS. Sebak...siapa yang pernah lalui  tau lah sedihnya macam mana

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.112375 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top