CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Benda Macam Ni Sakitkan Hati Saya!" - Apa Yang Marah Sangat Tu Mat Dan?

15-4-2021 11:47 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3742| Komen: 2|Original author: Oleh: LilRose

Description: Isu membuang sampah merata-rata bagai tidak berkesudahan. Sudah banyak kali disuarakan, namun masih ada segelintir masyarakat membuang sampah di tepi jalan.
Isu membuang sampah merata-rata bagai tidak berkesudahan. Sudah banyak kali disuarakan, namun masih ada segelintir masyarakat membuang sampah di tepi jalan.


Kredit foto: IG


Terbaru, Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah meluahkan rasa kesal selepas melihat pemandu sebuah kereta di hadapannya melempar pelitup muka di tepi jalan.

Katanya, ketika kejadian dia sedang menghantar anaknya ke sekolah.

"Benda-benda macam ni sakitkan hati saya!!!" tulisnya di ruangan kapsyen bersama sebuah video.



Kelihatan pengacara itu betul-betul marah dengan kejadian berkenaan kerana menurutnya, anak-anak sudah diberi pendedahan mengenai mata pelajaran sivik dan cara penjagaan alam sekitar namun, masyarakat sendiri menayang sikap tidak baik ini.



Betullah kata Mat Dan, dah tahun 2021 tapi mentaliti kebanyakan masyarakat masih 'mentaliti mundur'.

Itu baru pelitup muka, belum lagi lampin bayi dan pelbagai sampah lain yang tidak sepatutnya dilempar dari tingkap kereta. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 15-4-2021 03:56 PM
Itu la mentaliti manusia ni x sama... kan bgus klu smua org ada kesedaran sivik yg tinggi dlm diri tu...
Quote NekNgah 16-4-2021 02:34 PM
Baru semalam nampak dua abangla berpayung di bawah hujan kotaraya Kuala Lumpur mencampakkan satu bag plastik putih ke dalam sungai.

Baru nak jerit, satu ahpek berseluar dan bertopi merah dah jerit dulu.  Lama jugalah dapat syarahan percuma tepi jalan di dalam hujan gerimis.

Puas hati.  Thank you uncle berseluar dan bertopi merah.  Kalau Ngah setakat jerit ajelah, takut juga nak berhadapan dua orang abangla.  Suami pun lambat pula tiba.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.046936 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top