CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulianya Hati- Tolak Pampasan RM3 Juta Lebih Pampasan Derma Hati

15-4-2021 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1914| Komen: 4

Description: Jeddah: Seorang lelaki layak digelar insan berhati mulia kerana menolak pampasan bernilai tiga juta Saudi riyal (kira-kira RM3.3 juta) untuk mendermakan sebahagian hati kepada seorang ahli perniagaan.
Jeddah: Seorang lelaki layak digelar insan berhati mulia kerana menolak pampasan bernilai tiga juta Saudi riyal (kira-kira RM3.3 juta) untuk mendermakan sebahagian hati kepada seorang ahli perniagaan.


Sebaliknya, dia memilih mendermakan satu buah pinggangnya kepada seorang gadis yatim piatu tanpa sebarang balasan.

Gulf News melaporkan, dalam temu bual di stesen televisyen, Ali Al Daba'an berkata, beliau ketua pegawai eksekutif organisasi amal di Hail dan gadis itu antara yang ditaja organisasi berkenaan.


Foto: Harian Metro

"Kami membawa Aisyah ke pusat dialisis. Saya bertanya lebih banyak maklumat mengenai kesihatannya dan selepas meneliti failnya, saya memutuskan untuk mendermakan satu buah pinggang kepadanya.


"Namun, saya dihubungi seseorang bagi pihak ahli perniagaan yang mencari penderma hati.

"Saya setuju melakukannya jika diizinkan doktor kerana pada masa sama saya merancang menderma satu buah pinggang kepada Aisyah," katanya.

Ahli perniagaan itu memperuntukkan tiga juta Saudi Riyal untuk mendapatkan sebahagian hati Ali, namun ditolak.

"Saya menolak mengambil wang kerana saya tidak meminta apa-apa kecuali pahala daripada Allah SWT.

"Doktor memberitahu saya hanya boleh derma satu organ, dan tanpa ragu-ragu, saya pilih dermakan satu buah pinggang kepada Aisyah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 15-4-2021 12:33 PM
Harap.. Lepas aku meninggal nanti.. Semua organ yg aku derma.. Boleh digunakan dan bantu org yg mendpt organ aku tu jalani hidup dgn bahagia bersama keluarga tersayang.
Quote GigaMom 15-4-2021 01:27 PM
sarah82 replied at 15-4-2021 12:33 PM
Harap.. Lepas aku meninggal nanti.. Semua organ yg aku derma.. Boleh digunakan dan bantu org yg mend ...

Aamiin
Ai sokong pendermaan organ lepas mati
Dh mati x guna dh semua organ tu
Baikla beramal jariah, free pula kita dpt organ tu semasa hidup
Tapi ramai yg masih fikir pasal kesempurnaan anggota tubuh dalam kubur.
Quote sarah82 15-4-2021 01:36 PM
GigaMom replied at 15-4-2021 01:27 PM
Aamiin
Ai sokong pendermaan organ lepas mati
Dh mati x guna dh semua organ tu

Tu la... Harap Allah tunaikan hasrat yg satu ni bila dah meninggal dunia.. Dah lebih 20 tahun jadi penderma organ yg berdaftar.
Quote gigahertz 16-4-2021 05:22 AM
GigaMom replied at 15-4-2021 05:27 AM
Aamiin
Ai sokong pendermaan organ lepas mati
Dh mati x guna dh semua organ tu

bukan ke mayat / jenazah di cop part by part tu buat roh kesakitan ?
kalau di buat sewaktu hidup mesti sudah di bius.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.047599 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top