|
View: 1518|Reply: 3
|
Mulianya Hati- Tolak Pampasan RM3 Juta Lebih Pampasan Derma Hati
[Copy link]
|
|
|
Jeddah: Seorang lelaki layak digelar insan berhati mulia kerana menolak pampasan bernilai tiga juta Saudi riyal (kira-kira RM3.3 juta) untuk mendermakan sebahagian hati kepada seorang ahli perniagaan.
Sebaliknya, dia memilih mendermakan satu buah pinggangnya kepada seorang gadis yatim piatu tanpa sebarang balasan.
Gulf News melaporkan, dalam temu bual di stesen televisyen, Ali Al Daba'an berkata, beliau ketua pegawai eksekutif organisasi amal di Hail dan gadis itu antara yang ditaja organisasi berkenaan.
 Foto: Harian Metro
"Kami membawa Aisyah ke pusat dialisis. Saya bertanya lebih banyak maklumat mengenai kesihatannya dan selepas meneliti failnya, saya memutuskan untuk mendermakan satu buah pinggang kepadanya.
"Namun, saya dihubungi seseorang bagi pihak ahli perniagaan yang mencari penderma hati.
"Saya setuju melakukannya jika diizinkan doktor kerana pada masa sama saya merancang menderma satu buah pinggang kepada Aisyah," katanya.
Ahli perniagaan itu memperuntukkan tiga juta Saudi Riyal untuk mendapatkan sebahagian hati Ali, namun ditolak.
"Saya menolak mengambil wang kerana saya tidak meminta apa-apa kecuali pahala daripada Allah SWT.
"Doktor memberitahu saya hanya boleh derma satu organ, dan tanpa ragu-ragu, saya pilih dermakan satu buah pinggang kepada Aisyah," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 15-4-2021 12:33 PM
Harap.. Lepas aku meninggal nanti.. Semua organ yg aku derma.. Boleh digunakan dan bantu org yg mend ...
Aamiin
Ai sokong pendermaan organ lepas mati
Dh mati x guna dh semua organ tu
Baikla beramal jariah, free pula kita dpt organ tu semasa hidup
Tapi ramai yg masih fikir pasal kesempurnaan anggota tubuh dalam kubur. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
GigaMom replied at 15-4-2021 01:27 PM
Aamiin
Ai sokong pendermaan organ lepas mati
Dh mati x guna dh semua organ tu
Tu la... Harap Allah tunaikan hasrat yg satu ni bila dah meninggal dunia.. Dah lebih 20 tahun jadi penderma organ yg berdaftar. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|