CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Masalah Langsung, Erra Fazira Masih Bertegur Dengan Bekas-Bekas Suami

15-4-2021 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9618| Komen: 27

Description: Meski pernah melalui fasa penceraian sebanyak dua kali sebelum ini, pelakon dan pengacara Erra Fazira memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi dengan mereka.
Meski pernah melalui fasa penceraian sebanyak dua kali sebelum ini, pelakon dan pengacara Erra Fazira memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi dengan mereka.


Malah masing-masing masih menjalinkan hubungan yang baik atas dasar profesionalisme dan komitmen kerjaya.   

Jelas Erra, dia pada masa sama turut menghormati dua bekas suaminya itu yang kini sudah memiliki kehidupan sendiri.


Foto: IG

“Saya tiada masalah, malah tetap baik dengan bekas suami kerana saya seorang yang menghormati perjalanan kehidupan baru orang lain. Jadi saya tak ada campur sangat.

“Cumanya kalau ada berjumpa dan sebagainya, saya okey, baik dan boleh sahaja untuk bertegur sapa.


“Cumanya saya tiada berhubung selalu dengan mereka kerana saya hormat kehidupan orang lain,” katanya kepada MH.



Imbas kembali, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun telah berpisah pada tahun 2006.

Selepas itu, Erra mendirikan rumah tangga bersama dengan Engku Emran pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini sudah berusia 12 tahun.



Bagaimanapun, rumah tangga Erra sekali lagi gagal apabila telah disahkan bercerai dengan Engku Emran pada tahun 2014. -CARI

Sumber: Media Hiburan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aderaderker 15-4-2021 01:06 PM
Bekas suami, dua
Bekas tunang, sorang
Bekas boyfriend,  yg aku tau 2 orang.

Alhamdulillah,  erat silaturrahim mereka
Quote sarah82 15-4-2021 01:10 PM
Aku selalu ingat Erra ada seorg saja bekas suami iaitu merang..
Quote Cik_jantung 15-4-2021 01:32 PM
Cantiknyaaa Erra... positif jer dia
Quote TerataiMelur02 15-4-2021 01:34 PM
Terbaik ratu...
Quote hannan_rayyan 15-4-2021 02:07 PM
ada tgk ig Datin Lisa thanked Erra for sending her face mask yg Erra jadi duta tu, lisa panggil Erra tu kak Erra
Quote markonahlah 15-4-2021 02:39 PM
Dia dgn umie aida dah berbaik?
Quote yeos 15-4-2021 02:45 PM
suka tgk Erra.. cantik & positive je vibes dia...

All the best Erra
Quote AshkieLa 15-4-2021 02:54 PM
markonahlah replied at 15-4-2021 02:39 PM
Dia dgn umie aida dah berbaik?

dah kan..
hari tu besday ratu si dukun wish..
cuma mungkin gitu2 jela..
no more manja2 dengan gelaran makcik makcik mcm dulu..
Quote makcun14 15-4-2021 05:00 PM
Tak lupa jugak norman hakim yang crush kat erra fazira hingga ke hari iniehhh tak move on.
Cinta matikk yang di whoare youse secara sopan oleh Sang Ratu hahaha
Quote Zeatyisaac 15-4-2021 05:04 PM
Dengan Hans?
Quote sofyayra 15-4-2021 05:55 PM
Tetap nampak Erra ngan TokWi sherasi bersama. Tapi tokwi pun dah bahagia ngan TinD
Quote chandrahusin 15-4-2021 07:11 PM
Bagus Erra kekal positif
Quote kiah_mai_pulak 15-4-2021 07:25 PM
dgn shahir hilang tu dh break ke still on?
Quote helicornia 15-4-2021 07:49 PM
Zeatyisaac: Dengan Hans?

dgn hans, awie dia baik je kan.siap penah buat konsert sekali dorang kt astro warna. afdlin pun ada
Quote LemonGourmand 15-4-2021 08:10 PM
makcun14 replied at 15-4-2021 05:00 PM
Tak lupa jugak norman hakim yang crush kat erra fazira hingga ke hari iniehhh tak move on.
Cinta ma ...

kenapa Ratu whoareyousss kan Norman Jakim? Hensem kottt Norm masa zaman filem Pasrah
Quote uori 15-4-2021 08:17 PM
alahai canteknya si ratu nihh
Quote Joysparta 15-4-2021 09:03 PM
Bagus erra ni..move on terus lps penceraian..n masih hormat life ex2 nya...the past is past
.this kind of people yg i salute..bukan mencapub meroyani hidup ex2 dan xmove on2 sampai anak2 dah besar panjang...
Quote kaedahnya 15-4-2021 11:31 PM
AshkieLa: dah kan..hari tu besday ratu si dukun wish..cuma mungkin gitu2 jela..no more manja2 dengan gelaran makcik makcik mcm dulu..
umie repost wish time sebelum gaduh. umie macam rindu time depa baik dulu. erra tataulah.
Quote maxim 15-4-2021 11:35 PM
kaedahnya replied at 15-4-2021 11:31 PM
umie repost wish time sebelum gaduh. umie macam rindu time depa baik dulu. erra tataulah.

nape dorg gaduh

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.137193 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top