CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sanggup Derma Sebelah Buah Pinggang, Along Eyzendy Terharu Pengorbanan

15-4-2021 09:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9841| Komen: 29|Original author: Raline

Description: Sinonim dengan watak lucu, pelakon, Along Eyzendy dikhabarkan sedang menderita penyakit buah pinggang. Ketika pemer ...




Sinonim dengan watak lucu, pelakon, Along Eyzendy dikhabarkan sedang menderita penyakit buah pinggang. Ketika pemeriksaan kesihatan pada tahun 2019, Along dimaklumkan buah pinggangnya rosak dan hanya 19 peratus berfungsi.

Bakal menjalani pembedahan buah pinggang, Along menerusi hantaran di Facebook meluahkan rasa terharu dengan pengorbanan isteri, Hamidah Mohd Yatim yang sanggup mendermakan sebelah buah pinggang kepadanya.



Ramadhan 2. Hari ke 5 untuk aku hari ke 3 untuk Amy Eyzendy dalam wad 7b Hospital Selayang. Dah bermacam-macam jenis doktor pakar datang untuk membuat penerangan secara detail. Dari pakar bius, pakar bedah, pakar buah pinggang, pakar transplant dan beberapa doktor pakar yang lain. Dari penerangan atau briefing dari diorang boleh la disimpulkan bahawa esok pagi selepas subuh kami akan menjalani ‘major operation’ aku tengok bini aku relax je dia…

Mengakui agak berdebar menunggu hari untuk dibedah, Along kagum melihat semangat dan kecekalan isteri yang nampak ‘biasa’. Padanya, mungkin isteri sudah tidak takut memandangkan tiga kali melahirkan anak secara pembedahan.

Tapi nasihat bini aku tak yah fikir just tawakal dan lalu je. Macam dia. Aku cuba, tapi 5 minit kemudian aku pikir balik. Memang berbeza la aku dengan dia. Dia lebih kuat lebih cekal dan lebih positif. Kalau tak dia takkan ambil keputusan yang sangat besar dengan mendermakan sebelah buah pinggangnya pada aku. Suatu keputusan yang belum tentu semua orang mampu untuk melakukannya. Termasuk aku. Aku sangat bertuah alhamdullilah. Mohon kalian doakan keselamatan kami berdua menghadapi ujian ini.

Namun apa yang pasti, dia sangat bertuah kerana memiliki isteri yang sanggup berkorban untuknya. Meluahkan rasa syukur, Along memohon orang ramai mendoakan keselamatan mereka dalam menghadapi ujian Allah SWT.

SUMBER : eyzendy aziz









Ramai yang mendoakan Along Eyzendy selepas kehilangan buah pinggang...





Mohd Eyzendy bin Mohd Aziz atau lebih terkenal sebagai Along Eyzendy (lahir 12 Oktober 1979) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal menerusi peranan di televisyen dan filem.

Kerjaya lakonan

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Along Eyzendy terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai peniup trumpet. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran dalam jurusan muzik di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Kerjaya lakonannya bermula pada 2003 menerusi filem arahan Nam Ron, Gedebe yang turut dibintangi oleh Zul Huzaimy dan Soffi Jikan. Tiga tahun kemudian, beliau muncul dalam drama penyiasatan CID 3278 terbitan Rosyam Nor menerusi Suhan Movies & Trading, lakonan bersama Allahyarham Faizal Yusof dan Salina Saibi.

Pada tahun 2008, beliau berlakon bersama Bienda dan Danny X-Factor dalam filem Budak Kelantan arahan Wan Azli Wan Jusoh. Along memegang watak sebagai Rosman, seorang pemandu van jenazah dalam filem seram yang meraih kutipan pecah panggung, Khurafat: Perjanjian Syaitan arahan Syamsul Yusof,diikuti oleh satu lagi filem seram, iaitu Karak arahan Yusry KRU.Kedua-dua filem ini ditayangkan pada 2011.



Eyzendy kemudian bekerjasama dengan Pierre Andre menerusi dua filem arahannnya, Cerita Kita dan 1 Lawan Satu yang kedua-keduanya dikeluarkan pada 2013. Tiga tahun kemudian, beliau berlakon di samping kumpulan Zero dalam filem Lu Mafia Gua Gangster arahan Krishna Roy yang turut dibintangi oleh Jalaluddin Hassan dan Zack Taipan.

Selain sebagai pelakon, Along berkhidmat sebagai pensyarah untuk Teater Tradisional Makyong di ASWARA.


Baru-baru ini Along Eyzendy telah mengidap penyakit buat pinggang, menurut video dia atas Along Eyzendy  menceritakan sedikit kesan selepas pembedahan buang buah pinggang. Patut lah macam lama menyepi... ramai yang mendoakan semoga Along Eyzendy sihat sepenuhnya. Tapi bila cakap pasal buah pinggang ni ngeri la....

Komen di youtube :

Syaza Mika
4 days ago
Paling cepat untuk terima serangan buah pinggang dengan mencuba pil kurus. Benda tu memang murah dan berkesan dengan cepat. Kalau siapa2 dalam komen ni ada ambil minta henti segera.

razali azli
1 week ago
Along dah semakin kurus. Tetap semangat dan semoga Allah memberi kesihatan yg baik kpd along dan tok ayah. Amin.. 🤲



Hayya Alal Falah Channel
1 week ago
Semoga Allah kurniakan kesihatan kepada Along .... jom kita sama sama jaga kesihatan dan pemakanan kita...tq atas perkongsian info ..

AmeQ HummeQ
1 week ago
Along aku tak ingat cerita apa dia belakon dgn arwah shukeri hashim..hat depa nak pi kawen lain..lawak cerita tu..semoga along kembali sihat bertenga..aminnn..


faiezzz
5 days ago
Saya cadangkan 4 jam tu boleh digunakan untuk mendekatkan diri dengan Allah seperti menghafal Al Quran agar masa menunggu itu memberi manfaat. InshaaAllah semoga Allah berikan kesihatan buat semua

-raline
Sumber Youtube & Wiki



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silampumeja 15-3-2021 07:44 PM
Tengok dalam channel tok ayah si namron , interview dia ... Diagnos je terus dah tahap 5. Tgh tnggu buat transplant bulan 4. Dia duk syukur cakap ngam dia dapat offer jd pengajar aswara... Then sekarang dia buat bsness daging masak hitam , cuma macam agak pricey paket kecik RM25. 90. Buat travel memang sedaplah...
Quote rajamoney 15-3-2021 08:15 PM
along ni lawak gak blakon komedi londeh dulu

qazem nor jd abg dia mat poyo bakal loyer
Quote Raline 15-3-2021 08:19 PM
silampumeja replied at 15-3-2021 07:44 PM
Tengok dalam channel tok ayah si namron , interview dia ... Diagnos je terus dah tahap 5. Tgh tnggu  ...

sedap paste dia... da beli
Quote silampumeja 15-3-2021 08:25 PM
Raline replied at 15-3-2021 12:19 PM
sedap paste dia... da beli

Oh dah beli ya... Boleh lah try nanti.
Quote awex^returns 15-3-2021 08:32 PM
aku notice dia start dia berlakon yang citer volswagen kuning ngan kila fairy tu
ada shahir af tu sekali
lupa pulak tajuk
karak ke apa lah

then rupanya dia ni duk kat JB ni
banyak kali aku jumpa masa bazaar ramadhan
humble dan rajin budak ni dari mata kasar aku la

semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan semua urusannya
Quote Guccibamboo 15-3-2021 08:35 PM
Semoga dipermudahkan urusan nya....kesihatan kita ialah nikmat yg terbesar...jgn lupe kite bersyukur
Quote slyfynx 15-3-2021 08:48 PM
Tahap 5 mmg kaput terus buah pinggang.
Xleh pakai.
Kene transplant, jd buah pinggang ketiga.
Quote sukacactus 15-3-2021 09:07 PM
Kisahnya....patut la xdgr citer
Semoga urusan dipermudahkan Allah hendaknya
Quote azimodin 15-3-2021 10:08 PM
Meouls teringat satu drama dia berlakon jadi suami norkhiriah, tajuk dia samosa hangit. Mmg lawak citer tu. Dalam citer tu pak mertua dia x restu dia kawen sebab dia orang asli (kalau x silap la). Pastu dia goreng samosa, pak mertua dia makan sampai habis. Selalu gak nampak muka dia ni dalam telemovie sebelum musim covid
Quote Raline 15-3-2021 10:14 PM
slyfynx replied at 15-3-2021 08:48 PM
Tahap 5 mmg kaput terus buah pinggang.
Xleh pakai.
Kene transplant, jd buah pinggang ketiga.

bila tgk story ni aku cpt2 g kencing takut ada ciri2 buah pinggang rosak
Quote Lengkong 15-3-2021 10:15 PM
Semoga cepat sembuh dan murah rezeki...Aminn

Quote LadyCarefree 16-3-2021 12:03 AM
Semoga okay je dengan satu buah pinggang.
Quote Raline 16-3-2021 12:38 PM
LadyCarefree replied at 16-3-2021 12:03 AM
Semoga okay je dengan satu buah pinggang.

normal ke ada 1 je buah pinggang? rasa ngilu plak
Quote Manjahati 16-3-2021 12:43 PM
Moga dipermudahkan ye..
Quote haryatie 16-3-2021 12:46 PM
smoga cpt sembuh, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki
Quote nowhite 16-3-2021 01:05 PM
Semoga sihat dan dipermudahkan urusan
Quote Atiesha 16-3-2021 01:18 PM
Semoga cepat sihat dan dipermudahkan urusan
Quote cap_ayam 16-3-2021 07:55 PM
selamat menjalani transplan.. semoga sihat kembali inshaAllah.
Quote Entahlah.Babe 16-3-2021 08:14 PM
semoga dipermudahkan segalanya untuk dia. Kelako dia ni berlakon

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.066753 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top