CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cik B Sedih Terkenang Dua Abang Meninggal Akibat Kebakaran

6-4-2021 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2449| Komen: 1

Description: Menjelang Ramadan, penyanyi dan pelawak, Cik B berkongsi kenangan sedih tragedi dua abangnya, Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Allahyarham Muhammad Edrie Zikrie yang meninggal dunia dal ...
Menjelang Ramadan, penyanyi dan pelawak, Cik B berkongsi kenangan sedih tragedi dua abangnya, Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Allahyarham Muhammad Edrie Zikrie yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di Ipoh, Perak pada 2013.


Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, berkata, dia sentiasa mengingati dua abangnya itu lebih-lebih lagi apabila mereka sering memasak makanan untuknya ketika bersahur. 


Foto: IG

"Mereka selalu masakkan juadah untuk sahur dan selalu kejutkan saya. Kalau saya tak sihat, mereka akan suapkan bubur dan sup untuk saya," katanya yang juga anak kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida.

Bercerita mengenai kejadian yang berlaku tiga hari sebelum Aidilfitri itu, Cik B berkata, ketika itu Eddie dan Edrie yang masing-masing berusia 11 dan 10 tahun memakai baju baru yang sepatutnya dipakai pada Aidilfitri.




"Mereka memakai baju raya. Memang nampak sangat teruja. Bukan saja baju, abang Edrie juga memakai jam tangan barunya. Kedua-duanya memang sangat kacak," katanya.

Pada hari kejadian, Cik B yang ketika itu berusia lapan tahun bersama adiknya, Kacak turut berada di rumah yang didiami pekerja ibu mereka itu.


"Ketika itu, saya berada di luar bersama Kacak sebab malu nak masuk ke dalam rumah memandangkan ia adalah rumah bujang untuk pekerja-pekerja mama. Tiba-tiba saya nampak ada abu berterbangan dan mula nampak kepulan asap dari satu sofa yang sedang terbakar.

"Apabila nampak rumah mula terbakar, saya lari ke pengawal keselamatan dan beritahu bahawa ada kebakaran. Jiran pun ada yang datang membantu.

"Saya masih ingat lagi pekerja-pekerja mama mula menggunakan tilam untuk terjun ke bawah dari tingkat atas. Ada antara mereka yang patah kaki akibat terjatuh," katanya.

Menurutnya, pekerja juga cuba menyelamatkan kedua-dua abangnya, namun mereka tidak berani untuk terjun.




"Mereka takut untuk terjun, jadi mereka berlari ke tandas. Di situlah jasad mereka ditemukan dalam keadaan dipeluk seorang pekerja mama yang turut meninggal dunia. Mereka bukan meninggal dunia kerana terbakar, tapi kerana lemas dalam asap tebal," katanya.

Menurutnya, dia yakin sekiranya mereka masih ada, tentunya sambutan Aidilfitri akan lebih meriah setiap tahun.

Terbaru, Cik B kini bergelar duta Skuad Lembaran Baharu Astro bersama barisan selebriti lain antaranya, Elly Mazlein, Alif Satar, Radin Era, Dina Nadzir dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.380422 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top