CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Katy Perry Terlampau Sibuk Dengan Anak, Sampai Tak Sempat Cukur Bulu Kaki

6-4-2021 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3007| Komen: 3

Description: Semenjak bergelar ibu pada Ogos tahun lalu, penyanyi Katy Perry mengakui dia terlalu sibuk menguruskan anaknya sampai tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.
Semenjak bergelar ibu pada Ogos tahun lalu, penyanyi Katy Perry mengakui dia terlalu sibuk menguruskan anaknya sampai tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

Malah menurut penyanyi lagu Firework itu, secara berseloroh berkata sehingga ke saat ini dia tidak mempunyai masa untuk mencukur bulu kakinya seperti mana yang sering dilakukannya sebelum ini.


Foto: IG

"Sebagai seseorang yang baharu memegang gelaran ibu, saya akui memang tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

"Sampaikan saya dah tak sempat nak cukur bulu kaki sendiri," katanya.

Katy membuat pendedahan itu ketika memberikan komen terhadap salah satu persembahan peserta American Idol baru-baru ini.


Dia menyelitkan komen itu sebagai penghargaan terhadap persembahan memukau yang ditunjukkan peserta Cassandra Coleman.

"Apabila saya dengar suara awak, bulu kaki saya bertambah lagi satu inci. Ia satu persembahan yang sangat memukau dan mengagumkan!" katanya.

Katy, 37, mempunyai seorang anak perempuan, Daisy Dove Bloom yang kini berusia lapan bulan hasil hubungannya dengan aktor Orlando Bloom, 44. -CARI

Sumber: mStar/ JustJare

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 6-4-2021 01:53 PM
Dia ni dari dulu pun jarang nampak wangi walau apa penampilannya
Quote kakakpositifker 7-4-2021 08:14 AM
Anak pula disalahkannya. Kalau dah mmg masam tu
Quote tipah89 7-4-2021 12:07 PM
retis hollywood yg dulu kini dan selamanya kepam.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.049268 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top