View: 2209|Reply: 3
|
Katy Perry Terlampau Sibuk Dengan Anak, Sampai Tak Sempat Cukur Bulu Kaki
[Copy link]
|
|
Semenjak bergelar ibu pada Ogos tahun lalu, penyanyi Katy Perry mengakui dia terlalu sibuk menguruskan anaknya sampai tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.
Malah menurut penyanyi lagu Firework itu, secara berseloroh berkata sehingga ke saat ini dia tidak mempunyai masa untuk mencukur bulu kakinya seperti mana yang sering dilakukannya sebelum ini.
Foto: IG
"Sebagai seseorang yang baharu memegang gelaran ibu, saya akui memang tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.
"Sampaikan saya dah tak sempat nak cukur bulu kaki sendiri," katanya.
Katy membuat pendedahan itu ketika memberikan komen terhadap salah satu persembahan peserta American Idol baru-baru ini.
Dia menyelitkan komen itu sebagai penghargaan terhadap persembahan memukau yang ditunjukkan peserta Cassandra Coleman.
"Apabila saya dengar suara awak, bulu kaki saya bertambah lagi satu inci. Ia satu persembahan yang sangat memukau dan mengagumkan!" katanya.
Katy, 37, mempunyai seorang anak perempuan, Daisy Dove Bloom yang kini berusia lapan bulan hasil hubungannya dengan aktor Orlando Bloom, 44. -CARI
Sumber: mStar/ JustJare |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni dari dulu pun jarang nampak wangi walau apa penampilannya |
|
|
|
|
|
|
|
Anak pula disalahkannya. Kalau dah mmg masam tu |
|
|
|
|
|
|
|
retis hollywood yg dulu kini dan selamanya kepam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|