CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Geram Sikap Penduduk PPR, Norlia Ghani Serba Salah Nak Pindah Takut Dicop Mengada

4-4-2021 12:02 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 18225| Komen: 106|Original author: Oleh: LilRose

Description: Geram dengan sikap segelintir penduduk kurang berdisiplin membuat pelakon veteran Norlia Ghani berhasrat untuk berpindah rumah.
Geram dengan sikap segelintir penduduk kurang berdisiplin membuat pelakon veteran Norlia Ghani berhasrat untuk berpindah rumah.

Katanya kepada Harian Metro, dia bagaimanapun serba salah kerana khuatir dianggap sombong.



Kredit foto: IG

"Nanti dikatanya artis memang mengada-ngada.

"Saya geram dengan warga asing yang tidak menghormati undang-undang negara kita. Saya tak pernah tinggal di PPR sebelum ini dan kalau ada rezeki memang saya nak pindah ke PPR lain," katanya.

Malah, Norlia, 72, yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cheras sejak tiga tahun lalu mendakwa sering berdepan masalah parkir dan lif rosak.

Katanya, ia sangat menyusahkan memandangkan dia tinggal di tingkat enam. Tiada kudrat mahu turut naik tangga katanya.


Ditambah pula bunyi mengganggukan di tengah malam seperti orang bertukang dan bunyi bising motosikal.

Namun, apabila diadukan kepada ketua blok, tiada sebarang tindakan diambil.


Kredit foto: IG

"Itu yang buat saya kecewa. Apapun, saya gembira dengan penduduknya yang okay dan tiada masalah pun dengan mereka. Tapi, sekiranya ada peluang memang saya nak pindah dan InsyaAllah akan buat permohonan.

"Kalau dapat rumah PPR tiga bilik lagi bagus kerana sekarang pun tiga bilik juga dan ada kala cucu saya akan bertandang ke rumah," katanya yang tinggal bersama anaknya, Romie, 40-an.

"Itu yang buat saya kecewa. Apapun, saya gembira dengan penduduknya yang okay dan tiada masalah pun dengan mereka. Tapi, sekiranya ada peluang memang saya nak pindah dan InsyaAllah akan buat permohonan.

"Kalau dapat rumah PPR tiga bilik lagi bagus kerana sekarang pun tiga bilik juga dan ada kala cucu saya akan bertandang ke rumah," katanya yang tinggal bersama anaknya, Romie, 40-an.

Kesiannya, semoga segala urusannya dipermudahkan. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adm7 4-4-2021 12:23 PM
Kebanyakkan ppr mmg mcm tu acik.
Jgn kata ppr la,pangsapuri atau kondo pun sama je.
Cuma bezanya pangsapuri/kondo ni ada pengurusan yang jaga soal kebersihan,keselamatan dan penyelenggaraan. Tapi berbayar la acik. Tp ikut nasibla jugakkan qda jenis penting diri sendiri taknak byr yuran penyelenggaraan lepas tu mengadu mcm2.
Quote CiliPadiSedap 4-4-2021 12:24 PM
kalau nak cmtu duk kondo bukan ppr. adeh...  mana2 ppr sama je enviroment.

Quote stania83 4-4-2021 12:27 PM
betul lah tu setengah org beli rumah mahal sbb nak beli environment sahaja.
Quote annadonna 4-4-2021 12:30 PM
Ppr memang mcm tu. Pasal tu bila kita nampak situasi peghak sikit kita terus cop ppr sebab environment dia
Quote naina 4-4-2021 12:51 PM
Akan buat permohonan lain maksudnya boleh ke buat lagi kalau dah dapat? Yang rumah sekarang ni free ke bayar
Anaknya Rusdi Ramli tu mana
Quote azimodin 4-4-2021 12:51 PM
Edited by azimodin at 4-4-2021 12:54 PM

Mmg gitu kan. Iouls x pernh duduk ppr tapi iouls pernh menyewa di apartment cikai. Masa hari first masuk kena lahar sebab parking kat "tempat orang" padahal tuan rumah cakap siapa cepat dia daat. Pakcik2 dok chop guna pasu bunga sampai 5 spot. Babi betul. Lepas tu jiran tu deretkan harta karun di kat tepi pintu rumah. Kemudian boleh pulak dia jemur baju kat tingkap rumah i. Ada sekali tu i tegur la, dah kebetulan aku baru balik kerja. Boleh pulak dia balas "akak ingat ko balik petang, mana la akak tau ko nak balik tengah hari". Dah la baju dia bau hapak. Degil gila. Ada sekali tu anak dia block kereta i. I ketuk2 pintu rumah x jawab. Membuta rupanya. Iouls pregnant terpaksa pulak tolak kereta anak dia kedepan. Balik tu i membebel la. Boleh pulak dia balas "dia balik kerja shift malam, penat nak cari parking jauh". Babi. Sekarang aman duduk rumah landed, ada jugak jiran2 yg perangai pelik2 tapi xde la teruk sangat.
Quote doubleA 4-4-2021 12:52 PM
Environment ppr camtu la. Rusdi tak ajak norlia duduk sekali ke
Quote BicaraHatiku 4-4-2021 12:57 PM
Bertabahlah kak joyah.. meols dulu duduk kt kg baru pun sama je ...buang sampah jg cakap lah ...malam2 dok mengetok apa pun x pasti.
Quote Minami2013 4-4-2021 01:00 PM
Mentality susah nak ubah.. sbb tu la walau beli rumah ppr renovate ala2 condo pun tak dpt life mewah tu sbb environment sekeliling kejiranan. Anyway, norlia ghani ni popular sgt dulu dgn drama opah zaman i kecik. Artis kalau tak involve business mmg dihari tua mengharap bantuan juga.
Quote wirazam 4-4-2021 01:02 PM
Edited by wirazam at 4-4-2021 01:03 PM
azimodin replied at 4-4-2021 12:51 PM
Mmg gitu kan. Iouls x pernh duduk ppr tapi iouls pernh menyewa di apartment cikai. Masa hari first m ...

terkedu sekejap bila baca citer ko ni..

rasanya kerajaan tak perlu nak buat ppr tinggi2 kat bandar 2 besar...jadi mcm ni lah...malaysia ni kira besar lah jugak cuma perancang bandar kena pandai merancang lah...kalau tak buat pe belajar program specialise perancangan bandar dan wilayah tu

buat ppr jauh2 sikit yg ada tanah utk diaorg belajar bercucuk tanam tapi kena ada la sistem pengangkutan yg efisyen...
Quote drivethru 4-4-2021 01:08 PM
Bangla pun dah pandai duduk condo.
Quote emera 4-4-2021 01:08 PM
azimodin replied at 4-4-2021 12:51 PM
Mmg gitu kan. Iouls x pernh duduk ppr tapi iouls pernh menyewa di apartment cikai. Masa hari first m ...

Aku dulu beli apartment kos sederhana. Mmg mcm haram perangai. Baling pad lock ke bawah sampai bumbung kereta berlubang, baling pasu, sampah seplastik. Laki aku tak tahan duduk dgn manusia yg xde otak, beli rumah landed yg ada privacy. Laki aku kata, kalau nk rumah apartment yg aman damai, kena beli kondo yg harga berjuta. Beli apartment murah, perangai pun murah. Imagine ppr, lagi laaa dasat kot? Sorry, aku bukan nk pandang rendah tp  terpaksa pandang rendah kat perangai manusia yg tak berotak tu. Aku rasa, ramai je org ppr yg baik2 yg makan hati tp tak boleh nak buat apa.
Quote Fazdnoah 4-4-2021 01:22 PM
Bertabahlah dok ppr...tp rumah landed mcm iols pon ade gak jiran perangai ppr...lg2 yg menyewa ni...lpk2 luar rumah smpai kol 1 2 3pg...suara kadang smpai tgkat atas pon aku boleh dgr
Quote AbukRokok 4-4-2021 01:57 PM
wirazam replied at 4-4-2021 01:02 PM
terkedu sekejap bila baca citer ko ni..

rasanya kerajaan tak perlu nak buat ppr tinggi2 kat ban ...

ppr la kne buat dekat bandar.. kurang skit menjemkan jalan
klu semua buat kondo sovo sogo dekat sebelah lrt// mmg kosong la lrt tu org nk melaram dengan mazda cx3

Quote krustykrab 4-4-2021 02:03 PM
Eh..anak dia bukan masyukk ke..knp mak dia dpt ppr
Quote per706 4-4-2021 02:03 PM
Mmg gitu Cik lifenya....bertabahhlaaa.....msa mula2 nk idop lepas kawen dok low cost gak...mmg huru hara la...tu pon sbb dekat dgn construction site aku n husband jaga..igt nk sewa selesa sket dkat arcadia.tpi husband ckp,byr mhal2 rumah org buat ape..

tahan la kejap dok low cost utk kumpul duet beli rumah..mmg berazam nk landed property n tobat x mau dok low cost dah...ade je yg ok..tpi majoriti penduduk sape penah duduk ppr/low cost,tau la..tpi satu nk puji,even apartment low cost,tempat still bersih..even de segelintir yg jenis cmpak sampah esc mknan dri atas.selekeh betul! Tpi still terjga.ade tukng sapu..lift jika rosak xdela mkn buln bru repair..cuma tu la..attitude penduduk tu x boleh nk in....dgr org gaduh la.karaoke pukol 2/3 pgi..tu lom kira maen bola depan rumh.sepak smpi kena grill uma.mula sbar dlu.mcam x pham bhasa,aku tempik kan.kelam kelibut blah sume.sabarrrrrr je la sabariah!
Quote depresio 4-4-2021 02:12 PM
Mmg tak salah pon acik norlia
Por ni mana2 mmg gtula
Pprt flat segala mala low cost ni xyahla gi duk sana kalau mampu
Kalau xmampu terpaksalah redah je
Tapi jgn hilang jati diri mean konjgn ikut pulak perangai pprt tu

Aku gi rumah pekerja aku sewa sekejap ja pon dah boleh dengar macam2
Masa pergi tu malam boleh dengar bangla ka keling mana ntah gaduh punya kuat
Bini menangis sebijik macam dalam cerita p ramlee tu..
boleh dengar dia kena belasah
Dari tingkat mana tak tahula

Nak naik tu lift punya hancing
Pekerja aku pesan jgn sandar kat dinding lift
Dia kata bukan xde tukang cuci hari2 mop sapu
Tapi jenis manusia ni pengotor..

Tempat aku cleaner sapu hari2 tapi xde sampah pon mop pon jarang2 sbb mmg x kotor. Sampah pon semua org bunglus elok2 xde biar air meleleh
Quote depresio 4-4-2021 02:13 PM
krustykrab replied at 4-4-2021 02:03 PM
Eh..anak dia bukan masyukk ke..knp mak dia dpt ppr

Anak pon ada life..
Quote kiah_mai_pulak 4-4-2021 02:14 PM
rusdi ramli tu tak reti ke nk sediakan landed house kat mak dia??

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.074518 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top