CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Luqman Faiz Risau Diri Dah Tak Relevan

29-3-2021 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4268| Komen: 36

Description: Selepas tertangguh setahun, akhirnya, Luqman Faiz lega single ketiga berjudul Boneka Cinta, dilancarkan, minggu lalu.
Selepas tertangguh setahun, akhirnya, Luqman Faiz lega single ketiga berjudul Boneka Cinta, dilancarkan, minggu lalu.

Teruja lagu baharu dilancarkan pada bulan kelahiran, Luqman yang menyambut hari jadi ke-21 pada 3 Mac lalu, berdebar menanti reaksi peminat.


"Iyalah, sudah lama tidak lancarkan single. Rasa gementar dan takut pasti ada. Saya tidak tahu apakah diri ini masih relevan dan diterima lagi.

"Semuanya masih samar-samar. Namun, saya harap lagu baharu ini akan memikat hati peminat dan menaikkan semula nama," katanya kepada BH Online.


Foto: IG

Luqman pada mulanya merancang melancarkan Boneka Cinta ciptaannya bersama Ibnu Rinkarnae, tahun lalu, sempena ulang tahun kelahiran ke-20.


Bagaimanapun, penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama menyebabkan projek itu ditangguhkan.

Luqman berkata, biar apa pun reaksi peminat terhadap dendangan baharunya itu, dia enggan putus semangat.



"Saya sedar soal cita rasa dan pendapat itu subjektif. Jika ada rezeki, saya harap lagu ini boleh pergi jauh.

"Jika sebaliknya, saya tawakal. Saya tidak akan putus semangat dan ini bukan lagi terakhir saya," katanya yang menghasilkan lirik Boneka Cinta bersama Zack Merican.

Luqman yang melonjak menerusi single sulung berentak balada berjudul Kepuraanmu, memilih genre sama untuk dendangan baharu itu.



"Sebelum ini, saya merancang melancarkan lagu Loco Loco berkonsepkan reggaeton.

"Namun, saya tidak jadi melakukannya. Jiwa ini lebih sebati dan sesuai dengan irama balada, jadi biarlah saya kukuhkan nama dalam irama ini," katanya.

Sementara itu, Luqman yang turut popular dengan lagu Takhta Cinta tidak menyesal menumpukan perhatian dalam pengajian diploma muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM).



"Dalam hidup ini, kita ada pilihan. Saya kena utamakan pelajaran. Saya menurut cakap emak yang mahu saya tamatkan pengajian.

"Jadi, saya ketepikan seketika dunia muzik," katanya yang berbaki satu semester lagi untuk menamatkan pengajian. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Adrif

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 29-3-2021 02:43 PM
Tak kenal dik oiiiiii
Quote msel 29-3-2021 02:43 PM
Sebelum ni relevan ke dik? ramai sangat pelakon, penyanyi, retis.
Quote Nenasketum 29-3-2021 02:44 PM
Saper plak ko nih
Quote TerataiMelur02 29-3-2021 02:45 PM
Memang tak relevan pun.
G sambung belajar sana
Quote Themilo 29-3-2021 02:46 PM
jangan risau dekk.. hakak sentiasa menyokong mu dari belakang.. @Kurex & @dudaberhias gi main jauh-jauh yaa..
Quote dudaberhias 29-3-2021 02:46 PM
Masalahnya dik? Bila masa ko relevan?

Sila bersara dan buka onlyfans. Terima kasih. Ok next.
Quote maxim 29-3-2021 02:46 PM
sape ni sial
Quote Chriatina 29-3-2021 02:48 PM
Tak kenal
Quote dudaberhias 29-3-2021 02:48 PM
Themilo replied at 29-3-2021 02:46 PM
jangan risau dekk.. hakak sentiasa menyokong mu dari belakang.. @Kurex & @dudaberhias gi main jauh-j ...

Ye kita kena sokong dia dan bagi semangat untuk dia buka onlyfans, @Themilo uols boleh tolong pegang kamera untuk dia dan @Kurex boleh jadi supporting character untuk shooting onlyfans heols.
Quote cicicumel 29-3-2021 02:49 PM
akak baru dgr lagu baru ko ..sory dek...x sedak...baur2 lagu reject haqiem rusli jah..
fokus je la kt  study tu deq
Quote Guccibamboo 29-3-2021 02:50 PM
Lagu x byk....pastu dah jarang main dlm radio...mungkin akan dilupain
Quote JalaEmas 29-3-2021 02:53 PM
helok jgk.. .. walaupon senduriah dah.. hakak support ko dik.. lagu kepuraanmu tu best jgk hakak lyn.. kihkihkih
Quote ciknaktau 29-3-2021 03:02 PM
ada satu lagu dia sedap jugak..
Quote ciknaktau 29-3-2021 03:03 PM
JalaEmas replied at 29-3-2021 02:53 PM
helok jgk.. .. walaupon senduriah dah.. hakak support ko dik.. lagu kepuraanmu tu best jgk haka ...

iols layan repeat2 dgr lagu tu..
Quote BicaraHatiku 29-3-2021 03:04 PM
who are yusssss? Gym instructor akak lagi chumel.
Quote AppropriateNick 29-3-2021 03:15 PM
msel replied at 29-3-2021 02:43 PM
Sebelum ni relevan ke dik? ramai sangat pelakon, penyanyi, retis.

eh nabila razali terkehel pun relevant kan? so why bother
Quote AppropriateNick 29-3-2021 03:16 PM
JalaEmas replied at 29-3-2021 02:53 PM
helok jgk.. .. walaupon senduriah dah.. hakak support ko dik.. lagu kepuraanmu tu best jgk haka ...

pelik juga followers die tak ramai sgt kan, ingtkan bbnu taste yang jenis cenggini
Quote Kurex 29-3-2021 03:29 PM
Themilo replied at 29-3-2021 02:46 PM
jangan risau dekk.. hakak sentiasa menyokong mu dari belakang.. @Kurex & @dudaberhias gi main jauh-j ...

Akak top, luqman botem kah?
Quote AppropriateNick 29-3-2021 03:52 PM
BicaraHatiku replied at 29-3-2021 03:04 PM
who are yusssss? Gym instructor akak lagi chumel.

kalau comel tp die tak layan ko, tak guna makcik

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.987475 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top